Thursday, January 17, 2013

LISTEN bukan isu politik semata

Assalamualaikum..

LISTEN!!
when I speak, u LISTEN!!
LISTEN! LISTEN! LISTEN!

Fenomena tahun baru yang menggeletek jiwa kecilku dan merebak ke seantero Malaya.

LISTEN.

Tak perlu aku ulas panjang dan lebar dan tinggi bagaimana terjadi fenomena tersebut. Kerana ku pasti seluruh makhluk yang ada di bumi Malaysia ini tahu ceritanya. Malahan sepupuku di Beijing juga tahu ceritanya masakan anak Malaysia sendiri tidak tahu bukan?

Pelbagai pandangan dikeluarkan oleh 'pakar' pengulas dan pengkritik, samada yang profesional dan juga bukan profesional. Dan dengan itu aku dengan sukacita dan rela hati juga ingin memberi buah fikiran yang mungkin sama dan mungkin juga berbeda dengan kalian. Tapi ape aku peduli kalo berbeza pun. Yang penting, WHEN I SPEAK, U LISTEN ohkeh?

Listen carefully ( i mean, read carefully)

Ramai pengulas yang mengulas fenomena LISTEN dari perspektif politik. Aku faham, sebab ape yang dicetuskan oleh Miss Bawani (MB) itu datangnya dari sumber politik. Namun aku ingin melihatnya dari aspek lain dan aku ingin juga meyeru rakan-rakan melihatnya dari aspek yang lain selain dari politik (jemu ah politik politik).

Aku melihat rakaman video tersebut dari beberapa perbezaan seperti:

1. Pendidikan:
  • MB -degree level 
  • Miss Sharifah (MS - miss ke madam? ontahla labuu) : over level
2. Title:
  • MB: student (wondering what course did she take?)
  • MS: President SW1M (wondering what is this actually?)
3. Umur:
  • MB: awal 20-an mungkin
  • MS: akhir 30-an mungkin.
4. Bangsa:
  • MB: Indian (Malaysian)
  • MS: Melayu [mungkin] (Malaysian)
5. Kumpulan
  • MB: minoriti
  • MS: autoriti
6. Generasi:
  • MB: gen Y
  • MS: genX.
Ok sudah lihat perbezaan bukan?

Sekarang aku nk nyatakan pendapat berdasarkan perbezaan antara mereka. MS seorang yang berpengaruh, punya darjat yang tinggi, punya pangkat yang tinggi, punya pelajaran yang tinggi, punya kuasa autoriti, lebih dewasa dan lebih matang (errr... actually merujuk kepada umur semata-mata ye) dan beliau adalah dari generasi X!!!

Manakala MB pula hanya seorang student degree level (if aku xpekak dengar MS cakap la - but many claims che is O level. wondering is UUM offer for O level??) but yg penting dia punya education lower than MS. Tidak punya pangkat, tisak punya pengaruh (buktinya, no one defense her mase berdebat), dari kumpulan minoriti (merujuk kepada bangsa dan juga ideologi politik). 

Jappppp... bace sampai abis dlu bru buat konklusinya...

Sambung balik....

Di sini saya ingin menyatakan bahawa aku bukanlah dari pihak mana-mana ye. Aku bukan P*R atau B*. Aku melihat isu ini dari persepsi seorang mahasiswa. Aku melihat isu ini dari persepsi seorang generasi Y yang seringkali haknya dinafikan.

Listen.

Cuba lihat sekeliling anda. Anda seorang kuli? Anda seorang anak? Anda seorang adik? Anda seorang pelajar? Anda pernah dibuli? Anda pernah berbicara tetapi tidak didengari? 

Berdasarkan video LISTEN, apa yang aku lihat adalah golongan minoriti, golongan muda, golongan mahasiswa, golongan generasi Y dilihat tidak layak bersuara. 

Contoh 1: Di pejabat merupakan seorang staff bawahan biasa, masih muda, cantik berseri, bijak dan punya idea yang segar dari ladang. Tatkala mesyuarat unit. Apa yang anda lakukan? Diam dan mencatat minit mesyuarat? Mendengar dengan tekun? Cuba menyuarakan pendapat? Andaikata anda adalah yang berdiam mencatat minit mesyuarat, menunjukkan anda seorang yang pengecut dan tidak layak menghentam MB. Andaikata anda berani menyuarakan pendapat bersama-sama idea yang bernas dan juga ketidakpuasan hati anda, apakah orang atasan anda menerima? Menerima dengan terbuka maksud aku. Ya, bagi situasi anda mungkin anda. Bagaimana pula anda yang di sebelah kanan tu? Bagaimana pula dengan anda yang di sebelah kiri sana? Berapa peratus ketidakpuasan hati anda diterima oleh bos anda? Ini terjadi kerana darjat yang berbeza.

