Thursday, April 28, 2011

Tuesday, April 26, 2011

Lelaki pOjaanku...

Salam...

hello hello hello...
Arini ari malas sedunia. Aku bukak notes, pastu sambil2 tu bukak youtube, layan Nur Kasih back to back.. ahaks. Tetibe mood nk kawen lak datang.. adess.. camane ni? Umi, nk kawen leh x? *sambil pintal2 rambut pakai jari tgn kanan*

Okes2, berbalik kepada tajuk entry, arini aku dengan berbesar hati ingin berkongsi sesuatu.. yeeehhaaa... apekah itu? Aku sebenarnye minat ramai lelaki tau *aha! bunyi camgedik kan?* kikiki.. ok la2, kite pendekkan cerita, kite wat shortlisting 5 top lelaki pOjaan hatikoOOO eh2... check diz out...

di tempat ke 5:


Encik Shah Inderawan a.k.a TOMOK. Ekceli aku bukanla minat separuh mati terkinja2 kalo nampak die xde la.. Aku pon x layan Tomok zaman Newboyz ni.. Aku start suke Tomok pas die masuk OIAM tu. Mmg salute kat die la.. Die punye transform tu. Cayalah. Die xmcm Tomok yg sebelumnye. Totally differ. Aku suke sgt tgk die perform. Terutama mase g dalam pic ni die nyanyi lagu Umbrella.. Ade kelass you!

tempat ke 4


Ok, kenal mamat ni x? Si kacak no 4 ni aku minat sejak zaman skolah rendah around tahun 1998/99 gitu la, menerusi cite With Love kt TV3. Memang tangkap cair la ngan mamat ni. Yutaka Takenouchi. Hensem kan?


Tempat ke 3

Yg ni for sure sume org kenal kan? Aku suke Nabil sebab die lawak. Die slalu wat muke kiut miut je time perform. Sejak mase Raja Lawak lagi aku suke Nabil, till skang Maharaja Lawak pon aku still suke die.. hihi. Time Raja lawak dulu aku paling suke minggu yg die wat tajuk CINTA tu, mase tu die bace surat awek tu sangat la comel..


Tempat ke 2 adalah untuk si kacak ini

Wawawawa.. buah hati pengarang jantung pelukis hatiku Farid Kamil. Bile agaknye aku nk boleh jumpe die ni.. Dapat jumpe Farid Kamil ni pengsan aku ni. Aku dulu xde perasaan sgt pon kat Farid Kamil ni. Then, 2 tahun lepas, aku asek tgk cite die back to back dari pagi sampai malam, then bleh lak terjatuh hati kat die.. ahaks! pastu trus suke tgk die berlakon. Die bukan hensem mane pon kan? Tapi tahla, daya tarikan kuat sgt kot...

Tempat pertama adalah untuk sikacak yang paling kacak..

weeeeehhhaaaaa.... ni la si kacak yg paling kacak. Kacakkan? Aku minat die ni dari kecik lagi tau. haa... Sampai mak aku pon tiap kali Faizal Hussein ade berlakon lam filem ape2 mak aku mesti jerit panggil aku. Die ni mmg dari dulu lagi menjadi si Kacak aku. Dari kecik agi berangan nk jadi awek die. Tp x kesampaian la sebab die da kawen kan.. Sebab tu lebih suke postkan ape2 kat fesbuk sal FK. hikhik.. Tp even die da kawen, aku tetap suke die. hikhik...


Siapepon lelaki pOjaan hatiku ni, yg paling perasan mereka punya ciri2 yg same.. ;)

Monday, April 25, 2011

Duniaku

Duniaku
sebuah warung usang
di pinggir jalan
memberi rezeki
dari keringat ibu yang mengalir

Duniaku
sebuah warung di pinggir jalan
di situ adik-adikku membesar
ibu yng gigih bekerja
biarpun tanpa ayah

Duniaku
sebuah warung di pinggir jalan
menanti pelanggan di persisiran
menunggu dikunjungi
sedikit rezeki yang halal

Duniaku
sebuah wrung di pinggir jalan
entah betapa banyak keringat ibu mengalir
besama membantu
bersama duniaku

Happy 8th anniversary MR A....

Salam.. *senyum sampai telinga*

Mahu bercerita...


On 25th April, 8 years ago... USM Penang, Minggu Pembimbing Rakan Sebaya. The place i met him. Di takdirkan kami dalam kumpulan yang sama. Dan ditakdirkan jugak dia adalah satu2 nya sahabat pena yang stay in touch dengan aku after kursus tu tamat.

We become close frens... till die dapat aweks, n aku dapat bopren. Lost contact atas sebab2 yang xdapat di elakkan... until he lost her n i lost my boy..

We met again then dengan takdir Allah s.w.t dan pada tarikh yang sama 2 tahun lalu, kami ber'sahabat' sehingga ke hari ini...he always with me samada senang atau susah, sedih atau gembira and to my MR A: i dunno whether we should celebrate 8th or 2nd anniversary dear... confuse.... but thanks for everything... walaupun kite xpernah berada dekat antara satu sama lain, but what u gave me more than enough dear ;)

Wednesday, April 20, 2011

Hujan sudah kembali ke langit...

