Wednesday, June 30, 2010

BILA CINTA~~


Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang kurasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi tinggalkanku

Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hinggaku memilih cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hinggaku terjatuh dalam harapan

Ku sebut namamu di setiap doaku
dan bangkitkan setiap kenangan tentangmu
Yang kudapat hanyalah bayangmu

Sunday, June 27, 2010

DIA MENCORAKKAN WARNANYA


Kulihat dia masih disitu, dilorong itu. Lorong itu masih begitu.. sunyi dan gelap tanpa kasih dan sayang. Sudah lama aku memerhatikannya. Namun dia masih disitu. Matanya tergambar sebuah penantian. Dikeningnya terlukis sebuah kekesalan dan senyumannya tidaklah semanis dulu. Apakah yang disembunyikannya? aku masih lagi mencari jawapannya yang nyata. Kehidupan ini tidaklah semudah yang dijangka dan tidak pula sesukar yang kita fikirkan. Namun hidup ini perlu ada perjuangan. Perjuangan kita belum selesai sebelum kita berada disisiNya.

Semalam dia masih disitu. Masih lagi disitu tertunduk dan tidak pernah mendongak. mungkinkah dia pernah rebah dalam perjalanannya? Ataupun tak lagi rela untuk melangkah ke garis penentuan. Lorong itu masih di hadapannya, walaupun gelita namun jelas kelihatan garis putihnyayang amat panjang.

Kemudian dia diarahkan untuk meneruskan langkah. Dengan satu arahan yang nyatanya tegas. Dia berpaling kearahku seolah2 meminta sesuatu. Namun mulutnya telah terkunci rapat membuatkan dia tidak dapat bersuara. Setelah itu, kusaksikan air matanya deras berderai membasahi wajahnya yang menyimpan seribu misteri itu. "apakah yang ingin diberitahu olehnya?" aku tertanya dan masih lagi terkaku di situ. Dia semakin galak dengan esak tangisnya.

Tanpa mendengar esak tangisnya, tanpa mendengar raungannya, dia terus disebat dan disebat dan disebat, lagi dan lagi hingga dia hampir tersungkur. Kulihat dengan penuh kesayuan dia merangkak menuju ke lorong itu. Walaupun kepedihan, walaupun keperitan dia terus mencorakkan warna hitam ke atas kain putih yang terbentang disepanjang lorong itu. Dan hampir di sepanjang orong itu air matanya membasahi bumi.

"bilakah tangisannya akan berakhir?" hati kecilku tertanya sendiri. Dia kini berada di persimpangan 2 lorong. 2 lagi lorong yang menenukan hidupnya. Dia kelihatan semakin keliru. Dia berpaling kearahku memohon semangat baru. Kali ini kulihat matanya penuh dengan semangat dan kekuatan. Mungkin kekuatan itu dikumpulkan sepanjang perjalanannya yang penuh dengan kehitaman itu. Lantas kutersenyum padanya. Dian mengangguk seolah2 mengerti. Dengan kekuatan, dia tidak lagi merangkak namun digagahinya untuk berdiri dan melangkah ke lorong yang dipilihnya.

Hari ini kulihat matanya seperti tiada lagi pernantian. Dikeningnya tiada lagi tanda kekesalan. Dia tersenyum riang lalu melambai ke arahku sambil mencorakkan warna ke atas kain putih di lorong barunya. Dia begitu bahagia. "sudah keringkah air matanya?" aku bertanya sendirian....


DEQJAA~~

Saturday, June 26, 2010

IT IS LIFE…

Life sometimes suck!!
Really really suck!!
I know people can come and go… but people always forgot when they go, they left something for me!!! MEMORIES!!!! I hate sad memories because these will make me cry and cry and cry….

Aku x faham nape org selalu datang dalam hidup aku bila mereka bermasalah.

Memerlukan aku untuk menenangkan hati. Dan tinggalkan aku bila sudah gembira dan
dapat orang untuk dikongsi kegembiraan itu.. isn’t it SUCK??!!

Dan selalunya orang akan tinggalkan aku tanpa pesan. Juz like wind flew away. And now I know and I understand all that dramas.

But sometimes I felt so pathetic.. soo pathetic…I cant help myself . bila aku memerlukan, tiada siapa disisi aku. Sebaliknya bila sesiapa memerlukan aku, aku sentiasa ada disisi mereka.. adilkah itu? Bukanlah aku mengharapkan balasan for the shoulder I gave them to cry on, but sometimes, I also need other shoulder for me to cry on. But usually… no shoulder for me to cry on.. :(

But it is okay as long as I keep to think positive and always remember that HE always with me no matter what. HE is ALLAH..

