Friday, December 31, 2010

31 Disember 2010

Salam...
Hari ni da 31 Disember 2010. Hari terakhir kita berada di tahun 2010. Esok, tiada lagi 2010. Ianya sepantas kilat meninggalkan kita.


Tirai 2010 akan berlabuh dan tersingkap pula tirai 2011.



Seperti biasa, bagi kebanyakan orang, tahun baru akan dimulai dengan azam baru. Azam dan matlamat yang ingin dicapai untuk tahun tersebut. Persoalannya apa jadi dengan azam tahun yang sudah? Mungkin tercapai, mungkin terkubur, mungkin juga boleh direnew. Siapa tahu. Namun azam tersebut adalah hak individu. Bagi saya tiada salahnya punya azam baru walaupun hanya "hangat-hangat tahi ayam". Sekurang-kurang nya diri punya matlamat. Saya juga punya azam dan harapan setiap kali menjelang tahun baru. Untuk tahun 2011, saya berharap akan dapat menempuh segala cabaran dengan jayanya dan cita-cita saya akan terlaksana. Amin..

Tahun baru bakal bermula.... Dan.... semestinya umur juga kian meningkat. Dari kurang satu tahun ke.....

betul ke number nih?? cam x caye jekkk.. huhu
And people keep asking the same question from time to time...InsyaAllah, kalo jodoh x ke mane ok? dun worry bout me too much, i'm ok...

2010...
pastinya punya kenangan yan tersendiri buat kita semua. Banyak sangat kalo nak diceritakan. Untuk diri ini? hmmm... Mungkin terasa 2010 adalah tahun yang lebih baik dari sebelumnya. Banyak perkara yang menggembirakan dan kurang pula perkara yang menyedihkan. Senang kate, kurang ayaq mata yang menitik la tuk 2010. Saya harap 2011 saya akan lebih gembira dan tahun yang lebih baik untuk saya.

DAN....
31 Disember 2010...
Adalah hari untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Merenung kembali kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan. Berfikir cara untuk mengubah atau memperbaiki diri dan kesilapan kita agar sejarah sama tidak terulang dan terus terulang. Bertafakur mencari kelemahan diri supaya boleh improvekan diri kita di 2011 nanti.

Apepun, Selamat tahun baru 2011 untuk semua. Dari saya: TINTA_PENA :)


Wednesday, December 29, 2010

nonsense.. hahaha~

Di luar hujan lebat. Saya kesejukan. Di dalam gelap gelita.Terasa kedinginan mencucuk ke sumsum tulang. Selimut ditarik perlahan. Bilakah hujan akan berhenti? Matahari mula ingin memancarkan cahaya. Memberikan sedikit kepanasan.... Seeejjjuuuukkkkk...

Thursday, December 23, 2010

Kawen... Kawen... Kawen...

Salam...
Hi everyone.. Malam ni mood nk tgk gambar2 org kawen.. hihi.. What so special about weeding that u owez crazy about, Tinta? Hahaha.. Bagi saya every single things about weeding are soo soo soooo beautiful. Sangat dan sangat indah. Walaupun sebelum ni memang selalu da tengok pic weding. Tapi malam ni nak feeling sket. Ahaks! Ambik aura sket weh.. walaupun da tau mase saya lambat lagi.

Ni antara pic2 yang menareekk untuk saya kongsikan.. Sebenarnye banyak lagi tapi tak larat pulaks nak upload kat sini.


** Yang ni cun kan? Saya suka background dia. Segar je **




** Yang ni cam simple. But I love the curve. Seems Islamic**




**Yang ni romantik yang amat. Saya suke pada sunset tu**




** Wah2 sangat the romantik**





**Both pic kat atas ni die punye background menampakkan keceriaan.. Warne tu penting. Love love love**



Tapi dalam banyak2 pic. Saya paling suke yang ni. Memang jatuh cinta punya la. Mate da kuar love love da. Dari dulu sampai skang mmg sangat dan sangat suke pic ni. Xtau nape.. huhu

**nice kan?**

Sumber: Abd Haziq (luvlyclick.com)...

Tuesday, December 21, 2010

Denting

Bila saya emo, saya suke dengar lagu ni....
Ia akan buat saya rasa tenang walau lagunya slow, sedih dan menyentuh...

Penat

terkadang
kaki terasa berat
Untuk terus melangkah
Umapama sebongkah beban
terus berada di situ

Terkadang
Bibir merasa malas
Untuk terus menuturkan kata
Berbicara suatu bahasa
Supaya diri dimengertikan

Terkadang
Ingin ku pergi jauh
Meninggalkan segala usaha
Kerana ternyata
Hari ini seolah tiada hasil

Terkadang
Aku merasa terlalu penat
Dengan keadaan ini
Lesu, lemah dan longlai
Diri ini terus terasa
Kerana
Hanya aku yang merasa...



DEQJAAS
21.12.10
1436
Kmar sepiku..

berubah

Salam..
BERUBAH. Satu perkataan yang takkan lari dari diri setiap yang hidup. Sedangkan yang kecil akan berubah menjai besar. Yang baru akan berubah menjadi lama. Yang cantik akan berubah menjadi buruk. Bak kata pepatah, sedangkan pantai lagikan berubah. Everything gonna changed as time passed away.

Beberapa bulan dahulu saya bertanya kepada diri Kenapa orang lain mudah berubah Mengapa tidak aku?

Tapi kini saya rasa saya sebenarnya sudah banyak berubah. Saya tidak lagi seperti saya yang dahulu. Terkadang saya amat merindui saya yang dahulu. Namun saya sedar saya bukan lagi saya yang dahulu. Beberapa teman ada bertanya kepada saya. Kenape ko da x macam dulu? dulu ko banyak cakap cam murai tercabut ekor. Sekarang ko lebih banyak diam dan mendengar. Saya tersenyum.
Umi juga pernah bertanya kepaa abang mengapa saya sekarang tidak banyak bercakap seperti waktu2 dahulu.

Dan saya? Saya sendiri tidak tahu mengapa itu semua terjadi. Mungkin saya dah terlalu penat untuk bercakap. Mungkin energi saya sudah hilang untuk bercakap tanpa henti seperti satu waktu dahulu. Mungkin terlalu banyak perkara yang saya perlu fikirkan. Mungkin terlalu banyak yang terbuku di hati sampai tiada yang mampu terluahkan. Terlalu banyak kemungkinan di sini.

Saya juga merindukan saya yang dahulu......

Monday, December 20, 2010

mood: unknown....

Salam...
Ari ni, celik2 mate.. Ahhhh.. indah sungguh bauan ini. Bauan yang tidak dapat dihidu di bandaraya Shah Alam. Sungguh segar. Keluar dari bilik, kelihatan adik2 ku serta sepupuku bergelimpangan tidur di luar. Macam tade bilik lak dorang ni. Dahla on kipas sikit punya laju. Sejuk sehh.. Kat luar masih hujan. Uhhh.. nyammannya terasa.

Seronok berada di rumah? hmmm... Baru tak sampai sehari sudahpun merasa bosan. Mao pulang ke Shah Alam.. huhu.. Kadang2 saya tak faham dengan diri sendiri. Bila di Shah Alam, terasa ingin sangat pulang ke rumah. Dan bila di rumah, saya rasa bosan dan teringin pulang ke Shah Alam. Aiyaa.. mao angkat ini lumah bawak pigi Shah Alam bole ka?

Hmm... Mood: kecewa. Sepatutnya saya ke Penang esok. Namun disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan terpaksa membatalkan niat. Hati da rase kecewa yang amat. Saya mau ketemu dia. Mao nangis pun ade. Tapi apekan daya. Xpelah, saya tunggu mid term break t la. Kalo la dia sudi bersusah payah untuk saya lagi la.. huhu. Saya mahu doraemon. Saya mahu 'Pintu perentas masa'. Doraemonnnnnnnnn!!!!


