Tuesday, October 25, 2011

Selepas hujan

Selepas hujan..
Aku kembali ke jalan
menghirup udara yg mendingin
bermain di lopak2 air
berjalan mengikuti laluan tenang sungai kecil

Selepas hujan...
Aku kembali ke jalan
melihat permukaan yang basah
menyentuh permukaan yang dingin

Selepas hujan..
Udara menyengat rusuk dalam
permukaan tingkap tertekap butiran air
yang mengelongsor turun dengan laju

Selepas hujan..
aku berlalu meninggalkan pondok itu
mengejar cahaya yang pasti ada
Kerana selepas hujan pasti mentari kan muncul
mugkin juga bersama pelangi...


Selepas hujan...

Friday, October 21, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Aku dan Dia: Kutub Utara Kutub Selatan...

Aku budak sains
Dia budak sains
Tapi aku sains tulen
Dia sains komputer
Tak sama

Setiap hari aku pegi lab
Setiap hari dia pegi lab
Tapi lab aku penuh dengan bahan kimia
Lab dia penuh dengan komputer dan router
Tak sama

Aku tahu DPI
Dia tahu DPI
Tapi DPI aku Dry Powder Inhalation
DPI dia Dots Per Inch
Tak sama

Aku orang Malaysia
Dia orang Malaysia
Tapi aku Orang Malaysia Pantai Timur
Dia orang Malaysia Utara
Tak sama

Aku suka KFC
Dia suka KFC
Tapi aku suka original flavour
Dia pula suka Hot n Spicy
Tak sama

Walaupun banyak yang xsama
Antara aku dan dia
Tapi kami masih lagi bersama
masih lagi berkongsi ketaksamaan itu
Semoga untuk hari ini
Dan selamanya... =)

Thursday, October 13, 2011

Aku dan Kupu-kupu biru part 3

Aku dan kupu-kupu biru
kini bagai isi dengan kuku,
bagai aur dengan tebing,
bagai laptop dengan facebook.

Aku dan kupu-kupu biru
Tanpanya aku x keruan
Tanpanya aku sepi
Tanpanya aku hilang,

Aku dan kupu-kupu biru
semoga tidak berpisah lagi
semoga sentiasa ada di sini
semoga abadi cinta ini.

Aku dan kupu-kupu biru~~


Friday, October 7, 2011

Dia Untukku~ Semanis Kurma

Salam Jumaat kalian semua...

Semalam Khamis 6 OCTOBER 2011. Lepas je balik dari mengajar sy menonton rancangan fofular Ustazah Baiyah n Husband Ustaz Akashah. Tajuk: Dia Untukku.

Dia Untukku adalah topik berkaitan jodoh, berkaitan pencarian jodoh untuk remaja2 yg seperti saya mungkin. Perbincangan ini menjadi lebih hangat dengan kehadiran Imam Muda Asyraf.

Cut the point, di sini saya kongsikan dengan pembaca beberapa ayat untuk mempercepatkan jodoh, memudahkan jodoh dan memilih jodoh:

SURAH TAHA AYAT 131-132




"Dan janganlah kamu menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yanag telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhan di akhirat lebih baik dan lebih kekal"

" Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu bahkan kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang-orang tang bertaqwa"
SURAH AL ANBIYA AYAT 89
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.


SURAH AL MUKMINUN 29
"Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi tempat".


p/s: amalkanlah selalu ye.. semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...