Tuesday, September 13, 2011

6% oohhh 6%

Selamat pagi...
Salam 1 Malaysia.

Ape kabar sume? lame btul x mencoret2 di sini. Busy sket lately, pelbagai kerje nak kne setelkan. Lately banyak sungguh peristiwa-peristiwa yang berlaku tak lupa juga isu-isu yang mencabar minda dan emosi pelbagai pihak.

Contoh yang paling mudah adalah tajuk entri di atas..




Pergh!! Dari yang muda sampai yang tua duk bercakap sal isu ni. Ini bukan isu yang sensitif namun ini adalah suatu isu yang berkaitan dengan hampir semua penghuni Malaysia kerana rata-rata rakyat manusia tak kira lelaki perempuan tua muda miskin kaya semuanya pakai henpon kan? Dan majoriti dari mereka adalah pengguna prepaid atau pun kad prabayar.



Bagi saya, saya melihat perkara atau isu ini dari pelbagai sudut. Kiri, kanan, depan belakang, atas, bawah. Ada yang memandang perkara ini sebagai perkara yang remeh temeh, ada juga yang menjadikan ini suatu isu yang besar. Ada yang tersenyum gembira, malah ada juga yang kian menggarukan kepala. Ada yang protes, ada yang setuju. Ada yang memandang ini sebagai isu politik malah ada juga yang menganggap ini adalah peluang.

Apa pun pandangan orang, tiada satu pun di antara mereka salah kerana tiada pandangan manusia adalah salah. Namun ada juga yang sampai berbalahan kerana isu sebegini. Ada yang menuduh mereka yang setuju adalah pro kerajaan manakala bagi mereka yang membantah dikatakan anti kerajaan. Bermaki-makian di facebook dan twitter. Berbalas tweet dengan kata-kata kesat. Segalanya mengikt emosi. Di manakah kesepakatan yang selama ini ada?




Apa kata kita lihat perkara ini dari sudut negative dan diseimbangkan dengan kesan positif?? Barulah kita akan memahami pandangan orang lain juga.. =)

6% jika dilihat dari nilaian peratusan adalah kecil sekali. Namun jika di'cash'kan dalam bentuk wang ringgit ianya sangat bernilai. Jika kad prepaid atau kad prabayar atau kad topup yang bernilai rm10 maka cukainya adalah rm0.60, untuk rm30 adalah rm1.80 manakala untuk nilaian rm 50 adalah rm 3. Mungkin bagi sesetengah pihak, nilaiannya tak de la banyak mana pun.
Bagi sesetengah orang setakat rm 0.60 apelah sangat. Seminggu rm0.60 kan kalo sebulan baru rm2.40. Bukan ape sangat pun, duit ptptn kan banyak, duit mak ayah kan banyak, bukan aku yang cari duit, mintak je ngan mak ayah, mak ayah aku kan banyak duit. Setakat rm 2.40 sebulan ape la sangat. tah pape la dornag ni nak kecoh.
Bagi sesetengah orang pula rm 2.40 sebulan? Aku boleh beli nasi kot. Nak gayut ngan mak ari2 pun boleh da tu. Da la mak aku sakit. Aku nk berjimat tapi camane ni da kne spend untuk benda ni lak. Aku sengaja pakai prepaid sebab nak jimat tapi camni lak jadinya. Kalo aku banyak duit tade la aku pakai prepaid.

Cuba kita bayangkan... okay contoh terdekat student uitm sendiri. Ada lebih dari 10ribu kot student Uitm seluruh Malaysia ni, bila kita darabkan dengan rm0.60 bukan ke nilainya da rm6000 seminggu ke? Hurmm.. ke mana perginya duit ini? mungkin untuk memperkukuhkan ekonomi negara gamaknya kot. huhu

Cuba kita fikir kenapakah prepaid di wujudkan? Untuk kemudahan mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat berhubung dengan lebih mudah. Korang ingat orang yang kais pagi makan pagi tu xnak berhubung ke? Dorang tade anak yang belajar jauh-jauh? Korang ingat semua student U kaya ke? Kalo student UiTM memang la 'agak' kaya sebab yuran murah, kalo U len camane? Cube fikir-fikirkan. Ade yang kate, kalo camtu xyah la pakai henpon. Ce kite bayangkan kalo tade henpon, camane nk inform esok ade test? camane nk inform member bila kita lupe esemen? Camane nk inform member kalo kelas tetibe batal? Nak kne anto surat ke?

Ok, now lets go to other side.

Ape kebaikan die wat cukai 6% ni? Cukai ni bagus untuk mereka yang bersekolah dan juga ereka yang nak amik exam UPSR ke, PMR ke SPM ke STPM ke.... Ape kebaikan nye? Ce cite ce cite...

  1. Akan kurangnya kanak2 berhenpon.. yela, tgk la skang ni darjah satu pun da ade henpon beb. Kalo aku dulu pakai telepon public je la yang termampu. Skang ni budak2 pun pkai henpon lebih dari orang dewasa. Aku nye henpon pun cikai je, depa bleh lak pkai blekberi.. huhu.. canggih kan kanak2 sekarang.
  2. Student-student sekolah khususnya akan berpikir ybanyak kali nak berkapel and lebih menumpukan perhatioan kepada pelajarannya
  3. dapat juge menjimatkan tenaga letrik yang tariffnya pun naik jugak kan. Dengan cara kurangnya mengecas telepon sebab kurang gune telepon
  4. hilang suda keghairahana membeli henpon canggih2 dan baru. Kalo tade kedit watpe pakai ipong or blekberi kan. Wat malu je...
  5. Yang lain2 lu pikir la sendiri.. wahhaha

Setiap orang punya pandangan tersendiri, jika setuju tidak bermaksud pro kerajaan dan jika membantah tak semsetinya mereka anti kerajaan kerana setiap manusia dilahirkan dengan pandangan yang berbagai-bagai. Hormatilah pandangan teman-temanmu. Apa pun segalanya terletak di minda anda, jika buruk kita fikir, maka buruklah, jika baik kita fikirkan maka baiklah. Segalanya di tangan kita, xguna bertikam lidah sesama sendiri bahkan ini dapat memutuskan silaturrahim je. Sapa rugi? kita juga yang rugi. Tapi kita sebagai rakyat ada hak untuk bersuara untuk mempertahankan hak kita, cuma mungkin medium dan cara saja yang tak berapa betul. Marilah kita mencari media2 yang betul andai kata kita ingin bersuara.

Love for life, love for always.. cheers!!

Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...