Salam....

Salam sejahtera... Hujan kini sudah kembali ke langit... Tiada lagi dia di sini. Kesisi Allah dia menuju.. walaupun aku tidaklah sangat rapat dengan arwah, tetapi aku gembira mengenali arwah. Seorang yang sangat kelakar, open minded, easy going, mudah mesra dengan orang.

Sebelum arwah pergi, sy ade terserempak dengannya. Senyum saje die... Jernih air wajahnya. Namun sy bersyukur, arwah bertemu jalan yg benar sebelum beliau 'pergi' menghadap ilahi. Alhamdulillah.

3 tahun yg lalu Allah telah memberinya sinar hidayah. membuka hatinya untuk mengenali Islam. Pelbagai cabaran yg terpaksa ditempuhinya ketika awal mengenali Islam. Ditentang habis2an oleh keluarga yang sangat berpegang teguh dengan ajaran Kristian, dipulau sahabat2 baiknya. Menurut arwah, ketika beliau masih beragama Kristian, beliau merasa kosong. Setiap minggu beliau ke gereja, namun beliau tertanya2 untuk apakah. Ketika rakan2 seagamanya sedang bersembahnyang, beliau hanya memandang kosong salib gergasi di depan beliau. Beliau tercari2 dimana hala tuju. Dan sehinggalah beliau mengenali Islam, beliau dengan lantang menyatakan beliau sangat bangga menjadi seorang Muslim. Beliau merasa kekosongan selama ini telah terisi.
Ni la Allahyahamah Qistina Reny...

Sucinya dia, ibarat kanak2 yang berumur 3 tahun. Saya doakan beliau kini bersama2 di kalangan orang2 yang beriman, sesungguhnya Tuhan sangat menyayanginya. Mengambilnya secepat itu setelah menunjukkan dia jalan yang benar...

Dan kini Hujan Telah Balik Ke Langit - her blog... http://hujanbalikkelangit.blogspot.com/

Monday, April 18, 2011

saya cari rumah.. lalalala~

salam...
tetibe cam nk advertise kat blog sendiri kan.. yela, bile say try search kat tenet tuk cari rumah sewa ade je rupenye org yg advertise sal rumah sewa yg hendak disewakan mahupon mahu sewa rumah kat blog sendiri... dengan menciplak idea mereka, lalu sy pon nk advertise gaks... hikhik

saya ade 2 advertisement nih... dengor sume dengor, kome nk cite ni...

1/ saya sedang mencari BILIK UNTUK DISEWA di kawasan PUNCAK ALAM. Bilik tersebut mestilah(eceh, ade syarat le plokkk): berdekatan dengan UITM PUNCAK ALAM. ade kemudahan kenderaan awam, umah teres diutamakan tp kalo flat pon boley la, harga yg berptutan, nk bilik kosong, kalo bleh nk yg ade katil... da lame x merasa tido atas katil.. sobs...nk masuk around tgh bulan 5 insyaAllah ;)

2/Saya juga mencari org/student/ worker/ seramai 5 orang untuk menyewa 2 buah bilik di rumah sewa yang akan say tinggalkan ni (sobs3..).. rumah flat seksyen 7, blok 53 tingkat 3. Rumah ni baru lagi. Ade kemudahan mesin basuh, tv, dapur, iron, tenet streamyx laju gile dowh... hikhik.. harga sangat berpatutan.

Maka, jika ade yg berminat nk sewakan bilik tuk saya or nk sewa bilik kat umah saya, bleh hubungi sy kat sini or kat fesbuk sy ye..;)

Sunday, April 17, 2011

Pelangi pasti kan muncul

Pelangi pasti kan muncul
Setelah red hujan di langit
Memancarkan 7 warna nan indah
Mengilangkan segala kebasahan
Kesayuan di hati.

Pelangi pasti kan muncul
Cuma antara waktu bergulir
Putaran yang pantas mahupun perlahan
Hanya kita yang tahu
Kerana kita penentu.

Jangan biarkan hujan memusnahkan keceriaan
Jangan biarkan hujan merosakkan tanaman hati
Jangan biarkan hujan terus menyesakkan nafas
Membawa kesayuan kepada si penduka
Percayalah...
Pelangi pastikan muncul




DEQJAAS
0326
17 APR 11
For: my frens D n H ;)

dia mungkin bukan rusukmu.....

Salam..

Lame x hapdet. Bizi sket. Baru je balik berborak dengan seorang teman. Berbicara dari hati.

Hidup di dunia ni sering diselang seli. Ada naik turun, pasang surut, siang malam dan segalanya berputar ibarat roda kata orang. Ada bahagia ada juga derita. Ada senyuman maka ada juga tangisan.

