Tuesday, October 25, 2011

Selepas hujan

Selepas hujan..
Aku kembali ke jalan
menghirup udara yg mendingin
bermain di lopak2 air
berjalan mengikuti laluan tenang sungai kecil

Selepas hujan...
Aku kembali ke jalan
melihat permukaan yang basah
menyentuh permukaan yang dingin

Selepas hujan..
Udara menyengat rusuk dalam
permukaan tingkap tertekap butiran air
yang mengelongsor turun dengan laju

Selepas hujan..
aku berlalu meninggalkan pondok itu
mengejar cahaya yang pasti ada
Kerana selepas hujan pasti mentari kan muncul
mugkin juga bersama pelangi...


Selepas hujan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...