Thursday, August 11, 2011

Count On Me ;)



If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

By: Bruno Mars

Monday, August 8, 2011

Kawin ketika belajar

Salam ramadhan ke 8..

Semenjak abis degree ni, aku asyik tersikir tentang masa depan jek. Lebih-lebih lagi fikir soal kawin.

Adakah ini boleh diklasifikasikan sebagai gatal, miang, gedik dan seangkatan dengannya?

Ataukah aku rasa diri sudah cukup dewasa?

Apakah aku sudah di tahap ‘wajib kahwin’?

Errmm… seram sejuk pulak kaki ni..

Maka dengan itu aku menggoogle la….. jeng jeng jeng.. jom layan kisah2 berikut and amik panduan sekali…

KAWIN 1

KAWIN 2

KAWIN 3

dan kepada sesiapa yang ade perasaan melonjak2 nak kawin da ni.. sila baca PETUA ni semoga akan memberikan anda sedikit sebanyak kekuatan. yang paling penting: DOA

Thursday, August 4, 2011

Saya nak jadi imam, teacher.

Salam Ramadhan 4.

Semalam aku ganti tusyen untuk student darjah 1. Subjek cam biasa sains dan math. Mengajar budak-budak darjah satu sangat mencabar minda. Sangat dan sangat.

Lepas da abis mengajar dan wat latihan sume, sementara nak balik aku pun saje-saje la borak-borak ngan student. Sebab depa banyak cakap kan, aku ajak la borak yang agak bermanfaat sket.

Soalan biasa seorang guru terhadap anak muridnya “Nanti besar kamu nak jadi apa?”. Hekhek (nampak sangat xtau nak tanye ape kan).

“Saya nak jadi cikgu!”

“Saya nak jadi doktor!”

“Saya nak jadi askar!”

“Saya nak jadi saintis!”

“Saya nak jadi bisnesmen!”



Tetibe aku terlihat seorang student tu duk diam je. Die tengok ja kawan2 die yang lain, aku akui dia agak bijak budaknya. “Ilhan, kamu nak jadi apa nanti besar?” aku bertanya.

Dia senyum lalu berkata “Saya nak jadi imam, teacher. Kalau xdapat jadi imam, saya nk jadi ustaz, teacher”. Kagum aku tiba-tiba. Bayangkan budak sekecil itu boleh bercita-cita sedemikian. Bukan senang nak cari di kalangan kanak-kanak malahan zaman sekarang. Biasanya kanak-kanak sekecil itu akan bercita-cita yang gah sebagaimana kawan-kawannya.


Bila aku balik rumah, aku asyik teringat je kejadian tersebut. Aku berdoa semoga aku juga akan dikuriakan seorang anak yang bjak seperti itu dan bercita-cita setinggi itu.

Wednesday, August 3, 2011

Engkau ada

Aku lihat engkau ada
Aku lari jauh ke sana
Aku menafikan apa yang dilihat
Aku termanggu melihat langit
Dan aku terhenti di persiaran itu


Karipap oh karipap..

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Mencabar tak tajuk entri ni sempena bulan ramadhan bersama perut yang kosong? Hahaha… Bukan niat nak mencabar iman korang walaupun kalo aku tengok pon aku telan ayaq lioq. Peberet aku wooo…



Aku memang gile karipap. Sejak skolah rendah lagi. Skolah rendah dulu umi bg duit rm1 ja p skolah. 20sen aku wat beli karipap dan 30sen aku beli kopok lekor. Balance 50sen simpan nak beli jajan kat rumah. Karipap tu memang wajib la. Sampai sorang member aku boleh cakap “Bila da besar t kalo ko ilang tanpa jejak, kami nk cari ko kami kena cari Hajar Karipap la kan”. Hahahaha..

Sampai aku masuk university pun, wajib beli karipap setiap hari. Kat Arau dulu aku makan karipap ‘Pakcik Pon-Pon’. Karipap dia ok la.. walaupun kulit die xbest sangat, tapi inti die sedap.. Inti kentang. Kat Shah Alam pulak aku giler karipap sardine kat Kafe Menara. Perghh.. sedap woo.. Kulit die sedap rangup dan hancur, inti die pulak mak ai sedap giler. Skang aku kat Puncak Alam, aku tak jumpe lagi port karipap yang best tapi dengar-dengar senior kata dekat area Alam Budiman ade gerai karipap besar. Nak try g tinjau pun jauh sangat la pulak.

Tapi aku sebenarnya sangat cerewet berkaitan karipap. Pelbagai aspek akan aku nilai mengenai sebijik karipap. Kulitnya, intinya, bentuk fizikalnya dan banyak lagi. Pendek kata memang susah la aku nak puas hati dengan karipap. Bukan semua karipap la aku makan. Ade setengah orang judge karipap based on inti je, tapi aku tak, dari a-z aku judge.



Dari segi kulit. Aku suka karipap yang kulitnya rapuh.. Bila gigit hancur trus. Aku paling suke karipap pusing. Sedap tuu… Karipap biasa tak pusing pun aku layankan je. Tapi aku sangat menitikberatkan soal kulit karipap. Warna kulit karipap tu pun boleh menarik minat aku untuk mencuba.




Dari segi inti. Karipap sardine memang tetap no 1 di hati aku. Terutama karipap sardine Kafe Menara UiTM Shah Alam. Kalo karipap len aku ok gak. Karipap keledek, danging or ayam aku cerewet sket. Inti mestilah cukup dengan rempah. Kalo setakat cincai-cincai aku memang skali beli je la, len kali xbeli da..

Rupa karipap pulak. Aku xteliti sangat bab rupa sebab kekadang nampak je hodoh tapi sedap, tapi yang cantik dari pandangan aku memang biasanye sedap la. Hikhik.. Cantik dan hodoh?? Maksudnye?? Maksudnye, karipap tu ditekan camane. Bunga tepi camane, sebab benda tu yang menunjukkan samada orang tu pandai wat karipap ke tak. Kalo bunga tepi cantik biasanya orang tu dah biasa wat karipap dan biasanya sedap (based on pengalaman). Tapi tak semestinya kalo hodoh tu xsedap. Ade je yang xbrapa lawa tu sedap gak.

Buat karipap yang aku suka ni sebenarnya leceh tau, terutama karipap pusing. Kalo aku wat request kat umi aku nak makan karipap memang die akan g beli je la. Kalo aku wat request suh umi aku buatkan untuk aku, memang umi akan reject mentah-mentah la. Why? Sebab nak buat karipap pusing tersangat la makan mase, dengan aku yang sangat cerewet bab karipap ni lagi la umi aku tensen. Nak kena sediakan 2 doh la, doh minyak n doh xminyak, dengan nak canai beberapa kali. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.

Untuk bulan puasa pertama aku di Puncak Alam ni, akan ku jelajahi kesemua gerai yang menjual karipap. Demi menemui karipap yang boleh memenuhi citarasa aku. Ahaks!



p/s: tetibe terfikir esok2 aku nak tetapkan syarat nak jadi menantu aku mestilah pandai buat karipap. Bleh x agak2? hikhik

Monday, August 1, 2011

Mengapa kau datang dalam hidupku??

Mengapa kau datang dalam hidupku?
aku cari jawapan.
aku temu soalan.
ringkas tetapi rumit.
senang tetapi sulit.
Mengapa kau datang dalam hidupku?
sedikit jadi mengubah.
senyum dalam bersahaja
ringkas tetapi rumit.
senang tetapi sulit.
Jauh tetapi dekat.
dekat tak terjangkau.
kau datang bersebab.
Kita faham erti sahabat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...