When it comes about love, it is very hard to define. Love comes from heart deep inside the soul. But when it comes and when it will fade away nobody knows. How it feel? Semuanya hanya hati yang tahu. Kemanisan, kesakitan, kepahitan. cukup lengkap segalanya. Itulah keindahannya. Cinta itu indah. Dan keindahan itu anugerah yang esa. Namun, dikala ianya musnah. Hancur berkecai dimamah waktu, pudar serinya tiada lagi kilauan. Hanya ketika itu kita rasakan kepahitan. Namun kita, harus ingat segalanya milik Allah. Dan hanya Dia mengetahui apa yang tidak pernah kita ketahui. Dan tidak kan Dia menguji hambaNya melainkan yang termampu oleh mereka.

Kata orang yang patah kan tumbuh dan yang hilang berganti. Namun semestinya yang tumbuh itu takkan sama dengan yg dah patah dan yang diganti itu takkan same dengan yg telah hilang. Segalanya terpulang pada penerimaan seseorang.

Untuk kenalanku: Tabahlah menghadapi hidup. Telah ditentukan seseorang di luar sana untukmu yg dari tulang rusukmu. Hadapi dengan senyuman. Keep positve in mind. ;)

Wednesday, April 13, 2011

Apabila diri di hina

Salam... sedikit perkongsian disini... semoga dapat memeri iktibar dalam menempuh hari2 mendatang ;)


DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

sumber: iluvislam

Tuesday, April 12, 2011

Since then, i dun ate yogurt anymore ;(

Salam...
I miss u...
Thats all i wanna say.
Miss the way u smile, the way u looked at me at once time ago..
All of them remains memories..

I remember when we go to school together, holding our hand tightly, wearing similar attire. Walk together, chattering, hooo-haaa together. It is soo nice and i always smile when i remember that.

I remember every Monday we will going to Pasaraya Bintang to buy something that we MUST buy every week. DUTCH LADY YOGURT. U love Mixed Fruit flavor when i preferred Apple flavor. We will ate it together while studying, gossiping and cooking. All them with smile and joy.

As the time rolling, everything was not the same anymore. Now, u r far apart. Near in distance but far in mind. U have gone... away from me..far apart...

I really love her. I think she dunno it n never knows or never cares..
i hope i can cope with it... And since then, i dunt ate yogurt anymore because it will remind me to her ;(

Saturday, April 9, 2011

Selalu begini~

Salam....

Selalu begini..
Selalu ini terjadi. Bila je final sem, da dapat offer further study, mesti at the same time dapat offer keje gak. Rezeki tu datang bertimpa2. Syukur tapi sy terpaksa korbankan apa yang saya sendiri tak mahu korbankan. Sounds like tamak kan?

Dulu mase final sem diploma when already get offer for further in degree, i got 2 offer from private company as penolong pegawai alam sekitar with qualification diploma la. but sy tolak.. its ok for me.. xterasa sangat la coz private company.

But now, i already got offer to further with my master, but then at the same time(selang sehari) i got the offer for penolong pegawai sains (government). Bukan senang nk dapat government. Once u dapat government u are stable enough. But i olreadi decide to do my master and at the same time rase regret tolak yg tu.. *sigh* nk dua2 beh? (cam tamak la plak kan?) mungkin bukan nasib saya.. mungkin bukan rezeki saya...

From now on, focus for your goal tinta! u r now nearer to your dreams.. juz a couple of year, everything will comes true and u need to set up another goal!! gambatte!!!!

Thursday, April 7, 2011

a sadday....

A short sad conversation with kak wawa which then turn me to fever today... ;(





p/s: hanya perlu bertahan untuk 1 minggu sahaja lagi... gambatte!!

Monday, April 4, 2011

Akim-Inilah Cinta [HD] Music Video with All dialogues and sound FX

Sesungguhnya lately die menjadi seorang yg sangat la sweet. Da mule jeles2, da mule xleh xdengar sore sy, da mule xleh xmesej. Dia bukan seorang yg begitu sebeulm ni. i noe him very well for about 8 years. Dan apabila dia mulai risau sy hampir habis belajar..tu sangat the tacing! how seorang yg serius menjadi sebegitu rupe? owhh... lembik lutut i tau. and last nite, he gave me this link....




wat sy senyum je sepanjang hari....

pink ohhh pink~~~

Salam..
Lately busy menyiapkan Thesis, so xnyempat nk jenguk blog yg x cun cam blog org len ni(cukup sekadar tempat untuk melahirkan hasil tinta)

Hari ni rase cam nk pecahkan satu rahsia je.. hikhik... Bagi mereka yg selalu bersama saya, maybe benda ni bukanlah suatu cerita baru. Mungkin bagi mereka "this is trully U". hahaha..

Ape agaknya yang nak dipecahkan tembelang ni?? ermmm... check this out!


























sape2 de nk pinjam tdung pink??





yg ni pon nk pink jugakkkk....








Ni latest punye.. sanggup g daftar ahli avon tuk dapatkan beg ni.. hikhik

Friday, April 1, 2011

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...