Tapi xpelah wak.. kite jumpe lam webcam cam biasa je la ye sob sob :'(

Friday, December 17, 2010

Itulah Aku

Itulah aku
Antara pohon-pohon ilmu
Mengutip-ngutip
Buah-buah yang ranum

Itulah aku
Yang menabur kuntum-kuntum doa
Di kamar pengharapan
Mengemis seteguk restu

Itulah aku
Deras berlari
Meredah belantara cita-cita
Biarpun tumit kerasku berderai
Dicucuk sembilu tajam....

Wednesday, December 15, 2010

aku dan puisi~~

Salam..
Mood sekarang mahu berpuisi. Tapi tiada idea yang datang. Arghh!! Ia ada tetapi xuncul. Tersembunyi di kotak hati agaknya.

Ada yang bertanya "bagaimana kamu menulis? Bagaimana puisi itu kamu ciptakan? Bagaimana idea datang?"

Bagi saya puisi itu hanya kata2 yang lahir dari hati, dan pemikiran. Idea datang kadang-kadang tidak terduga. Mungkin ketika makan, bersiar-siar, baru bagun tido, mandi, malahan ketika belajar juga ia bisa datang. Pernah waktu di bangku sekolah dulu ketika peperiksaan, idea itu datang mencurah2 sedangkan ketika itu paper matematik tambahan. Dengan kertas kotor yang digunakan untuk membuat pengiraan saya tulis puisi tersebut.

Idea tu datang dengan satu patah perkataan sahaja. Mungkin bagi orang lain, idea menulis datang dengan suatu situasi. Namun saya tidak. Saya hanaya memerlukan satu patah perkataan sahaja. Dan bila saya mula menulis ayat2 akan tercipta sendiri.

Adakah menulis puisi memerlukan bakat? Mungkin tidak, kerana sesiapa saja boleh menulis. Mungkin juga ya, kerana saya rasa bakat penulisan puisi saya sudah mulai tumpul. Tidak seperti di zaman persekolahan dulu dimana saya mampu menulis sekurang2nya seminggu sebuah puisi. Sekarang? Mungkin juga kerana kekangan masa, mungkin juga sudah kekeringan kata2 kerana sudah lama tidak melayan buku2 puisi seperti dulu disebabkan oleh terlalu banyak buku Chemistry yang perlu dibaca.. huhu

Tuesday, December 14, 2010

Mamat hensem... weee~

Salam..
Pagi tadi hati benar2 terasa panas. Darah mengalir laju sampai ke otak. Terasa bagai nank pecah kepala. Muka saya sudah merah padam. Saya sentuh dahi, peuh sudah mulai mengalir membasahi anak tudung. Saya raba belakang beg (memakai beg galas ketika itu), beg pun sudah mulai lembab. Sudah tentu baju juga basah. Jam menunjukkan jam 11.45 pagi. Sudah satu jam setengah saya berdiri di situ. Di tepi jalanraya menantikan kehadiran abg rapid yang xreti nak wat keje (sebab lame sgt tunggu bus x sampai2).

Saya benci situasi ini. Terpaksa menunggu bas. Membazirkan masa saya sendiri. Setiap hari sama saja. Sejak 2 tahun lalu. Argghhh.. saya tidak suka keadaan ini. Namun saya masih menunggu. Tiada pilihan lain. Alangkah senangnya jika saya mampu meminta. Mampu meminta dengan abang atau emak untuk mempunyai sebuah kenderaan sendiri (moto cabuk pun xpe). Tetapi saya tidak pandai meminta. Segala apa yang ada semuanya diberikan tanpa meminta. Apa yang saya inginkan dalam hidup (berbentuk material) saya usahakan dengan usaha sendiri. Menabung. Menyimpan duit di bank. Berniaga. Mengikat perut. Semuanya digunakan dengan wang sendiri. Namun untuk masa sekarang saya tidak punya wang yang cukup untuk memiliki kenderaan sendiri. Sigh. Saya mengeluh panjang. Bosan dan penat.

Akhirnya setelah 2jam 1 minit saya menanti kehadiran kelibat bas RapidKL, saya dengan akur menahan sebuah teksi. Teksi pun teksi lah. Terpaksa. Melayang RM5 untuk perjalanan dari rumah sewa ke kampus ku. Aduh. Sepatutnya RM5 tersebuut boleh aku gunakan untuk makan tengahari hari ni. Mengeluh panjang lagi.

Setiba di lab saya memulakan kerja-kerja saya seperti biasa. Namun, itu tade ini tade. Mane pegi sume apparatus nih??. Menuju ke bilik ENcik Khairul, tetapi beliau tiada di bilik, hanya teman beliau sahaja. Lab assistant baru kot. Bila ditanya, semua jawapannya "tahla, tade kot".. Arghhh... dahla panas, bertambah2 panas dibuatnya. Saya ke bench saya untuk menarik nafas dan menenagkan diri (walaupun udara dalam lab sangatlah errr.. tau2 je la).

Sedang saya menarik nafas dalam2. Tiba2 saya terhidu aroma wangian lelaki dan mata saya melirik ke arah satu susuk tubuh lelaki. Dia berjalan sambil tertunduk saja. Berpakaian serba hitam dan berkasut. Tak ubah Gong Chan dalam Mygirl.. Ohh.. hensemnye. Dia meninjau2 dalam fume hood. Saya memerhati lagi. Terdiam tanpa kata. Agaknya tersedar dek pandangan saya dia cepat2 beredar dari situ. Setelah susuk tubuhnya beredar, saya pun kembali dengan kerja saya. Dalam hati? hahaha.. tiada ape2 pun terlintas. Sekadar mencuci mata dan melegakan amarah sahaja. hahaha.. Going back to work!! chaiyok2 Tinta!

Sunday, December 12, 2010

grrrrrr......

Salam
Saya terasa sangat dan sangat penat. Bukan penat tubuh badan tetapi penat jiwa. I'm sick wif all people around me. Sick wif their attitude and behaviour. Terlalu bermuka- muka. Dan backstabber. Depan A cakap sal si B kaw2. Depan B punye pijak semut tak mati, mulut manis bukan main, n cakap sal si A lak kaw2. Saya yang mendengar ni terasa sick yang amat. Nape la ade manusia camni? Terlalu manis mulut depan orang. No wonder ramai suke kawan ngan dia termasuk saya.

Dan saya selalu terfikir ape agaknya dia bercerita tentang saya di belakang saya ye? Tuhan je tahu. Semoga dia sedar perbuatan dia.

Saturday, December 11, 2010

Biar menjauh~

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak terulang kelukaan hati
Biar terputus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati
Memujuk hati ini

Dan bilaku berhadapan
Teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan
Lama terpendam

Rasanya sudah terlewat
Untuk ku terima
Tiap kekesalan
Walau berbagai caramu tapi
ternyatalah sia sia saja

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikitpun aku terima kasih dan sayangmu

Friday, December 10, 2010

Selempang Pink~

Salam..
10hb Disember 2010..
hari yang mendebarkan semua student2 UiTM x kira dari kampus mana sekalipun di serata tempat di Malaysia ini. Result peperiksaan semester lepas sudahpun dipersetujui oleh Dewan Senat UiTM dan akan dipaparkan di skrin "Student Portal" mulai hari ini.. Sebenarnya awal pagi semalam dah ada yg lerlepas cilok masuk ke web Student Portal dan tgk result. Salah seornag daripadanya adalah housemetku, Nana.. Saya, seperti kebiasaannya seringkali membiarkan keadaan reda barulah berminat untuk melihat keputusan saya. Mungkin tidak mahu serabut dengan pertanyaan bertalu talu dari kawan2.

