Aku tahu entry ini agak sensitif dan juga malu-malu. Tapi as a women i'm very glad to share some info bout diz. Guys can read it also bcoz sekeliling anda juga ada wanita bukan? Ibu, kakak-kakak, adik-adik, girlfren, tunang, isteri mahupun anak-anak.
Here ada 6 mitos about breast cancer yg aku nak share..
1. Penggunaan agen antipeluh mengakibatkan kanser payudara
• Fakta: Tiada bukti menunjukkan bahawa bahan aktif dalam agen antipeluh atau mengurangkan perpeluhan di bawah ketiak mempengaruhi risiko kanser payudara. Hubungan antara kanser payudara dan agen anti peluh adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat mengenai anatomi dan kanser payudara.
2. Semua benjolan adalah kanser
• Fakta: Secara umumnya, 80% benjolan adalah tidak merbahaya (bukan kanser) dalam payudara terutama di dalam golongan wanita muda di bawah 35 tahun. Akan tetapi risiko kanser ini akan meningkat dengan bertambahnya usia.
3. Semakin besar ukuran payudara, semakin tinggi risiko
• Fakta: Jumlah tisu payudara seseorang wanita tidak mempengaruhi risiko pertumbuhan kanser payudaranya. Saiz payudara bukan faktor risiko yang signifikan bagi kanser payudara.
4. Mammogram menyebabkan kanser
• Fakta: Mammogram adalah prosedur yang selamat serta melibatkan radiasi yang sangat minimum untuk mewujudkan imej payudara yang jelas. Sistem mamografi diperakui selamat, dikawal ketat dan pengggunaan dos radiasi yang rendah.
5. Keguguran cetusan menyebabkan kanser payudara.
• Fakta: Beberapa kajian memberikan data yang kuat bahawa sama ada keguguran cetusan atau spontan tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan terhadap risiko kanser payudara.
6. Implan payudara menyebabkan kanser
• Fakta: Beberapa kajian mendapati implan payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, walaupun implan payudara silikon boleh menyebabkan pembentukan parut yang tidak berbahaya pada payudara.
Kanser payudara adalah kanser nombor 1 yang paling ditakuti wanita selain kanser serviks. Oleh yang demikian, wanita perlu mengetahui cara menjaga kesihatan payudara selain dari mengamalkan pemakaian bra atau coli yang sesuai.
info credit to: SAYANGI PAYUDARA ANDA
No comments:
Post a Comment