Tuesday, March 23, 2010

MEMBER BUAT MEMBER

puisi ni khas aku tujukan untuk rakan2ku...

DARI MEMBER BUAT MEMBER



Dalam kelam
Keceriaan menerangi
Dalam duka
Senyuman menyinari
Dari aku buat kamu
Dalam pendirian ini
Dalam pencarian ini
Dalam sedetik ini
Hanya aku
Hanya kamu
Yang mengerti akan kehidupan
Dalam diam aku menangis
Dalam diam jua kau memberiku nafas
Nafas bukan debu
Nafas bukan emosi
Nafasmu berbau kecintaan
Langkah kaki kita tetap satu
Namun entah tiba entah tidak
Tali dan bebenang yang tersimpul ini
Moga-moga tidakkan terhakis dek zaman
Moga-moga tidak luntur warnanya
Mogakan terus bersatu selamanya
Dari member buat member



DEQ JAA

Saturday, March 20, 2010

24 oct 09

Kenapa ada orang yang sanggu memperjudikan kebahagiaan sendiri? Aku sering tertanya tanya. Kenapa ini terjadi, kenapa itu terjadi… kenapa harus begini.. kenapa harus begitu…
Ada orang sentiasa memikirkan perasaan orang lain tanpa memikirkan perasaan sendiri. Ada yang sanggup menjaga hati orang lain lebih dari menjaga perasaan sendiri. Sanggup mengetepikan kesakitan dan kedukaan sendiri hanya untuk membiarkan orang lain gembira.
Adakah itu satu keadilan? Apakah itu adalah pengorbanan? Itukah yang dipanggil pengorbanan? Aku tak faham..
Hidup ini sekali je. Kenapa harus dibiarkan diri menghadapi kesengsaraan dan tekanan sebegitu sedangkan kita berhak menggapai kegembiraan sebagaimana sepatutnya.. Kenapa harus kita biarkan kegembiraan itu terbang begitu saja? Hidup ini satu anugerah yang telah diberikan kepada kita. Dan seharusnya kita menghargai anugerah itu… untuk apa hidup dalam kegelapan sedangkan kita mampu untuk menggapai sinar? Benar hidup ini sungguh rumit, dan kita hanya manusia yang tidak mampu untuk memahami segalanya

Friday, March 19, 2010

perfume wangiiiiiii.....




Hai to all readers..
kat sini aku de nak promote cket my bussiness... hikhik
2 types of perfume...
1. hot perfume
~non alcohol
~lasting for at 8 hours.
~5mL
~rm20 per bottle
~jensnye seperti yang tercatat kt pic atas tu
2. deQestina perfume
~non alcohol
~lasting for 5hours
~5mL, 3 bottle per set
~rm25 per set
~4 set mengikut warna.. jenisnye leh tgk kat pic gak
sape2 yang berminat nak order,
leh contact me at ym : deqjaas_miyabi87
kalo nak ambik utk stok pun bleh...

intro..19 mac 2010

Assalamualaikum
Firstly, thanks le kat sesape yang sudi lawati blog aku neh. Hehe. Aku sebenarnya dah lame tak menulis. Maksud aku, menulis untuk tatapan orang. Dulu mase kat sekolah, selalu jugak la menulis. Tulis puisi, sajak, cerpen. Tapi, bila dah abih sekolah aku hanaya menulis untuk diri sendiri. Menulis ape ape saje yang berkaitan dengan perasaan aku, pandangan aku… whatever la. Then nak dijadikan cerita, suatu hari ada lah kawan aku terbaca. Dan dia suggestkan kat aku, teruskan menuis untuk tatapan orang. Maybe ada yang sudi membaca. Sape tahu. Dah lame tak menulis, tak tahu sebenarnya nak tulis ape. Tak pe lah, kira ni sebagai pengenalan je la ye. Hikhikhik..
Tetibe aku rasa rindu sangat zaman budak budak dulu. Nak wat ape pun tak kisah. Nak main tanah pun tak de sape nak marah. Paling tak pun umi aku la marah. dulu, makan pun tak yah basuh pinggan. Kalo basuh kang ada gak bunyi praaaaappppp… pastu diikuti laungan kuat oleh umi aku… disusuli dengan tangisan dan air mata aku la… hehehe. Tapi sekarang dah ada banyak tanggungjawab. Kena masak, kemas rumah, tolong marah adik adik. Penat betul. Best kan kalo selama lama nya jadi kanak kanak. Waaaa…. Lindunye.. hehehe.. tapi. Realitinye mase akan berputar, berputar dan berputar. Dan mase akan terus bergerak meninggalkan zaman lepas tu. Tapi syok ape jadi orang dewasa. Boleh bercinta. Hikhik.. gatai noh. Yela, budak budak mane boleh bercinta. Ingat time sekolah dulu, cikgu marah betul la kalo ade kapel kat sekolah. Cikgu kata zaman sekolah mane boleh kapel. Kena belajar. Cikgu kata, nak kapel tunggu masuk universiti.. sebab tu aku nak masuk universiti. Hehehe. Tapi, orang dewasa jugak selalu terluka. Dan lukanya perlu disembuhkan sendiri. Tak de sape nak belai macam zaman kecik kecik dulu. Tak de sape nak pujuk bagi coklat or lolly pop lagi dah. Orang dewasa kena belajar berfikir secara rasional, kena bertindak matang, kena tanggung segalanya sendirian. Kalo wat salah pun kena fikir sendiri. Mak dah tak larat nak fakir untuk kita. Orang dewasa kena pandai jaga diri sendiri, mak tak kan nak jaga kita dari a sampai z lagi dah. Tapi ntuk sampai ke peringkat dewasa macam sekarang ni, tentu banyak pengalaman yang kita dah lalui. Pengalaman biasanya yang mendewasakan diri, mematangkan fikiran.
Ok lah. Kira nya untuk kali ni sampai disini saje lah ye. insyaAllah aku akan susuli lagi penulisan aku ni dengan pengalaman pengalaman yang pernah aku kutip sepanjang jalan kehidupan aku ni. Ok. Arigato gozaimasu. Ja, mata. Dozo yuroshiku. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...