ALLAH menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian
ALLAH memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah
ALLAH melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan
ALLAH xpernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik… renung2 kan~~

Thursday, June 24, 2010

bluuurrrrr.....

assalamualaikum....

haishhhh!!! aisemenn...
mate ni nape x mo lelap laks ni...
adess...
dah kul 3pagi ni..
keliling aku da senyap sunyi sampaikan katak yg bising tadi pon da tido da..
sume membe2 da offline pun. mate plizz la tutup.. nak mimpi..
nak bebel pun tade idea yg bernas..

time2 cenggini la aku teringat sejarah2 yg x best lam idop aku.. adess.. lagi x syok.. syuhhh.. p men jauh2 nuh..

nak tido nak tido.. sape bulih dodoikan nih? buah ati jauh sangat [ade buah ati ke??] haqhaqhaq..

Thursday, June 17, 2010

wedding shoot~~




sape2 nak kawen leh la cntct diz agensi... membe aku punye.. hihihi.. tolong membe...

Friday, June 11, 2010

jodoh pertemuan


Salam...
Salam muhibbah, salam Satu Malaysia, salam perkahwinan dan salam piala dunia juga.

Dah lame tak mencoret rasenye. Sebenarnya laptopku sakit dan doktornya jauh nun di Penang sane so, tiada siapa yang nak merawatnya. Kadang - kadang dia ok kadang - kadang dia demam selesema. so, aku biarkan dia berehat untuk sementara waktu memandangkan doktornya pun entah bila bisa berjumpa.

Lewat hari-hari ini ramai benar yang mendirikan masjid. kad jemputan dirumah makin lama semakin banyak.. Ada sampai 4 jemputan pada satu hari. Tapi itu semua jemputan untuk ibuku la. Rakan-rakanku juga semakin hari semakin ramai yang menamatkan zaman 'single' mereka. Tak kurang juga yang memulakan zaman keibuan meraka. Dan semakin hari jumlah rakan lepakku di kampung semakin berkurangan. Masing-masing sudah punya komitmen kepada famili masing-masing. Walaupun agak sedih tetapi aku turut merasa gembira. Mereka sudah punya kehidupan masing-masing.

Kadang terfikir juga aku, bilakah aku akan berada di tempat yang sama seperti mereka?
Ibuku kian bising kerana aku masih tidak punya teman istimewa. Barangkali risau anaknya tidak laku atau mungkin risau aku bakal menjadi andartu. aku pun tidak pasti.. Mungkin juga ibuku tidak sabar menantikan satu-satunya menantu lelaki di rumah ini.

Aku, bukannya tidak mahu mencari teman. Bagiku, aku tidak mahu rasa derita lagi. Oleh itu ku harus mencari yang terbaik untukku dan anak-anakku kelak. Aku punya gerak hati yang kuat cuma mungkin masanya belum tiba. Aku juga tidak pasti adakah gerak hatiku itu adalah sebenar-benar 'Mr. Right' yang digembar-gemburkan oleh orang-orang. Kata orang bila kita benar-benar berjumpa dengan jodoh kita, kita dengan automatis akan rasa bersedia untuk berkahwin. Ya benar, memang ada rasa itu tetapi mungkin kerana aku sudah dewasa dan melihat kawan-kawan yang lain mendirikan rumahtangga, lalu aku berasa demikian. Mungkin juga. Tiada siapa di dunia ini berkahwin untuk bercerai, oleh itu kita harus benar-benar pasti sebelum membuat keputusan. Dan aku juga perlu begitu. Aku sangat-sangat kagum dengan rakan-rakan ku yang telah mendirikan rumah tangga kerana mereka begitu yakin dengan pasangan mereka.

Suatu pertemuan dengan Mr. or Mrs. Right kadang-kadang bukanlah suatu yang terjangka. Mungkin sesiapa sahaja yang anda jumpa di kedai kopi. mungkin juga rakan anda sejak kecil lagi, mungkin juga jiran anda, mungkin juga mereka yang beratur di belakang anda sewaktu anda dan pasangan beratur membeli tiket wayang, mungkin bekas kekasih dulu, mungkin juga kekasih anda dulu kini dan selamanya. Segalanya mungkin kerana jodoh ini hanya Tuhan yang tahu. Dia yang menentukan dan apabila Dia kata 'kun fayaku', maka jadilah.

To all my friends yang telahpun mendirikan rumahtangga juga kepada sesiapa saja yang sudah benikah, aku doakan kebahagiaan yang berkekalan hingga hujung nyawa buat kalian bukan setakat anak dan cucu..

salam tinta..

Sunday, June 6, 2010

cinta ada~

andai aku buta kan mata
dapatkah kau mendengarkan jujurnya
andai engkau tutup telinga
dapatkah kau melihat keikhlasannya

aku cinta bukan dibayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya
aku cinta bukannya disengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya
memang cinta ada dalam jiwa kita

andainya cinta itu buta
dapatkah kau mengubah pesonanya
andai mengalir air mata
dapatkah kau membezakan jelingnya

mengapa ada saksi yang tak memahami
mengapa ada saksi yang disalah erti
aku cinta
jauh dari bahasa
memang cinta ada dalam jiwa kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...