Tuesday, July 26, 2011

Bila aku jadi cikgu....


Salam..

Ai eberibadi... hihihi.. ni nak bercerita pengalaman selama hampir 2minggu jadi cikgu. WATTTT????? aku jadi cikgu?? unbelibabel la.. kwang2...


Weh2, siyes ni aku jadi cikgu. Cikgu tusyen je.. ahaks! Wat part time je, cari wet lebeh, almaklumla yuran aku skang mahal nk mampos, bukan cam zaman degree dulu. So, dengan kecekalan dan kerajinan aku makanya aku menjadilah seorang guru dan seorang tutor di sebuah akademi tusyen atau name nya dipanggil sebagai Akademi Sains Dan Teknologi kat sini2 ni.

Aku telah diamanahkan mengambil 3 kelas yakni 2 kelas skolah rendah dan 1 kelas sekolah menengah. Sekolah rendah aku kne amik budak darjah 3 ajorkan sains dan math manakala skolah menengah form 4 aku ajar sains. dan demikiannya terjadilah aku seorang cikgu....

Yang kenal aku mesti tgh imagine kan camane aku jadi cikgu. Cikgu ngan student pon same besornye.. ahahahaha...well, teruskanlah imaginasimu itu.. hahahha...
BTW, ok la student pon okes jekk, dorg ajak aku main, aku main je la. nk quiz, amik aku wat quiz sampai bising giler kelas... kwang2... yg penting depa enjoy blaja, baru la nk mai kelas every week... ye dak..

okess la cikgu nk blah dulu la, proposal cikgu kne wat byk correction nih. tata...

Friday, July 22, 2011

Artis & Tudung

Salam…

Hari ni Dr. Wong takde lagi. Aku lak da siapkan proposal, so sangat2 xtahu nak buat ape lagi dah. Aku pun bukak la Metro. Terbace lak berita Irma Hasmi, tetibe rajen jadi paparazzi nak wat research sal artis2 bertudung di Malaysia. Sekarang Alhamdulillah semakin ramai artis yang sudah bertudung. Satu penghijrahan yang sangat baik. Cantik je tengok dorang bertudung kan? Okay kita layan beberapa cerita artis bertudung lak ye arini. Zasssssss…….

1/IRMA HASMI

Selama 14 hari berada di Mekah, cukup membuatkan pelakon dan pengacara popular, Irma Hasmie tergerak untuk memakai tudung sekembalinya ke tanah air.

"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

"Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma.





2/ FARAH DIANA

Penghijrahan Farah aku dapat tahu dari sebuah majalah tempatan. Pada asalnya niat mahu bertudung sudah lama disimpan. Beliau merancang untuk berubah atau berhijrah ke imej bertudung selepas berkahwin dan memiliki anak pertama. Tapi tak sangka pula, pintu hatinya kini sudah terbuka luas untuk bertudung lebih awal daripada jangkaan, malah sebelum beliau berkahwin lagi.

Berkongsi cerita detik permulaannya mengenakan tudung, niatnya itu terbuka lepas menjalani penggambaran di Kemboja bagi program Rasa Halal Orient, menerusi saluran Astro Oasis.

Mase kat Kemboja, Farah telah berkunjung ke sebuah pusat tahfiz. Beliau rasa terharu melihat ketekunan pelajar2 tahfiz yang gigih menimba ilmu dunia dan akhirat dalam keadaan daif dan serba kekurangan. Beliau merasa sebak dan apabila pulang ke bilik hotel beliau mula bermuhasabah diri.

Kemudian sekembalinya ke Kuala Lumpur, Farah berubah imej menjelang 11 Julai tahun lalu. Keputusan beliau disokong hebat oleh bapa beliau serta teman seperjuangan seperti pengacara asi Lemak Kopi O, Farah Adeeba, malah Farah Adeeba juga menghadiahkan beliau beberapa helai kain tudung.

Menurut Farah sejak dia bertudung, rezekinya semakin bertambah dengan kehadiran tawaran-tawaran iklan serta duta produk. Biasanya, bagi wanita yang telah berubah imej kepada bertudung, perwatakan mereka turut berubah menjadi lebih sopan.




3/ CATRIONA NORHAYATI ROSS

Cerita penghijrahan Catriona Ross aku dapat tahu bila tgk program Selami Jiwa yg diacarakan oleh Dr. Fadzilah Kamsah kat Astro Oasis tak lama dulu.