Harapan saya agar semuanya baik-baik belaka. Semester lepas adalah semester yang sangat menguji diri. Dengan proposal project yang menyerabutkan, spectroscopy yang memeningkan, seperation method yang mengelirukan ditambah pulak dengan 1 subject bussiness, Operation Management yang menggilekan kepala otak saya.. Saya tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Cukuplah jika CGPA saya naik untuk saya capai peringkat seterusnya -->> first class graduate kerana saya tahu saya tidak mampu memakai selempang pink itu. Selempang pink itu hanyalah harapan semata2.

Selempang pink...

Memang sejak diploma lagi saya ingin menyarung selempang pink. Namun saya tak berdaya. Di semester 4 dan 5 saya rebah. Tiada semester 6 untuk saya baiki kegagalan kerana ketika semster 6 saya sudahpun berpraktikal. Oleh itu, selempang pink hanya mimpi semata. Kali ini, di peringkat ini, selempang pink juga hanyalah satu mimpi bagi saya. Hancur harapan. Yang harus digenggam hanyalah Kelas pertama. Harapan saya agar tidak lagi tersungkur kali ini. InsyaAllah. Sesungguhnya melihat kawan2 dan sesiapa sahaja memakai selempang pink di hari besar iaitu hari penganugerahan agak membuat diri terasa terkilan. Tetapi apekan daya, saya tidak mampu merangkul gelaran itu -->> Anugerah Naib Canselor.

Apapun, saya sudah cuba yang terdaya. Sesungguhnya kejayaan itu datang dari Allah s.w.t. Semoga saya terus berjaya di dunia dan akhirat. AMIN...

Wednesday, December 8, 2010

Untuk yang itu

Untuk yang itu
Saya kalungkan tahniah
Untuk yang itu
Saya gambarkan kegembiraan
Untuk yang itu
Saya calitkan bahagia
Untuk yang itu
Saya merasakan debaran
Untuk yang itu
Saya panjatkan kesyukuran
Untuk yang itu
Saya ucapkan terima kasih
Kerana untuk yang itu
Kamu temui sinar



p/s: khas untuk teman baikku Nur Liyana Bt Mohd Fauzi yang bakal bertunang 25 Disember ini. Maka akan datang, berkuranglah teman lepak di tasik..huhu.


DEQJAAS
1302
Di kamar sempitku di Shah Alam

Tuesday, December 7, 2010

Salam Hijrah

Salam.
Hari ni satu Muharam 1423H.. opsss.. mungkin 2 Muharram 1423H sudah memandangkan matahari sudahpun menginjak jauh meninggalkan bumi dalam kegelapan. Membiarkan bumi dengan sinaran bulan dan kerdipan bintang2 penghias alam (ade bulan ke malam ni?)

Bercerita berkaitan hijrah. Ape itu hijrah? Ape hijrah pada pemikiran anda? Perpindahan? Integrasi? Pertukaran? Perubahan? Anjakan paradigma?

1 Muharram. Apa pengertiannya bagi anda? Cuti am, bleh lepaking, tengok wayang, rest kat rumah. Petang tadi saya melalui Wet World untuk ke seksyen 14. fuhh.. sangat ramai orang beratur. Itu mungkin pengertian 1 Muharram bagi mereka. Dalam berita di tv3 jam 8 malam tadi ada menyiarkan perayaan 1 Muharram di Putrajaya. Saya tertarik dengan ayatnya berbunyi "Sambutan Maal hijrah 1423H disambut SEDERHANA bla bla bla" Kalau dibandingkan dengan sambutan tahun baru dengan ayat sebegini "Sambutan tahun baru disambut MERIAH bla bla bla". Kita seolah2 sudah lupa pengertian Maal hijrah. Pengorbanan Nasbi S.A.W dan para sahabat. Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar yang sememngnya bermusuh.

1 Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan Ansar bersatu
Rela bekorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam hijrah.


Masih ingat lagu di atas? Mungkin ya. Mungkin tidak.

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijah itu perpaduan
Hijrah membentuk persaudaraan..


Hijrah....



Tadi saya chatting dengan salah seorang sepupu terapat g kini sedang menyambung pembelajaran di Guangzhao,China. Ada sesuatu meyentuh emosi saya Terasa betapa kerdil diri ini dimata Allah s.w.t. Terasa terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan. Beliau (sepupu) lebih muda dari saya. Di Ghuangzhou, beliau temui sinar cahayaNya. Beliau telah berhijrah dari diri beliau yang dulu menjadi seornag yang jauh lebih baik. Menjadi seorang wanita yang suci jiwanya tanpa hatinya disentuh lelaki. Menjadi hambanya yang taat dan bersedia memperjuangkan Islam. Menjadi seorang wanita yang tulus. Beliau benar2 menyerah diri kepada Allah s.w.t. Alhamdullillah. Syukur. Untuk beliau, saya doakan semoga sentiasa istiqomah dan kental jiwanya walaupun berada di rantau orang.

Dan saya bila lagi??

Monday, December 6, 2010

Ada........

Ada perkara yang belum selesai......
Aku akan terus mengekori........
Ada perkara yang harus diambil.......
Aku akan terus mengekori.......
Ada perkara yang perlu dibayar....
Aku akan terus mengekori.......
Sampai kapan?
Sampai semuanya selesai.......

Sunday, December 5, 2010

Siapa A??

Salam..
Hidup yang indah dengan hari yang sukar. Hari ni baru hari ahad dan saya sudahpun merindui semalam. Semalam hari yg sangat bahagia. *smile*

Siapa A? People keep asking me. Saya pasti tersenyum mendengar itu. People keep guessing.. A for Ainal Shafirul Saidin? A for Abynn? A for Arjunamu? A for Abd Haziq? A for Apis? (based on my frens list in FB).. i smile again and again.. Simplest answer from me -->> S.E.C.R.E.T. Let it be secret. Baik untuk semua orang. Bagi yang tahu, tahu lah. Bagi yang tidak, tunggu la suatu masa nnt.. I'll let everybody knows bout him.

Bukan niat menyimpan rahsia atau membikin kontroversi. Tetapi memikirkan banyak pihak. Saya mahupun dia bukan lagi anak remaja yang berdarah panas. Kami sudah matang dan cukup dewasa untuk berfikir. Tiada ikatan yang sah, maksudnya saya bukan lagi sah miliknya dan dia bukan lagi sah milik saya. Anything can happen. Jodoh, pertemuan, ajal, semuanya ditanganNya.

Teringat satu bait ayat dari lirik lagu 100juta kali by fynn jamal.
"untuk apa dicerita bahagia kita rasa, biar tak dipercaya peduli orang kata"...
Bercinta bagi saya tidak perlu berlebih2an. Bila sudah sah terikat, masa itulah baru kita bercerita siapa dia. tetapi bercerita tentang kebahagiaan itu tidak mengapa..:)

Wednesday, December 1, 2010

cahaya kasih~

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

lewat semesta

Satu kata bertulis cinta
Telah merasuki ku
Tak berwujud tak tersentuh hanya ku rasa

Dan jika wujud nya menjelma
Pada sebentuk hati
Bukankah itu amanah dari yang kuasa
Menjaganya.. menjaganya..