Contoh 2: Di pejabat, anda juga seorang staff biasa. Di pejabat anda, anda adalah salah seorang yang berbangsa Melayu daripada dua orang (maksudnya 2 org melayu dan yang lain2 ada berbangsa lain). Agak-agak bila ada ketidakpuasan hati atau pendapat atau persoalan, adakah anda dilayan sewajarnya oleh golongan majoriti di pejabat anda? Mungkin bagi anda ya, tp bagi kawan2 anda yang berada di syarikat lain?  Ini kerana mentalitili bahawa golongan minoriti tidak layak bersuara.

Contoh 3: Anda berada di dalam dewan kuliah. Pensyarah anda punya pangkat Professor emeritus (hambik ko). Anda telah menyedari yang apa diajar oleh professor anda adalah salah and obviously salah, adakah anda memberikan pendapat anda? Jika ya, apa reaksi professor anda? Professor aku selalu kata: No, it is right, u are wrong! (dan aku kono la ikut, lantak hang la asal thesis aku siap). Ini boleh dilihat dalam short film 2+2=5 (google la sendiri kalo nak tahu). Sebab mengaku kesilapan mungkin boleh menjatuhkan maruah kata mereka.

Contoh 4: Anda punya abang atau kakak yang jauh usianya lebih dewasa (atau boleh ambil contoh ibu, ayah, makcik, pakcik dsb) Mereka punya pengalaman hidup jauh lebih banyak berbanding anda yang berusia baru setahun jagung. Namun sayang mereka sering berfikiran negatif. Anda tidak suka, dan cuba ingin memperbetulkan konsep mereka agar hidup lebih aman dan bahagia. Agaknya apa mereka akan jawab? Jawapan cliche sebegini mesti anda pernah dengar di mana-mana termasuk di kaca televisyen " Kau jangan nak ajar aku, aku makan garam lagi banyak dari kau", atau "Aku hantar kau belajar tinggi-tinggi bukan nak suruh kau jadi manusia yang kurang ajar". Generasi X selalunya tidak dapat menerima teguran generasi Y dan seringkali menganggap bahawa generasi Y kurang ajar jika menegur generasi X.


Contoh-contoh yang aku sebutkan di atas boleeh la korang nak kaitkan dengan isu listen ni ye (pikir sendiri la ape kaitan nye. dah bagi pon xpaham-paham lagi?)

Asking questions is part of learning. Pepatah Melayu ada berbunyi, Malu bertanya sesat jalan. Utk apakah diberi pendidikan jika tidak diberi hak untuk bersuara? MB is asking questions by the word 'MENGAPA'. MS should reply with answers, not a bedtime story of animals in the zoo. If u are not sure with the answer, then telling the truth that u are nt sure. But it will humiliate herself la kan sebab tu MS giving the bedtime stories like that. Plus aku pernah terdengar satu quote yang berbunyi begini : "Tatkala bibir lantang bersuara, telinga akan menjadi pekak". Means MS xdengar ape yg dia sendiri perkatakan tatkala dia lantang bersuara tempoh hari. 

Satu lagi kritikan yang menarik minat aku berkaitan dengan isu ini. Nada suara MB. Ya, benar, nada suara MB agak tinggi. Korang ni pernah tgk debat ke tak ni ha? Memang le suara orang berdebat sebegitu. aiyaaaa... Nak pertikaikan lagi?? Pernah tengok forum antara KJ dgn siapa tah name org P*R tu (terlupe seketika)? Camane suara KJ?? So, salah ke MB yang kumpulan minoriti bersuara sedemikian? errr masok politikus puloks.

Pasal MS dengan haiwan-haiwan kesayangannya tu tak nok le kawan corite lebih lebor. Kome sume da tau kan. Sape le lantik dia jadi presiden pon kawan xtau. Mungkin dia lantik diri dia sendiri gamoknye. uppsss..

Ini ikhlas dari hati sanubari saya kepada mereka yang berkaitan. Aku hidup susah, dari kecil susah, sebab tu aku mahu perjuangkan nasib aku. Aku orang susah, mereka orang susah, sebab tu ereka memperjuangkan nasib mereka. Never claims that kejayaan kalo dapat tanpa berusaha tu tak bererti apabila kau lihat orang berjuang meminta kesenangan, sebab u never knows sejauh mana orang berusaha. NEVER! sebab kau dari kumpulan orang kaya dan sehingga kini mak ayah kau masih menanggung hidup kau. Tidak seperti aku dan tidak seperti orang lain yang hidupnya susah. Put urself in others shoes, and u will know how suffer they are - probably not because u never feel what they feel.

Akhir sekali, aku nak bertanya soalan ini: Berapa ramai di kalangan anda yang berani meminta hak anda? Aku? Aku memang selalu meminta hak aku sebab tu agaknya supervisor aku dah meluat tgk muke aku asyik mintak duit. That is my right. Dan anda yang berdiam diri ketika bertemu pihak berwajib dan bising di belakang pihak berwajib tu, adakah rasa anda hebat? menanti orang lain memperjuangkan nasib anda? Tangan di dada, mata pejam kepala tunduk - pikir la sendiri. 

Dah la, kawan da nak pegi semayang mgorib dlu (asal cakap perok plok ni?). Choww...

Wsalam.

Aku yang benar rimas dengan politik,
DEQJAAS






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...