Kata Cat, beliau ketika alam remaja sangat nakal, beliau sering membuka tudung apabila di belakang pandangan ibu bapa terutama apabila keluar dengan kawan2 beliau.

Then tahun lepas, sebelum puasa beliau menemani beberapa orang kawan baik ke butik tudung. Ketika bosan menunggu, beliau mencuba sehelai tudung. Dan dengan sepantas kilat seperti tertusuk ke jantung, beliau menanggalkan tudung itu sepantas kilat.

Apabila pulang ke rumah beliau menangis semahunya. Ketika itu suami beliau outstation. Beliau dengan segera mencari tudung simpanan beliau namun gagal dan beliau dapati beliau langsung tidak mempunyai tudung.

Lantas beliau menelfon rakan beliau dan diberikan sehelai tudung serta rakan beliau sangat menyokong beliau dengan menghadiahkan beberapa helai tudung.




Ada beberapa lagi artis yang berhijrah ke bertudung seperti Aida Radzwill, Ziela Jalil, Erma Fatima, Wardina Safiyyah, dll. Xsempat aih aku nak cari cerita sorang2, da rase cam wartawan lak diri ini. Apepun, semua ini untuk pedoman semua. Semua orang boleh berubah dan berhijrah. Namun jangan pulak berubah hangat2 tahi ayam saje. Pakai litup untuk suatu tempoh je then pastu bukak sikit demi sikit. Semoga penghijrahan mereka semua membawa kebaikan. Cuma satu saja kerugian mereka sikit, gambar2 mereka sebelum ini masih boleh di akses di internet. Contoh kontroversi Wardina Safiyyah tidak lama dulu dimana pihak2 yg tidak bertanggungjawab masih mendedahkan gambar2 beliau yang tidak bertudung. Aku rase agak kasihan la kat mereka2 ni. Alangkah bagus jika mereka bermula dengan bertudung, namun setiap insan pasti ada sejarah hidup tersendiri.

Melihat perubahan mereka, aku juga berharap aku boleh berubah menjadi yang lebih baik dari yang ada sekarang. InsyaAllah ;)

Wednesday, July 20, 2011

Kisah Itik dan Kura-Kura

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.


sumber: iluvislam

Bila Kacang memilih mulut daripada kulit..

Salam....
Selamat petang. Baru je siap proposal, da xtau nk watpe. so, aku bukak iluvislam. then start blogwalking di petang yg indah ini utk mengisi masa lapang di lab yang saujana indah mata memandang ni... Kat sini aku ade sebuah cerita yg telah dibaca. so aku nk share la kan, semoga kite leh dapat iktibar dari cite ni. InsyaAllah ;)

Zaman sekarang ni, kebanyakan remaja yang punyai kekasih hati lebih berminat untuk mendengar kata-kata yang diucapkan oleh bibir kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa sendiri. Perkataan-perkataan seperti 'Mak ni berfikiran kuno', 'Saya tahulah apa yang saya buat!', 'Mak, ayah jangan masuk campur urusan saya!' dan banyak lagi perkataan-perkataan keras yang lain acapkali dilemparkan kepada ibu bapa apabila mereka tidak berpuas hati dengan teguran dan nasihat yang diberikan.

Usia kian meningkat. Daripada dahulunya merupakan seorang kanak-kanak kecil kini telah menjadi remaja yang menginjak dewasa. Kehidupan yang selama ni ditanggung oleh mak dan ayah semakin dilupai. Insan baru hadir dalam hidup. Insan yang bernama kekasih disayangi dan dicintai sepenuh hati. Time tu mulalah anak-anak remaja ini lupa diri. Mak ayah ditolak tepi. Cinta kepada kekasih hati tak berbelah bahagi.

Patutlah Islam mengharamkan budaya couple. Bukan sahaja akan mengundang maksiat tetapi turut menjadikan seorang anak menjadi derhaka. Mungkin anda akan berfikir, bukan semua yang bercouple itu menderhaka kepada ibu bapa. Ya,tidak semua tetapi segelintir. Namun, alangkah elok sekiranya kita menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak mustahil akan berlaku kemungkaran daripadanya.

Pada pandangan para pembaca semua. Siapa yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul? Kekasih hati ataupun Mak dan ayah? Nah! Ikuti kisah berikut untuk tauladan bersama..

Situasi 1: Mak minta tolong vs Kekasih minta tolong.