Wahai insan yang di sana
Mungkin saja ini kau dengar
Melewati semesta ini
Aku sampaikan

Begitu ingin berbagi batin
Mendengarkan hasrat di jiwa
Oh Tuhan pertemukan aku
Sebelum hatinya beku

Monday, November 29, 2010

saya dan sesuatu~

Salam...
Kekadang saya terfikir. Antara saya dan dia siapa yang lagi besar.. sudah tentu lah saya. Antara saya dan dia siapa lagi punya kuasa untuk bertindak? tentulah saya. Jadi? Ape yang saya takutkan sangat dengan dia? Dia tak mampu untuk berbuat apa2 pun. Saya mampu untuk membuang dia jauh dari hidup saya. Jauh sejauhnya dengan hanya memberikan tekanan ib jari ke suatu punat, dia akan terkulai.. hahaha(gelak jahat)

Tapi sebaliknya sering berlaku. Saya yang disangka lebih gagah pasti lari dari kenyataan apabila berhadapan dengannya. Sejauh 7 meter pun sudah dapat saya hidu baunya. bau yang sangat membuatkan diri ini gelisah dan resah. Saya tidak mampu melawan hakikat kehadirannya yang selalu akan mengganggu emosi serta konsentrasi. Kehadirannya sungguh menggugat egoku. Aduh, tertewas sekali lagi dengan kehadirannya...

OH, LIPAS.. silalah kamu menjauhi saya. Jangan terbang mendekati saya.. PLEASE!!! I'm begging u.. wuwuwu...


P/s: cerita ini adalah cerita benar dan bukan rekaan... sesungguhnya saya sungguh takut pada ENCIK LIPAS!!!!!

**gambar Encik lipas x dapek nak upload sebab geli nak tgk... uwaaaa...

Saturday, November 27, 2010

Aku tahu Dia lebih tahu..

Banyak perkara lewat ini
Tidak bisa dipersoalkan
Kerana aku seperti sudah penat
Untuk terus mempersoalkan
Mempertanyakan..

Banyak perkara lewat ini
Terasa sudah tidak sepenting dahulu
Mungkin kerana aku sudah merasakan
Ianya sudah tidak penting lagi
Tidak seperti selalu..

Banyak perkara lewat ini
mungkin membuat aku menangis
Mengalirkan airmata sederasnya
Hanya kerana suatu kisah semalam
Datang hadir menjenguk mimpi

Namun banyak perkara lewat ini
Kurasa hikmah selama ini kucari
Kian ada di depan mata
Kerana jodoh bukan di tanganku
Hanya DIA yang mengetahui..


p/s: aku bahagia dengan kebahagiaan mereka kerana aku juga bahagia dengan diriku kini.:)

DEQJAA
0217
27 Oct 2010
Kamar sepi di kampung halamanku..

choose but not choose~

Salam..
Sometimes its very very hard to me when i love in many things. It make me sick! I'm interest in many field. Chemistry: analysis, environment, natural product, inorganic organic.. that's all in my study. But also love in photography and many other things too.. how come?? argghhhh...

Sangat susah menjadi diri ini. Terlalu banyak kesukaan. Saya terlalu suka mencuba dan bila sudah mencuba, saya akan menyukainya. Aiyarkk!!

Dulu sewaktu di bangku sekolah terlalu ingin menjadi seniman. Menulis dan mencoret apa saja yang ada di fikiran. Dulu idea datang bak coklat mencurah-curah ke ladang gandum. Time wat exam pun pun sempat agi tulis puisi kat kertas kotor. patu balik umah salin balik. Masuk pelbagai pertandingan menulis puisi. Pernah mengondol JOHAN bagi pertandingan menulis dan deklamasi puisi hari wanita peringkat Gua Musang, dapat le RM100. hihi. Tapi tu dulu, bakat menulis tak lagi seperti dulu. Tumpul suda.. Pernah join team English drama time skolah. Dapat la sampai ke peringkat negeri tapi kalah. Tempat ke4 je..
Gambar hiasan semata2


Pernah terfikir ingin menjadi wedding planner..bermula ketika perkahwinan abang kesayangan saya dimana saya membuat sendiri hantaran untuk abg. Mereka hiasan bilik pengantin, memikirkan tentang buah tangan untuk para tetamu. Minat semakin mendalam ketika bekerja part time as server di hotel2 yang ade event kawin during my semester break.
sumber: cilok haziq punye


After my convocation day, kenal lak mamat ni. Kawan kepada kawan saya. Dia fotografer. Kerja dia memang terbaeekkk... sape amik dia mmg puas ati betul. Berbaloi baloi la. Xrugi amik dia untuk majlis kawen anda.. Kalo bermunat leh view Fb dia [luvlyclick] or go to website dia tgk hasilnya [www.luvlyclick.com] (promote bisnes member jap). banyak pic kawen dari sini saya cilok dari dia la.. hihi.. dia memang terer la.. tetibe mase tu minat nak jadik fotografer.. Blajar cket2 dari Mr. Haziq ni. and till now pun still suke photography..
ni le memberku haziq.. celah2 utan pun die masuk nak amik pic punye pasal


And now... after my 5 years in Chemistry... i have to make choice before i finished all this stuff.. what really i like in chemistry? The answer is... i like every single things in chemistry. How come?? I must choose one to further my study. but i really2 can't choose.. because i realize that every single things in chemistry is the most interest things in this world that cannot be explained using word until you do the test. Chemistry for me is just like LOVE.. First and last..
sumber: azi punye fb.. tapi buku die same jek ngan bukuku.. hikhik.. xdan nk amik sendirik

Friday, November 26, 2010

all about life~

Salam...
kadang-kadang saya 100% setuju dengan this quotes: WHAT GOES AROUND WILL COME AROUND..
WHAT U GIVE U TAKE IT BACK. Hidup ibarat roda, kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Bila di atas, jgn lupa dari bawah asal kita. Ketika senang, jangan lah kita menyakiti orang kelak kesakitan itu kita juga yang akan rasa. cuma lambat atau cepat saja. Umi selalu pesan, jangan buat dajal kat orang, kelak kita akan lebih diperdajalkan. Jangan juga terlalu baik, kerana baik itu harus berpada2..

Wednesday, November 24, 2010

my mathematical love ~

I fear that I will always be a lonely number
Like root three
A three is all that’s good and right
Why must my three keep out of sight?
Beneath a vicious square root of sign
I wish instead I were a nine
For nine could thwart this evil trick
With just some quick arithmetic
I know I’ll never see the sun
As 1.7321
Such is my reality
A sad irrationality
When hark
Just what is this I see?
Another square root of three
Has quietly come waltzing by
Together now we multiply
To form a number we prefer
Rejoicing as in integer
We break free from our mortal bonds
And with a wave of magic wands
Our square root signs become unglued
And love for me has been renewed

Monday, November 22, 2010

Dilema

Salam..
Lewat sore tadi saya masih di bangku mobil umi sambil menantinya berbelanja di mini market berhampiran. Saya dongak ke langit. Bentangan kegelapan malam yang kian meninggalkan siang. Pandangan teralih ke ribuan burung layang-layang yang beterbangan pulang ke sarang. Seperti dipukau saya terus terusan memerhatikan kumpulan burung kecil itu. Sebegitu banyak burung yang beterbangan, tiada satu pun mengalami perlanggaran. Sungguh hebat ciptaanMu.



Fikiran beralih ke 'destinasi' seterusnya. Shah Alam sudahpun menjerit. Memekik memanggilku pulang. Saya? Adakalanya terasa bosan di rumah. Untuk pulang ke Shah Alam? Terlalu banyak untuk difikirkan. Terlalu banyak perkara untuk diselesaika di sana. Final year project harus dimulakan secepat mungkin agar thesis mampu ditulis dengan tenang nanti. Tidaklah terlalu terkejar-kejar. Namun borang- borang kosong yang masih belum diisi hanya terbiar di meja tanpa di sentuh. Dilema pelajar semester akhir mungkin bakal bermula tak lama lagi.



aduhh.. sekali lagi bakal meninggalkan alam pembelajaran. Master? Kerja? Perlu memilih lagi. Kali ini terlalu banyak perkara untuk dikirkan berbanding dahulu. Resarch? Coursework? Usia, jodoh, calon suami, keluarga?

hmm.. got to sleep now.. x larat nak fikir sebab xkan sudah-sudah fikir perkara yang sama tanpa jawapan yang nyata..

