Tuesday, December 21, 2010

Penat

terkadang
kaki terasa berat
Untuk terus melangkah
Umapama sebongkah beban
terus berada di situ

Terkadang
Bibir merasa malas
Untuk terus menuturkan kata
Berbicara suatu bahasa
Supaya diri dimengertikan

Terkadang
Ingin ku pergi jauh
Meninggalkan segala usaha
Kerana ternyata
Hari ini seolah tiada hasil

Terkadang
Aku merasa terlalu penat
Dengan keadaan ini
Lesu, lemah dan longlai
Diri ini terus terasa
Kerana
Hanya aku yang merasa...



DEQJAAS
21.12.10
1436
Kmar sepiku..

1 comment:

Ms. J said...

nk kena minum kacip fatimah nih.. bg tenaga balik (^_~)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...