Mak: Minah, tolong masakkan nasi goreng untuk mak boleh? Mak lapar nak. Teringin nak makan masakan kamu.

Minah: Laa...Minah penat ni!

Mak: Hmm. Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang lapar lah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini sayang masak untuk abang, boleh?

Minah: Boleh abang! Sekarang jugak ayang masakkan untuk abang. Tunggu ye!

Mamat: Sayang you sangat-sangat! (gaya miang)

Situasi 2: Pesan mak vs pesan kekasih

Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam.Tak elok tau anak dara keluar malam. Apa kata orang-orang kampung nanti. Kalau jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah? Mak risau.

Minah: Ala mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun. Nak pergi jumpa Mamat kejap je pun susah....hish!

Mak: Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang hari ni ada kerja kat KL. Sayang duduk kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pula. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang....I love you!

Minah: Baiklah abang. I ikut cakap you. Abang pun jaga diri tau! Love you too. (gaya gedik)

Situasi 3: Pandangan mak vs pandangan kekasih

Mak: Minah! Kenapa pakai baju ketat-ketat ni? Malu mak tengok. Bahaya pakai macam ni! Nanti lelaki-lelaki gatal kacau...

Minah: Mak ni bising la! Orang tau lah apa yang orang buat. Mak, orang dah masak la dengan perangai lelaki kat luar sana..mak bukannye tahu apa-apa pun!

Mak: Alahai anak aku..

Mamat: Sayang, you pakai short dress ni cantik sangat tau. Tergoda I tengok you! Tapi, I harap you pakai macam ni bila depan I je boleh sayang? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, I tak suka. Janji sayang?


Minah: Ops, you tergoda? Hehe. Abang jangan risaulah..sayang akan pakai seksi macam ni depan abang je. Sayang tak pakai seksi-seksi bila abang takde.

Situasi 4: Mak suruh kahwin vs Kekasih ajak kahwin

Mak: Minah. Mak rasa kamu kahwin je la dengan si Mamat tu cepat-cepat. Muak dah mak tengok kau keluar dengan jantan tu tanpa ikatan, melayan telefon dari jantan yang bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak..

Minah: Mak ni kan..suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles kan?!

Mak: Alahai anak aku.. Minah..Minah...(menggeleng kepala kesedihan)

Mamat: Sayang, abang tak sabar nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)

Minah: Sayang pun tak sabar nak kahwin dengan abang! Kalau abang sudi, esok pun sayang sanggup kahwin dengan abang.

Situasi 5: Mak vs Kekasih??

Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pula bukan main romantik. Minah, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok Minah...

Minah: Mak, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak?? Orang cintakan Mamat. Tau la zaman mak dulu tak ada handphone!

Mak: Alahai anak mak......

Mamat: Betul la..abang mana ada perempuan lain. Sumpah abang tak tipu!

Minah: Abang tipu, i nampak you jalan dengan betina tu dekat pekan petang semalam! Penipu! (Menjerit-jerit dan menangis)

Mamat: Suke hati Minah la nak percaya ke tak, kalau tak percaya sangat kita putus je lah hubungan. Senang! Tak payah nak call-call dan mesej-mesej lagi dah!

Minah: Abang!!!!

*Ingatlah tidak ada keberkatan andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Jika pesanan kekasih hati yang terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya!


Nukilan: Dalila Hanim

Tuesday, July 19, 2011

hidup

Hidup ini ibarat jalan raya

Jalan yang sehala

Tidak kita mampu berpatah balik

Ada jua persimpangan

Ada jua liku-liku

Pemilihan yang tepat harus dilakukan

Agar tidak menyesal nanti

Namun terkadang simpang yg telah dipilih itu

Adalah jalan yang mati

Lalu kita kebuntuan

Berpatah balik tidak mampu

Hanya perlu menanti penghujungnya

Friday, July 15, 2011

BERSIH Vs KOTOR????

BERSIH Vs KOTOR

Salam sejahtera utk semua ;)

Woow.. tgk entryku ni.. bahaya neh guna perkataan yg pertama tu lately. Boley kne saman woo..
Tapi kalo xleh gune perkataan n ink gune perkataan ape yek? Perlu ke gune TIDAK KOTOR instead of BERSIH? Cam membazir air liur lak kan? Rugi space lak nk tulis sms pkai perkataan tu kn? Bukan itu saje, tp nk pakai baju kaler kunin pun pakat nk ragu2.. yg kesiannye kat orang DIGI tu la, die mane ade uniform len, camane?? hahahaha

Lately memang rase cam bosan giler tgk tV. Dah seminggu kot x abeh lagi ke nk bising2? Bosan sungguh bosan. Cerita nk proses nk BERSIH kan name disebabkan perhimpunan BERSIH ni la. Ape kes?