Monday, November 15, 2010

Hujan yang menenagkan~


Salam..
Diluar sana hujan rintik-rintik. Tetapi saya rasa nyaman sekali. Hujan rintik beserta bunyi-bunyian cengkerik serta nyanyian lagu kekatak sambung menyambung membentuk suatu irama ketenangan yang tidak dapat saya gambarkan. Sejuk suasana ini dan saya suka.. Jauh dari deruan angin kosong dibandar Shah Alam. Oh terlalu indah dan nyaman. Bau-bauan rerumput yang ditimpa hujan amat menenangkan..

Monday, November 8, 2010

no title~


sometimes we dont need something not bcoz we dont need it...

DEQJAAS
8nov2010
0337

H.A.T.I

Hati,
Kenapa engkau selalu rapuh?
Mudah goyah dengan dugaan?
Seringkali keliru dengan keadaan sekitar?

Wahai hati,
Seringkali aku bertanya,
Apakah benar katamu?
Apakah ini pilihanmu?
Adakah ini yang terbaik?

Hatiku,
Aku sering mendengar bisikanmu,
Bisikan yang kadangkala membuatkan akal kebingungan,
Mengapa seringkali engkau mengelirukan?
Dan seringkali juga engkau kaku.

Hati,
Ku pohon kali ini,
Berikan aku kekuatan,
Tunjukkan aku kebenaran,
Kerana engkau adalah pemimpin,
Pemimpin jasad yang bernyawa....


DEQJAAS
8nov2010
0116

Saturday, November 6, 2010

Bila Rumah Tade Suwimingpul~

Bila rumah tade suwimingpul, begini lah nasib anak buahku.....



Dan begini



Lagi



Besen pun besen la...



P/s: Dia la permata hatiku... membuatkan naluri keibuan muncul dalam diriku...

Ke mana kita?


Ke mana kita?
Dengan tangan berselut
Ke mana kita?
Dengan langkah yang tempang
Ke bumi tak jejak
Ke angkasa tak sampai

P.E.R.E.M.P.U.A.N

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja...



p/s: puisi ni ciptaan Rako Prijanto yg dimuatkan dalam filem feveretku suatu masa dahulu "ADA APA DENGAN CINTA"

Friday, November 5, 2010

semoga pengorbanannya dihargai..

Salam...
Semalam saya berada di hentian bas bandar seksyen 14 Shah Alam. Jam menunjukkan jam 5.15petang. Orang ramai mula mengerumuni perkarangan hentian. Orang baru balik kerja barangkali desis hati saya. Namun, bila saya toleh ke kiri, orang indon. Saya toleh ke kanan, orang indon. Ramai sekali. Bertutur dalam bahasa yang tidak saya fahami. Usia mereka mungkin lewat 30an, mungkin juga 40an. Kebanyakannya wanita.

Saya tersenyum. Gigihnya mereka ke Malaysia mencari rezeki. Meninggalkan anak-anak dan suami. Apakah nasib anak mereka? Terbelakah? Atau terbiar serta terabai? Berpakaian lusuh, ditangan memegang sebuku roti. Saya lihat saja wanita tua itu. Mungkin sebaya dengan umi saya mungkin. Wajahnya saya tenung, garis - garis halus diwajahnya cukup menggambarkan kegelisahan. Apa yang difikirnya? Merindui anaknya di kampung agaknya.
Apakah anaknya tahu akan kesusahannya diMalaysia ini? ataupun anaknya seperti remaja2 lain yang hidup bersenang lenang disana? Apakah nasib suaminya di kampung. Masihkah setia atau sudahpun punya pengganti?

Tatkala saya memerhatikan wajah usang itu, saya lihat dia mengesat airmata. Apakah yang mengganggu jiwanya? Mungkin benar jangkaan saya. Tersebak di dada. Mungkinkah pengorbanannya dihargai keluarganya? Harapnya begitu.

Beberapa ketika kemudian, bas saya tiba dan saya perlu melangkah pergi. Saya iringkan doa untuk makcik berbangsa indonesia itu semoga Allah merahmati makcik dan segala rezeki yang makcik cari di dunia ini. semoga juga keluarga makcik tahu betapa susahnya makcik di sini...

Sunday, October 31, 2010

mimpi lagi~

Mimpi lagi mimpi lagi...
Xtahu sampai bila,
Silalah menjauh,
Kerana saya tidak mengenali kamu,
Dan saya tidak tahu apa mahumu,
Silalah menjauh,
Jangan difikirkan tentang saya lagi,
Supaya saya tidak mimpikan kamu..

Tata....

Saturday, October 30, 2010

^_^

So rare to find a fren like u,
Somehow when u around the sky is always blue,
The way we talk,
The things u say,
The way u make it all ok,
And how u know all of my jokes,
But u laugh anyway

If i could wish for one thing,
i'd take the smile that u bring,
Wherever u go in this world,
I'll come along,
Together we dream the same dream,
Forever i'm here for u,
U're here for me.

And anyway u are,
U know I'll be around,
And when u call my name,
i'll listen for the sound,

Thursday, October 28, 2010

Aichooooo~


Salam.. sob sob..
Aichooo~.. go flu..
Lately rutin saya berubah.. Biasanya jam 12 saya sudapun lelap. Tapi lately... Jam 3 lebih baru terlelap. Tu pun sebab badan dah penat sangat.

Saya perlu berusaha. Semester ni sangat mencabar. Semuanye killer subjek. Spectroscopy, Seperation, Natural product, OPM.. aisehh.. 4 paper je amik? tapi cam amik 10 paper rasenye.. aigooo~

Semester ni saya mesti lebih kuat dan lebih dan lebih dan lebih kuat. Saya mesti grad dengan kelas pertama.. InsyaAllah..

Aichoooo~ tomorrow tpaksa g klinik lagi kot.. bekalan ubat dah habis...

Mybe perubahan waktu tidur menyebabkan flu ni xelok2. huhu..

Xtau la demam xcukup rest or demam teringat kat sahabat. 7 months oreadi..

Aichooo~

Wednesday, October 27, 2010

J.I.K.A~

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia ke dalam air begitu saja....

Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.





Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...

Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu....



Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan kekhilafan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelezatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.

Menyayangimu. Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah, coba membandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yang akan menyesal
0

Monday, October 25, 2010

cinta sementara~

This notes i took from my frens page... jom kita bermuhasabah sama2..



"perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah..tidak sedikit pun Allah benarkan mana2x lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...kerana Allah sangat mencintainya...tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.....

jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYa...mengapa masih ragu-ragu?..
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari...
bila nak jumpa kalau kita asyik tunggu??
Allah dah tegur,
Allah dah sedarkan kita...
tapi jika tak diendah
bimbang Allah terus tak mengendahkan kita lagi....
tersalah dengan maksiat sedangkan kita orang yang faham hukum..

"sebesar2x dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
~alghazali

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?

Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?

Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?

Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan

Kerna jawapannya bukan di tanganmu

Tetapi di tanganNya.

Di tangan Tuhan kita; Allah

Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu

Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku

Aduhai pria

Maafkan aku.

Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba

Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia

Akan kucipta cinta bersama Dia

Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat

Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar



"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang

Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.

