Mencabar tak tajuk entri ni sempena bulan ramadhan bersama perut yang kosong? Hahaha… Bukan niat nak mencabar iman korang walaupun kalo aku tengok pon aku telan ayaq lioq. Peberet aku wooo…
Aku memang gile karipap. Sejak skolah rendah lagi. Skolah rendah dulu umi bg duit rm1 ja p skolah. 20sen aku wat beli karipap dan 30sen aku beli kopok lekor. Balance 50sen simpan nak beli jajan kat rumah. Karipap tu memang wajib la. Sampai sorang member aku boleh cakap “Bila da besar t kalo ko ilang tanpa jejak, kami nk cari ko kami kena cari Hajar Karipap la kan”. Hahahaha..
Sampai aku masuk university pun, wajib beli karipap setiap hari. Kat Arau dulu aku makan karipap ‘Pakcik Pon-Pon’. Karipap dia ok la.. walaupun kulit die xbest sangat, tapi inti die sedap.. Inti kentang. Kat Shah Alam pulak aku giler karipap sardine kat Kafe Menara. Perghh.. sedap woo.. Kulit die sedap rangup dan hancur, inti die pulak mak ai sedap giler. Skang aku kat Puncak Alam, aku tak jumpe lagi port karipap yang best tapi dengar-dengar senior kata dekat area Alam Budiman ade gerai karipap besar. Nak try g tinjau pun jauh sangat la pulak.
Tapi aku sebenarnya sangat cerewet berkaitan karipap. Pelbagai aspek akan aku nilai mengenai sebijik karipap. Kulitnya, intinya, bentuk fizikalnya dan banyak lagi. Pendek kata memang susah la aku nak puas hati dengan karipap. Bukan semua karipap la aku makan. Ade setengah orang judge karipap based on inti je, tapi aku tak, dari a-z aku judge.
Dari segi kulit. Aku suka karipap yang kulitnya rapuh.. Bila gigit hancur trus. Aku paling suke karipap pusing. Sedap tuu… Karipap biasa tak pusing pun aku layankan je. Tapi aku sangat menitikberatkan soal kulit karipap. Warna kulit karipap tu pun boleh menarik minat aku untuk mencuba.
Dari segi inti. Karipap sardine memang tetap no 1 di hati aku. Terutama karipap sardine Kafe Menara UiTM Shah Alam. Kalo karipap len aku ok gak. Karipap keledek, danging or ayam aku cerewet sket. Inti mestilah cukup dengan rempah. Kalo setakat cincai-cincai aku memang skali beli je la, len kali xbeli da..
Rupa karipap pulak. Aku xteliti sangat bab rupa sebab kekadang nampak je hodoh tapi sedap, tapi yang cantik dari pandangan aku memang biasanye sedap la. Hikhik.. Cantik dan hodoh?? Maksudnye?? Maksudnye, karipap tu ditekan camane. Bunga tepi camane, sebab benda tu yang menunjukkan samada orang tu pandai wat karipap ke tak. Kalo bunga tepi cantik biasanya orang tu dah biasa wat karipap dan biasanya sedap (based on pengalaman). Tapi tak semestinya kalo hodoh tu xsedap. Ade je yang xbrapa lawa tu sedap gak.
Buat karipap yang aku suka ni sebenarnya leceh tau, terutama karipap pusing. Kalo aku wat request kat umi aku nak makan karipap memang die akan g beli je la. Kalo aku wat request suh umi aku buatkan untuk aku, memang umi akan reject mentah-mentah la. Why? Sebab nak buat karipap pusing tersangat la makan mase, dengan aku yang sangat cerewet bab karipap ni lagi la umi aku tensen. Nak kena sediakan 2 doh la, doh minyak n doh xminyak, dengan nak canai beberapa kali. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.
Untuk bulan puasa pertama aku di Puncak Alam ni, akan ku jelajahi kesemua gerai yang menjual karipap. Demi menemui karipap yang boleh memenuhi citarasa aku. Ahaks!
p/s: tetibe terfikir esok2 aku nak tetapkan syarat nak jadi menantu aku mestilah pandai buat karipap. Bleh x agak2? hikhik
No comments:
Post a Comment