Thursday, February 23, 2012

Study, Tusyen, Online bisnes

Salam...
Fuh lama betul xupdate blog. Tersangat bizi mencari sesuap nasi di perantauan orang sekarang membataskan waktu berblogging. Tidak seperti dulu ketika masih di ijazah sarjana muda (ayat nk skema).

Pelbagai dugaan mendatang dalam kehidupanku sejak lewat ini. Namun, benar kata orang Allah s.w.t menguji kita kerana Dia sygkan kita, dia mahu kita dekat denganNya, sentiasa mengadu padaNya, sentiasa merayu dan merintih kasih dan simpatiNya.

Dugaan yg mendatang itu banyak mematangkan diriku, menjadikan aku lebih tabah dan meyakini bahawa sesuatu yg lebih bernilai menantiku di hari esok.

Saat ini aku masih bergelut menyiapkan projek utk masterku. Dan dalam masa yang sama aku juga mengajar kelas tambahan dan kelas persendirian. Dan yang terbaru, aku telah terlibat dengan bisnes yang aku bina sendiri. Selama sebulan lebih aku cuba menyemai benih, kini aku lihat hasilnya. Dan semalam 22/2/2012 bersamaan 29Rabiulawal 1433, aku telah merasmikan page bisnes aku di facebook. Website pula belum aku develop kerana menunggu 'sahabatku' buatkan.

Kepada pembaca sekalian (macam la rmai sgt bace blog aku), moh le singgah ke page aku VANILLA WHITE ONLINESHOPPE dan usyar2 produk aku. Selamat membeli belah!

Wednesday, February 8, 2012

MONOLOG: Diri dan masa depan


Rasa takut menghadapi masa depan,
Kerana diri sering dihimpit,
Dihimpit kiri dan kanan,
Seolah-olah berjalan di lorong nan sempit yang kegelapan,
Mencari sinar di hujungnya,
Namun tidak diketahui sinar bahagia mahupun derita..

25 - New age, new days, new spirit...

Salam Maulidurrasul..

First of all thanks kepada semua yg wish birthdayku. Amin atas semua doa yang kalian panjatkan. Semoga doa kalian semua dimakbulkan olehNya. Amin..

Nothing much to say but maybe 25th adalah tahun permulaan dewasa untukku. Perlu menjadi sedikit matang, sedikit tabah dan sedikit rasional.

Menjadi aku tidaklah semudah yang dipandang mata. Terlalu banyak yang perlu ditelan berbanding terluah. Lebih banyak yang perlu disimpan berbanding dibiar terbuka.

Aku bersyukur di berikan peluang meminjam oksigen kepunyaanNya untuk bernafas selama suku abad lamanya. Aku bersyukur diberi pinjam air untuk diminum. Aku bersyukur masih punya pakaian untuk dipakai, makanan untuk dimakan sehingga badan segemuk ini. Dan aku bersyukur kerana masih ada yang menyayangi diri ini.

Banyak perkara yang berlaku lewat tirai semalam memberi aku banyak kenangan dan pengajaran. Ada yang kita mahukan tetapi tidak tercapai. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Ada benda yang terlepas dari pandangan namun ada juga yang kugenggam erat.

Terima kasih umi ku, dengan kesabaranmu aku masih lagi disini walaupun belum pernah aku menyuapmu dengan rezeki dari titik peluhku walaupun sewajarnya di usia ini aku sepatutnya berbuat demikian. Namun aku masih lagi hanyut dengan buku dan ilmu yang kudahagakan tidak sudah-sudah.

Terima kasih saudara-saudaraku dan juga teman-temanku yang tidak pernah lupa hari lahirku.

Terima kasih sahabatku kerana bersusah payah untuk bersamaku di ulangtahun kelahiranku. Dirimu melengkapkan hidupku. Maafkan aku kerana sering ragu dengan keikhlasan dirimu.

Terima kasih segalanya. 25th is a new day with a new age, spirit and hope. 2012, please give me something to remember ;)

Wednesday, February 1, 2012

Behind every...

Behind every ‘I’m fine’,
there’s something wrong,
Behind every ‘It’s ok’,
there’s a sense of belonging,
Behind every silence,
there’s doubt,
Behind every lie,
there’s pain,
Behind every ‘I love you’,
there’s something that you want,
Behind every word you say,
there’s anger rising,
Sometimes you have to accept
what you get,
because you can’t change
what’s meant to be,
so just put a big smile on your face
and pretend there’s no pain at all
or it will just hurt more

by: preveena
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...