[Ad dhuha: 4 & 5]



Untuk itu

Aku tinggalkan dirimu padaNya



Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

(Allah Maha Adil)

[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu

tiada apa yang dapat menghalangnya

sebelum saat itu tiba

berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan

mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

[An Nur: 26]



Beruntunglah kamu tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu sayang

Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini



maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu

dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

[ As Syams: 8,9,10]



Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu

[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah

Mohonlah kekuatan dariNya

Allah itu dekat

yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

[Fussilat:36]

kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang

jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba

aku mendoakanmu
sentiasa

Saturday, October 23, 2010

umi saya kata: jangan jadi BELANDA~

Salam
Perasaan hari ni tak dapat dikenalpasti. Nak nagis je rasenye. Dah la x brape sihat. Nk study xlarat nak pikir. Mate berair. Tapi gagahkan jugak nak study. Dengan emosi tah pape tu, wat la pasyear paper.. tetibe satu soalan stuck.. cari punye cari notes... aaahhhhh... notes hilang 1 chapter and half???? ni gara2 test3 la ni.. bg org bace notes aku before dorg masuk test, kan da jadi belanda da sume.. harta orang wat cam harta dia sendiri.. korg malas wat notes, xyah la nak sibuk2 amik notes org bace. pastu wat harta.. masalahnye x dapat nk kenalpasti sape yg amik sebab ramai sgt pegang amik tgk ari tu.. lagi la nak nangeh aku.. uwaaaa... kne wat balik notes tu??? adoyai... membazir masa betul...

:'(

p/s: umi selalu pesan jangan jadi cam BELANDA.. jajah tanah org pastu wat cam harta sendiri.. tu la maksud entry ni.. uwaa... sob sob.. kne wat notes balik.....

Monday, October 18, 2010

Apa Yang Kau Cari?

Apa yang kau cari
Dalam mimpi penuh ilusi
Dalam jiwa tanpa gusar
Tanya hati kemana pergi
Kerna jalan penuh liku dalam cabaran

Apa yang kau cari
Untuk subuh yang mungkin terakhir kali
Tenangkan hati pergi hadapi Ilahi
Semurni hati jiwa mungkin tercarik lagi
Tenanglah diri kuat tepis godaan ini

Untuk apa-apa yang kau cari
Benarkah itu yang kau kejari
Tipu daya iblis hanya jambatan rapuh bertahtakan intan
Kenali diri melalui perkenalan dengan Ilahi
Agar kau bisa mandiri
Agar kau teguh berdiri

Sembunyikan dukamu dalam senyum manis wajahmu
Kerna apa yang kau cari bukan untuk kau kesali
Apa yang kau cari itu untukmu di sana nanti
Sebagai pelindung dalam dakapan kasih Ilahi
Kejarlah apa yang kau cari

Sunday, October 17, 2010

aaayyyyaaam mama~~

Salam.

ni la muke orang yang majuk ngan saya malam ni... Padahal da 20 minit saya called dia borak2. Sampai naik lenguh tangan dia. Siti, ayah ngah n umi dia pun duk gelak2 da tgk dia kepala terteleng2 (akibat lenguh pegang fon). Pastu da say gudbye, saya letak la fon.. kejap tu ayah ngah call. "Aqil Hayy majuk da mama oiii" kata adikku. Abis sume kne ggt kat dia. Umi dia kene, papa dia pun kene. Duk diam je xnak cakap ngan sape2. Then saya call lagi tapi dia da xnak cakap da.. huhuhu Tapi perkara yang paling saya suke bila dia kata "aaayamm mama".. sangat menyentuh hati.. saya tahu dia rindukan saya. Saya satu2nya makcik dia kat belah papa dia. Lagipun dia manja dengan saya. mungkin tu le sebabnya dia merajuk. Umi saya selalu cerita bila saya xde, mesti dia ketuk2 pintu bilik cari saya. Aduhh sayu je hati.. teringat kalo time saya balik umah, mesti dia cepat2 datang duk ngan saya.. huhuhu.. mama pun rindu aqil~~

kenangan...

salam...
Tadi ketika saya duk ushar2 youtube, terjumpe lak lagu ni..
"Taburkan Jasa Semaikan Budi" nyanyian kumpulan In-Team.. Sebenarnya lagu ni adalah lagu kenangan. Kenangan yang bermakna sangat. Lagu ini telah menjadi lagu tema Minggu Pembimbing Rakan Sebaya tahun 2003 yang bertempat di USM Penang. Mase ni saya form 4.

Lagu ni mengingatkan saya kepada sahabat saya. Di sinilah kami bertemu untuk pertama kali. Di sini la perkenalan kami bermula dan berlanjutan sehingga sekarang. Sungguh tidak disangka. Terima kasih kerana setia menjadi sahabat saya sehingga ke hari ni dan harapnya untuk selamanya... :)

Friday, October 15, 2010

14.10.10~~ lucky day for me

Salam semua...
Selamat pagi....
hihi.. lately saya tidur lambat la. Sejak lepas cuti raya hari tu, saya selalu tidur lambat. Biasanya jam sebegini saya sudahpun berada di dunia lain bersama mimpi2 yang indah2.. ngee~ Mungkin kerana bertambah sibuk menyiapkan proposal thesis telah menyebabkan waktu tidur saya terpaksa didelaykan.. huhuhu

PROPOSAL THESIS...
Perkara yang menyebabkan hidup terasa agak kucar kacir. Tapi Alhamdullilah segalanya di kendalikan dengan baik sudaa~

7 hari sebelum 14.10.10....
Seminggu sebelum tarikh keramat ini, saya ibarat orang yang sedang angau. Makan tak lalu, tidur xlena, wat keja sume tak kena. Nak study xboleh. Asyik teringat jek.. Teringat kat ape agaknye? Teringat kat encik proposal thesis saya la. Aduhh.. sungguh susah jatuh cinta dengan bukan manusia ini. Xkeruan jadinya. Walaupun proposal saya sudah siap sejak seminggu selepas raya dan slide presentation juga siap dalam minggu yang sama tetapi, setiap hari saya akan membuka dan membacanya berkali2.. rindu katakan..sambil duk study benda lain pun boleh bukak n baca additional journal.

5 Hari sebelum 14.10.10
Saya memnag sudah totally into it. Saya sudah mula melupakan MAKAN. Tiada lagi dalam fikiran ape yang aku nak makan hari ini. Rasa lapar,ape ada di depan saya makan. Kalo xde, xyah fikir banyak. Otak saya sarat dengan PROPOSAL PROPOSAL PROPOSAL. TApi saya bernasib baik kerana umi dan encik A selalu ada memberi saya semangat. Iyaaahhhh, hajar kuat!!

13.10.10
Malam sebelum hari presentation, saya sudah mula menggelabah. Hari ni saya xberapa sihat tetapi kuatkan diri untuk ke fakulti berjumpa dengan supervisor saya yang sweet, Dr. Sabiha Hanim Bt Saleh untuk mengambil berkat serta memohon final touch darinya. malam ni saya da xleh tidur. Otak da banyak fikir. Ape agaknya soalan panel akan tanya esok ye? Mcm mane kalo xleh jawab? Tapi nasib Encik A call sampailah saya melupakan kegelisahan hati dan berborak sampailah saya menagntuk.


