Yang kurik tu kundi,
Yang merah saga...
SAGA.....
Anda kenal apa itu saga? Oh mai!! i miss my childhood when i'm talking about saga. Saga atau nama saintifiknya Adenanthera Pavonina adalah seperti gambar di atas.. Merah bukan? Dulu depan rumah aku ada sepohon saga yang sangat besar dan aku selalu kutip buah saga untuk main masak-masak zaman kanak-kanak dulu.
This how buah saga yang still dalam 'kelongsong'nya looks like.. Tapi hari ni aku bukan nak cakap pasal saga merah menyala ni....
.
.
.
.
.
Aku nak cakap pasal saga yang ni:
Persoalan aku nak nyatakan di sini, kenapa Proton nak namakan kedua-dua kereta ni sebagai SAGA? Aku agak tidak bersetuju lah apabila SAGA ini dinamakan sebagai SAGA namun aku tade ape-ape hak mahupun share dalam syarikat Proton yang membolehkan aku menunjukkan ketidaksetujuan aku dengan penamaaan kereta ini sebagai SAGA.
Kenapa aku tak setuju?
.
.
.
.
.
Ok, bagi aku SAGA adalah satu nama yang sangat gah. Sangat membanggakan. SAGA lah yang membawa nama Malaysia ke perindustrian automobil. Masihkah anda ingat pada tahun 1985? Kereta pertama Malaysia?
Masih ingat kereta ini? SAGA ini sudah tiada di jalanan. Sudah kehilangan jejak. Hanya yang tinggal adalah satu nama iaitu SAGA. Namun namanya sudah di gantikan dengan model pacuan yang lain. Yang totally different.
Aku hanya kasihankan anak-anak pada masa akan datang. Yang tidak pernah mengenali SAGA sebenar. Mereka pasti akan terkeliru nanti apabila belajar matapelajaran sejarah yang menyatakan SAGA adalah kereta pertama Malaysia dan sudah pasti mereka dibayangi dengan SAGA zaman sekarang (BLM or FLX).
Penamaan SAGA terhadap kereta baru ini bagi aku seolah-olah menguburkan sendiri identiti pacuan pertama Malaysia. Namun aku tetap sukakan FLX ni. Smart dan elegan. Dalam masa yang sama aku sedih kehilangan SAGA yang sebenar...
p/s: patriotik pula rasanya ;)
walaupun begitu aku tidak pernah mengimpikan untuk memiliki kereta sepanjang ini, cukuplah kereta yang kementot kecik molek seperti diriku sendiri ;D
No comments:
Post a Comment