Saturday, August 14, 2010

untuk AWAK...

Salam awak..
Surat ini untuk awak.. Ya untuk awak..
Pertama sekali terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Hadir sebagai sahabat saya. Saya amat menghargai kehadiran awak.

Awak sering bagi saya semangat. Awak merubah saya. Banyak yang saya belajar dari awak. Erti sebuah hubungan kekeluargaan. Awak membuatkan saya lebih erat bersama keluarga tidak seperti suatu masa dahulu. Awak membuatkan saya lebih menghargai apa yang saya ada. Terima Kasih awak.

Awak mengajar saya apa erti persahabatan. Dimana hadnya. Di mana batasnya. Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

Awak juga mengajar saya untuk melihat masa hadapan. Awak membuatkan saya bersedia menghadapi masa hadapan. Awak membuatkan saya rajin untuk belajar sesuatu yang baru. Bersedia untuk menjadi isteri kepada bakal suami saya. Bersedia untuk menjadi anak kepada bakal anak saya. Bersedia menjadi menantu kepada Ibu mertua saya. Dan kini saya betul- betul bersedia.

Tapi kini awak semakin jauh. Jauh dari saya. Dan saya tak tahu mengapa. Jarak yang memisahkan mungkin menjadi benteng hubungan kita. Saya sangat rindukan awak yang dulu. Awak yang selalu menemani saya. Awak yang selalu memberi saya semangat bila saya tersungkur. Awak yang selalu memberi kan saya kata-kata penguat diri. Awak yang memberi ketenangan tatkala saya dirundung duka. Saya sangat rindukan semua itu.

Namun saya tahu, kita punya jalan hidup masing-masing. Mungkin hidup awak di sana jauh lebih baik dari hidup dengan saya, siapa tahu. Mungkin juga awak sudah benar-benar menemui sahabat yang lebh baik dari saya. Yang lebih sedia mendengar berbanding saya. Mungkin juga awak hanya sibuk dengan tugasan awak dan saya yang tak memahami awak.

Saya sayangkan persahabatan kita. Di sini saya hanya mampu berdoa, supaya Tuhan kembalikan awak yang dulu kepada saya ataupun terus bawa awak pergi jauh dari saya. Saya pohonkan kebahagiaan awak. Semoga kita sama-sama gembira dan bahagia. Seandainya ditakdirkan persahabatan kita sampai di sini sahaja,saya cuma nak mintak satu je dari awak. Sentiasa ingat kenangan kita bersama.

Namun, jauh di sudut hati saya. Saya tetap berdoa agar persahabatan kita tidak berakhir di sini sahaja. Sebab saya tetap percayakan awak. Saya percayakan kejujuran awak...

p/s: Ya ALLAH, jika ditakdirkan dia bukan milikku, maka Kau jauhkanlah dia dariku. Seandainya telah tersurat di jalan takdirku dia milikku, maka Kau dekatkan lah kami dan redhailah persahabatan kami...


:)
DEQJAA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...