14.10.10
Walaupun turn saya pukul 5 petang, tapi tepat jam 7.45pagi saya sudah terpacak di fakulti. Kononnye pegi kafe tuk breakfast. Skali g kafe? Selera hilang suda~ Makanan seolah2 tiada rasa bagi saya. Saya hanya membeli karipap sardin 3 ketul dan hanya memaan 1 ketul sahaja. Kemudian, lebih kurang 8.45 presentation bermula oleh saudara Paan, my coursemate. presentation berlanjutan sehingga jam 12 dan berhenti lunch. Time ni mmg kenyang da la even makan seketul karipap je tadi. Jam 2.15ptg, panel2 sume da masuk ke bilik seminar. mase ni perut saya mula meragam. kepala saya mula terasa berat. mata mula rasa berpinar. Aduh, jangan la pitam nnt. Presentation bermula agak panas dan menjadi semakin panas. Panel mula mempertikaikan itu dan ini. soalan dan pertanyaan diajukan bertalu2 kepada presenter. Lutut saya mula ketar. Muka saya terasa panas yang amat. Kaki mula berpeluh walaupun dalam aircond. Perasaan takut dan tidak yakin menyelubungi diri. Mampukah saya melakukannya? Tetibe saya terfikir, jika presentation degree saya rasa begini, bagaimana dengan presentation master saya nnt? mau nye berhenti bernafas seketika? Dalam jam 5.10 presenter sebelum saya memulakan presentation dan henset saya mengeluarkan notification, new message from ..... Lega saya, terima kasih kepada sahabat saya encik A yang sentiasa mnyokong saya dan memberi saya semangat. sebaik presenter sebelum saya, mengucapkan kata terima kasih. saya dengan yakinnya beriri dan memulakan presentation setelah dibenarkan. Tiada rasa gemuruh, tiada shaking. Padahal saya mmg mudah shaking walaupun tak gemuruh. But its such a miracle for me. And Alhamdulillah semua panel berpuas hati dengan proposal n presentation saya. Xdapat digambarkan persaan ketika itu. Hajar, u do it! Look, i know u can do it. Kataku pada diri sendiri. Sebaik keluar dari bilik seminar, perut mula berkeroncong dan otak saya mula berfikir tentang makan. Alhamdulillah, maksudnya semua telah kembali ke normal. ngeee~ Dan hari ini saya telah makn nasi lemak. Terasa rindu yang amat kepada nasi. hihihi...
Dan saya mula berfikir untuk berseronok2 malam nnt. tetapi...... esok dan lusa saya ada test la pulak... seperation n spectro.. huhuhu...:(

Sunday, October 10, 2010

fall in loVe~~

Salam....

Sape kenal Maher Zain? Kenal? Kenal? Saya kenal gak la. Dulu selalu dengar org sebut tentang Maher Zain ngan lagu dia The Rest Of My Life. Best. Saya x minat sangat dia. Mungkin sebab saya x berapa suka sangat nak minat artis2 kot. hihihi...

Tapi penangan Maher Zain sangat kuat. Memang owsom la saya cakap. Lately kat mane2 pun orang bercakap pasal Maher Zain. Serius saya kata saya xtahu pun lagu2 Maher Zain selain daripada The Rest Of My Life tu. Tapi camane Maher Zain boleh sebegitu popular? Saya tertanya2. Kawan2 saya ramai minat Maher Zain. Ade yang sanggup berhabis duit membeli tiket ke konsert Maher Zain. Xkurang yang sanggup bersesak2 g Maju Junction Mall tgk Maher Zain. Seorang kenalan pula sanggup membotakkan kepada semata2 kerana MAher Zain. Ape yang membuatkan Maher Zain begitu digilai?

Tadi hati saya terdetik ingin saya melihat satu link yang di postkan di facebook dari anak sepupu saya yang juga peminat Maher Zain walaupun sebelum ini ape jua yang dipostkan kat facebook tentang Maher Zain saya hanya baca tanpa perasaan. Link tersebut memaparkan satu video. Video dimana wanita2 juga peminat2 Maher Zain yg terlalu fanatik menjerit2 seperti terkena histeria melihat kelibat Maher Zain. Lalu, ape yang dilakukan oleh beliau? Beliau telah melaungkan azan menyebabkan semua wanita2 tadi terdiam. Tiba2 saya merasa sangat kagum. Belum pernah artis berbuat demikian. Apatah lagi artis melayu. Berdegup kencang jantung saya ketika itu. Lalu saya replay kan semula video itu. Setelah kedua kalinya saya menonton klip tersebut, dengan perasaan kagum saya membuka youtube dan search MAHER ZAIN. Lalu saya mendengar dan melihat hampir kesemua lagu2 beliau yang tersenarai. So impress!! owsom!!

Sekarang saya tahu kenapa ramai meminati Maher Zain. Dan saya, terasa seperti sudah jatuh cinta dengannya... opppsss.. Mr.A, jgn marah ye.. saya jatuh cinta dengan Maher Zain la. hihihi.. Jatuh cinta dengan lagu dan bakatnya saje la Mr. A. Tapi saya yakin kalo kamu tahu saya suke Maher Zain pun mesti kamu gembira dan sokong saya kan? Sebab kam pun minat genre2 seperti ini kan? hihihi.

Thursday, October 7, 2010

x ada masa

maaf saya tak ada masa untuk bergaduh dengan anda. anda xpernah rasa apa yang saya rasa tetapi anda hanya mendengar kata2 org yang sentiasa mahu menafikan itu. anda tidak pernah kenal siapa saya sebenarnya dan juga apa kisah yang berlaku sebenarnya antara saya dan dia dan anda juga tidak pernah kenal sedalam2 nya siapa dia. so, anda diam sudah..ye saya tahu salah saya. kata2 saya melampau. tapi antara saya dan dia dah pun selesai. saya dah pun mintak maaf dengan dia. Dan anda, yang tiada kena mengena dalam cerita ini yang masih duk melanjut2kan cerita ini. hingaq la, nak tido pon xleh tau.

langkah

meraba dalam kelam
mencari sesuatu yang pasti
antara segelintir manusia
yang berlandaskan lakonan

hidup yang sementara
datang hadir secebis kenangan
yang pasti akan hilang
bersama ditelan kegelisahan hakiki

menjenguk tirai waktu
saat yang belum berhenti
detik yang masih menghimpun
sesuatu untuk difahami
antara langit dan bumi

masih belum dimengertikan
tetapi telah difahami
sesuatu itu hadirnya
hanya untuk menguji
ketajaman akal serta kewarasan fikiran

langkah kaki yang terhenti seketika
pasti akan berginjak jua
jika ada jalan yang lurus
yang bengkok itu lupakanlah ia

tirai semalam bukan penghalang
hanya tinggalkan sebagai kenangan
tergelincir kaki mungkin terjadi
antara sedar mahupun tidak
namun andai seputih kain hatinya muncul
segalanya pasti....



DEQJAAS
071010 0017

Tuesday, September 28, 2010

Lebih Indah

Salam.
Tadi sebaik sampai di rumah sewa, saya terus bersiap2 masak juadah makan malam untuk teman2 serumah. Hari ini hari Selasa dan tiba giliran saya memasak. Sebaik selesai memasak, saya terus mengadap laptop dan membuka blog saya. Satu entri yang benar2 menarik hati saya untuk membacanya yang di pos oleh seorang teman lama.


Lalu saya singgah ke blognya sekadar dengan niat untuk menjenguk pada mulanya. Kemudian entri dibaca. Terasa indah bait2 ayatnya. Betapa indahnya nilai pernikahan yg digabarkan olehnya (Beliau sebenarnya baru saja melangsungkan pernikahan pada cuti aidilfitri yang lalu). Beliau menggambarkan betapa indahnya bila berada bersama seseorang yang kita cintai. Sangat dan sangat indah sehingga dengan tidak sedar saya menitiskan airmata dan dada terasa sangat sebak. Sebelum ini tidak pernah saya gambarkan betapa indahnya satu ikatan yg dipateri oleh akad itu. Dan sekarang baru saya sedar bahawa ikatan yang halal itu berganda indahnya jika dibandingkan dengan sebuah ikatan percintaan. Dan barulah saya tahu bahawa suatu ikatan percintaan itu hanyalah sekelumit sahaja indahnya.