Okay, aku tade menyebelahi mana2 pihak, semua ni politik. Ada pro n ade cons. Bagi aku pehimpunan tu okay, cume peserta xyah la wat kalut cam BERSIH 1.0 dulu. Tapi so far okay la yg aku dengar, dorang bukan wat kalut ape pun, polis lak yg nk bebai2. But the truth is kite boleh nampak kan? Ape yg tersurat lagi tersirat. Ohkay, kat sini ade aku sertakan sket ape benda la 8 perkara yg dimintak semasa perhimpunan BERSIH yg menjadi hot tu kan:

1/ BERSIHkan senarai undi

2/ menreformasikan undi pos

3/ guna dakwat kekal

4/ masa kempen minima 21 hari

5/akses media yg bebas dan adil

6/ kukuhkan institusi awam

7/hentikan rasuah

8/ hentikan politik kotor

Bg aku x nampak pun sebarang perkara yg dikatakan mencemarkan fikiran rakyat di sini. Dan tiada sebab untuk sesetengah pihak mengatakan tuntutan2 ini tidak relevan. Ramai yg tahu berbicara tetapi berapa ramai yang tahu ape tuntutan mereka. Aku terlalu penat nk tgk berita tb. Berita sangat x konsisten. Arini kate lain, esok lak kate laen. Huhuhu..

Cuma yg KOTORnya tentang BERSIH ni xleh nak kata apa la, sampah tu biasa la. Kalo da ramai orang berkumpul mesti la ade sampah banyak. Sedangkan pasar malam pun ade sampai bertimbun2 kot, malam Merdeka pon pebuh kot sampah kat Stadium Merdeka, So what kan? Tapi seeloknya depa tunjukkan la keSIVIKkan mereka, xbuang sampah rata2 baru orang respek ye dak? hikhik

Ohkay, alih ke crite len lak. Dengan duit USD24juta ataupun dikira tambah tolak darab bahagi same dengan RM73 juta. Kalo ade yg alert dengan jumlah ni tahulah ape isunya. Ape yg boleh dilakukan dengan duit sebanyak ini? Ramai rakyat jelata yg hidup merana luar sane. Nak makan x cukup, nk beli susu anak pun xcukup sampai bagi anak minum air kosong je even anak tu still baby. Ramai rakyat tinggal di rumah setinggan sahaja. Rmai student yang nak makan pun xcukup duet. Makan McD or KFC or Pizza xpun kat food court2 kat shopping complex yg sejemput tu pun kne cukai. Ape pandangan anda? Cam aku ni kan, blaja je tinggi2 penat2, tapi nk mintak scholarship pon susah. Kononnya perkenalkan MYmaster , tapi juz cover duit yuran je, duit makan tanggung sendiri, silakan. Ape la salah kalo pkai 73juta tu bg scholar kat kitorang ni. Blaja tinggi2 pun untuk anak bangsa jugak kan. Nanti kalo wat novelty research bukan ke naikkan nama Negara jugak ke? Aish.. xfaham2…

Aku bukan nak berpaling tadah dan menjadi kacang lupakan kulit. Ya, aku byk terhutang budi dengan kerajaan. Hutang budi dibawa mati woo.. tapi kan, kalo kite berhutang budi dengan seseorang tu adekah kita patut tunduk jika dizalimi? Jika kita berhutang budi, adakah patut kita tunduk saja bila pemiutang itu berlaku salah? Aku bukan berniat untuk menghasut mana2 pihak. Tapi bak kata Nabil, lu orang ada otak, lu orang pikir la sendiri.

Ape2 pun PRU t jangan lupe pakat balik mengundi ye... ;)


Thursday, July 14, 2011

Suddenly....

Salam
Sejak semalam rase down sangat. Macam2 dugaan aku dapat. Xtahu camane nk selesaikan masalah ni. Give up n rasa seperti nk hentikan sume ni secepat mungkin. Haruskah mengalah? terkadang terfikir xguna belajar tinggi2 kalo stil susahkan family. Felt USELESS.. *cry*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...