Sunday, April 29, 2012

kenapa BERSIH??

Salam...
ketika entri ini ditulis, masih ramai anak muda di luar sana sedang berjuang mnyokong BERSIH 3.0 yg berlansung semalam (28/4/2012).
Diketika ini juga ramai anak muda dengan lantangnya membantah program tersebut.


Sebelum entri ini diteruskan, suka saya nyatakan bahawa saya bukanlah penyokong biru atau hijau ataupun biru laut. Saya juga bukanlah penyokong keganasan malah saya adalah seorang anti kegenasan. 
Saya hanyalah manusia biasa yang masih perukan tunjuk ajar kerana pengalaman saya hanyalas sebesar zarah sahaja.


Persoalan pertama saya... apakah yang mereka (orang yang membantah BERSIH) sebenarnya mungkin fikir mengenai BERSIH 3.0?

  1. ianya propaganda anti kerajaan
  2. ianya ideologi barat untuk meruntuhkan sistem ekonomi
  3. pejuangan nak membangkitkan puak anti kerajaan
  4. Kebodohan pihak anti kerajaan nk menjatuhkan nama Malaysia atau erti kata lain ingin memalukan Malaysia
  5. Perjuangan sia-sia pihak anti kerajaan untuk menggulingkan kerajaan...
  6. Saja2 nk menimbulkan kekecohan
  7. taktik anti kerajaan meraih undi
  8. etc etc etc....
Jangan salah sangka.. sy tidak menuduh. Kerana awalnya saya juga berfikiran demikian. Pada ketika Bersih 2.0 dijalankan (kerana tidak tahu kewujudan BERSIH 1.0), saya juga bersangka begitu. Saya berfikir apa la yang mereka cuba lakukan ni kerana segalanya tidak masuk akal langsung. 

Namun, mungkin kerana terlahir dalam bidang research maka sy membuat sedikit penyelidikan berkaitan BERSIH sebaik sahaja BERSIH 2.0 berakhir. Persoalan yang bermaiin di kepala saya yang mendorong saya membuat penyelidikan adalah:
  1. Apa tuntutan mereka sehingga kerajaan tidak mahu melaksanakan kehendak mereka? Melampaukah?
  2. kenapa kerajaan tidak mahu melaksanakan? Tidak masuk akalkah?
  3. Namun dalam keadaan kerajaan tidak mahu melaksanakan tuntutan mereka, beratus2 ribu manusia dari segenap pelusuk negara lantang melaungkan BERSIH. Mengapa?
Saya rasa pihak2 yg menyokong atau membantah juga perlu ada persoalan sebegini kot *wink wink*

Makanya saya membuat sedikit research berkaitan hal ini...

Berikut adalah tuntutan2 BERSIH yang sangat sukar diterima oleh pihak berwajib:
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Itu sahaja. Tiada tuntutan supaya pihak antikerajaan mesti menjadi menteri. Tiada tuntutan bahawa anti kerajaan patut menyertai SPRM. Tiada tiada dan tiada. Mereka hanya menyuarakan kehendak pilihanraya adil dan telus. Itu sahaja.

Jadi pada pendapat saya ianya tidak salah. (jika ada yang berpendapat berbeza, saya tidak membangkang, pendapat anda adalah hak anda). Melampaukah tututan mereka ya? Tepuk dada tanya minda.. Peace no war (^^)v

Apapun politik itu tidak harus dicaampur adukkan dalam pelbagai urusan lain dalam kehidupan. Biarlah politik itu berdiri sendirinya. Jangan kerana politik agama dipertaruhkan.. Disana kata sini kafir, disini kata disana ajaran sesat. Jangan juga kerana politik habis segalanya musnah, keluarga berpecah, pesahabatan terlerai, suami isteri bercerai berai segalanya hanya kerana fahaman yang berbeza.

Setiap dari kita punya fahaman, pendapat dan pemikiran yang berbeza berdasarkan keadaan sekeliling kita. Setiap dari kita punya hak untuk setiap pendapat masing-masing dan kita tidak berhak berkata pendapat mereka salah, pemikiran mereka salah, fahaman mereka salah kerana manusia dicipta punyai identiti tersendiri. Hanya yang perlu kita lakukan, hormati yg lain. ;)

Wassalam.

p/s: saya bukan biru atau hijau atau biru laut. Saya hanya putih yang perlu dibentukkan. Namun saya rasa saya menyokong kuning seandainya tanpa keganasan ;). Kuning kali ini tanpa keganasan pihak yg terbabit, cuma provokasi yang mengganaskan mereka.. again, peace no war ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...