(Hiasan semata - creadit to Abd Haziq (director of Luvlyclick yg bg izin curi pic2 dia buh lam blog saya)

Seketika kemudian dengan entri teman yang telah saya baca itu, saya bertanya kepada hati. Apakah saya sudah bersedia? Apakah saya sudah temui jodoh saya yang sebenar? Mungkin saya masih terkapar2 mencari siapa jodoh saya yang sebenar. Dan saya masih berteka-teki apakah ini? apakah itu? Apakah si dia adalah jodoh saya? Adakah berpanjangan persahabatan kami? adakah jua berakhir dengan akad? Hanya Dia yang maha mengetahui. Saya tahu Dia sudah tentukan seseorang untuk saya. Dan andainya benar sahabat saya adalah jodoh saya, saya pohonkan keberkatan dariNya atas persahabatan kami semoga sahabat saya akan terus menjadi sahabat yang akan menemani saya hingga ke akhir hayat dan kepadaNya saya memohon agar dekatkan lah kami walau jarak memisahkan. Namun, seandainya dia bukan jodoh yang telah Dia tuliskan untuk saya, saya pohon jarakkan lah kami agar saya redha seandainya kami dipisahkan olehNya kelak.

Kepada teman saya: selamat pengantin baru saya ucapkan, semoga ikatan kasih sayang antara Ema dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.

For The Rest Of My Life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Friday, September 24, 2010

Akanku Jumpa...

Kumengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang- bayangmu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar pernah berpihak padaku
Aku kepanasan tanpa perlindunganmu

Hari berganti hari
Aku masih teguh menanti
Hadir dirimu didalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari erti cinta
Yang kutahu hanya tuk diriku

Kan ku terus cari
Sampai hujung dunia
Kerana ku tahu akanku jumpa dirimu
Dan ku kan terus
Menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman kuberi hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkahku cuba
Untuk mengejar dirimu

Kumeneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayangmu
Sinar tanpa cahaya dari matamu
Inginku temu cinta
Untuk mengisi ruang hatiku
Takkan pernah ku berhenti
MENCARI……

Tuesday, September 21, 2010

Barney - I Love You



I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

Saturday, September 18, 2010

keliru

salam...
penah x kamu semua rasa keliru?
saya? sekarang saya rasa keliru...
tadi dengan gatal tgn terlihat gambar2 lama bersama tuuuttt... dan.....kekeliruan itu datang... adesss.... penat da... tolongggg... uwaaaaa....
saya rasa saye da takde feeling.. tapi bila tgk pic rase cam.. uwaaa.... hate this feeling.... :(

Saturday, September 4, 2010

~Salam Aidilfitri~


Salam muhibbah dan salam ramadhan~

Xlebih dari 1 minggu lagi kita semua umat Islam bakal menyambut hari lebaran. Hari yang penuh kegembiraan. Hari reward setelah sebulan kita berpuasa. Persiapan semua ok?

Raya ni as usual beraya di kampung halamanku -Kota Bharu. Esok balik ke rumah ummiku d Gua Musang. Then InsyaAllah Khamis bertolak balik ke rumah arwah nenekku di KB. Persiapan raya, Alhamdulillah. Baju dah dihantar oleh tailor ummiku 2 hari lepas, x sabar nak balik tengok. Kuih raya aku dah beli semalam dengan gelojohnya (astagfirullah), 6 bekas dapat rm100. Ngam2 duit ummi masukkan tuk beli beskut. Nape tah tahun ni mengidam nak makan tart tekan. Xmo makan tart gulung, xbest, nak tart tekan gak. Hope my kazen wat la tart tekan.


Dalam sibuk2 duk wat persiapan raya ni, para bapa sila jangan lupa membayar zakat ye. Marilah kita same2 membantu golongan yang tidak mampu.

BTW, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua umat Islam. Ampun maaf kepada yang mengenali andai aku pernah terlanjur kata, tergelincir lidah, tersalah laku, erguris perasaan. Sambutlah hari raya dengan rasa gembira~~





p/s: Indahnya jika dipagi raya aku dapat mencium tangannya (-_-)

Thursday, September 2, 2010

aku dan kupu2 biru lagi~~


Maha suci Allah.. cantik kan? betapa cantiknya kupu2 biru..
Apa perasaan anda melihat kupu2 biru ini? kagum? terkedu? perasaan yang tidak dapat digambarkan? atau langsung tidak punya perasaan?


Kenapa mesti kupu2 biru? Bagi saya, kupu2 biru adalah kupu2 yang paling cantik antara spesis kupu2 sehingga ianya dijual dengar harga berjuta2 dollar. Blue butterfly atau spesis ini dipanggil morpho..

Intention saya bukanlah pada jenis kupu2 ini, bukan juga pada rupa parasnya. Ya, kupu2 ini cantik. Sangat cantik. Sehingga ia menerbitkan sat perasaan yang tidak dapat digambarkan bila kita melihatnya. Kita akan cuba menyentuhnya. Tahukah kita kupu2 tidak boleh disentuh? Satu, kerana belum sempat nak sentuh, dia akan terbang. Dua, kupu2 punya racun yang boleh membunuh.

The same goes to the most beauty feeling inside us. LOVE. Ia hanya boleh dirasai tetapi tidak boleh disentuh. Tidak bisa didekati. Cinta mungkin lari apabila cuba disentuh. Dan cinta juga bisa membunuh. Membunuh jiwa, raga dan masa depan. Begitulah uniknya sesuatu itu.. Tidak salah merasai dan mengagumi sesuatu itu.

Dan mungkin tiba masanya, kupu2 itu akan menjadi jinak dan mendekati... namun kupu2 juga bisa mati. Begitu juga cinta. Bisa datang dan pergi...

Wednesday, September 1, 2010

aku dan kupu2 biru~~


salam...

Esok test spectro. Spectroscopy. Apakah spectroscopy? Penah tgk csi x? Penah tgk time eric delco ke sape2 ke wat experiment nk cek compound x? pastu kuar kat mesin dia, gmbar cam gunung2 tu... tu bukan gambar namenye, tu namenye spectrum. Spectroscopy tu subjek kaji bendalah ni la.. Penin tau nak determine compound ni tau. Igt senang ke? Skali salah, mampus org xpasai2 kne jail..huhuhu..

Ape kene mengena kupu2 biru ngan spectroscopy??
aiyakkk... terlari tajuk lak...




Hmm.. kupu2 biru. Cantik kan? Biru simbolik untuk? Cube fikir biru untuk ape? tu la jawapannye.. Saya suke kupu2 biru. Bertahun bersama kupu2 biru. Mengejar kupu2 biru.

Kata orang, bila mahukan sesuatu, berdoalah pada yang Esa. Dia pasti memeberikan yang terbaik. Minta lah dari Nya. Dia pasti mendengar. Cuma mungkin pemberiannya cepat, mungkin juga lambat. Dan jika kamu berdoa untuk memiliki seekor kucing parsi yang comel, dan diberinya seekor ulat bulu yg sangat buruk, maka janganlah kamu menyesalinya dan berkata bahawa Tuhan tidak menyayangimu dan tidak pernah ingin memberimu apa yang kamu kehedaki. Kerana Dia maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Ulat bulu itu.. kan akhirnya menjadi kupu2 yang cantik. Dia maha mengetahui apa yang terjadi pada esok hari. Dan saya sudah mendapat kupu2 saya. Alhamdulillah...




Dan ketahuilah, apa yang ada padamu sekarang tidaklah kekal. Suatu hari dia mungkin mengambilnya semula. Apa yang penting, bersedialah untuk merasa kehilangan. kerana tiada apa yang kekal.. bersedia untuk apa jua... kupu2 saya juga akan mati suatu hari nanti..


Saya Sayang Kupu-Kupu Biru~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...