Sunday, October 21, 2012

Kelate oh Kelate

SALAM 1 MALAYSIA..

Fuhhh... hari ni Shah Alam jem gile beb.. lautan merah membentangi bumi Selangor. Untung sgt2 siapa yg berniaga di Stadium Shah Alam termasuk di kawasan sekitarnya.

Aku? xdapat nk tgk game hari ni. Samada kt tv apetah lagi di stadium. TV xdak, tiket pon 'yillek'. Tapi as usual, sumber yg ada ialah FACEBOOK. Ramai betul yg jadi pengulas sukan yg tak bertauliah. Nk masuk tibi agaknya xdapek kot, so ulas pakai FB je la. Makanya dengan itu dapek la eden mengetahui ape yg sedang berlangsung di padang.

Errmmm.. Ada satu post dari seorang rakan yg bukan dari Kelantan yang menarik perhatian aku :
"Yang duk sokong ATM ni rata2 ialah org yg xsuka Kelantan ni" 

Dan dengan itu aku terfikir secara dalam dan drastik kenyataan beliau. Adakah benar? Namun, kita kenalah Husnuzon. X baik woo bersangka buruk. 

Duk layan2 FB tgk komen2 dari kedua2 penyokong... teeeeetttt.. da abis game.. TRW menang le pulok.. dah pastu penuh dengan komen2 negatif da muncul. Tadi kemain lagi kutuk kata TRW akan kalah. Pastu da menang kutuk mende len pulak. Aku fikir, kalo TRW mesti negatif punya la. Menang salah, kalah pun salah. 

Aku terkadang terfikir, ape la salah sgt org Kelantan dengan rakyat Malaysia yang lain ye? Ade aje yg xpuas hati. Xkira la ape juga isu membabitkan kelantan bukan sahaja isu bola sepak. Adekah hanya kerana Kelantan sejak dari dulu dipimpin oleh si hijau makanya ia memberi efek negetif kepada semua? Gamaknya Malaysia perlu jual Kelantan kat Thailand dulu ke baru semua rakyat Malaysia puas hati? 

Aku merantau keluar sudah hampir 7 tahun. Pelbagai reaksi yang aku lihat apabila aku menyatakan aku ORANG KELATE. Terkadang sedih menghimpit ulu hati ni tau. Apekah salah aku orang Kelantan? 

Itu sahaja persoalan aku,
Ikhlas: Anak jati kelate....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...