Friday, June 1, 2012

Wordless Friday


Sahabat sejati

Sahabat sejatiku, hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi
Dengan kotak sejuta mimpi, aku datang menghampirimu
Kuperlihat semua hartaku
Kita s’lalu berpendapat, kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah
Aku raja kaupun raja
Aku hitam kaupun hitam
Arti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundakku, jangan pernah lepaskan
Bila ku mulai lelah… lelah dan tak bersinar
Remas sayapku, jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang… terbang meninggalkanmu
Ku selalu membanggakanmu, kaupun selalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi
Demi bermain bersama, kita duakan segalanya
Merdeka kita, kita merdeka

Tak pernah kita pikirkan                        
Ujung perjalanan ini                                                           
Tak usah kita pikirkan
Akhir perjalanan ini


Finally she married!!

Assalamualaikummmm....
Aish, bersawang dah persinggahan ku ni..(sambil sapu2 sawang)

Ohkay..
Last week hari bahagiaku..
errr.. hari bahagiaku ker?
Ye la, hari bahagiaku la.. bahagia dapat lari dari lab n balik ke kampung halaman tercinta terkasih dan tersayang. Bertemu muka dengan kekasih2 hati di rumah. Ohhh.. indahnya duniaku rasa.

Namun benar kata Erra Fazira, yang indah hanyalah sementara. Aku kini kembali ke tempat tumpah keringatku.. ohhh tidakkk (tepuk dahi dambil tunduk tenung lantai).

Back to post title ye...

FINALLY SHE MARRIED!!!!!!

yes SHE. who is SHE?

My best fren forever and for always (BFFFA) - cik upppsss... Puan Diyana Bt Iskandar Zurkanain.

tadaaaa... here she is.. gojes kn kn?
Ni mase malam akad nikah kat bilik pengantin rumah die..

Sesi batal air sembahyang

Pelbagai suka duka ditempuh mereka sebelum ini num bak kata pepatah, kalo dah jodoh kan xkemana. Berpisah pun xsemestinya xde jodoh kn. berkasih lama2 pun xsemestinya ada jodoh.

Aku mase akad tu xtergambar rasanya perasaan ni. Sebaik je Izat melafazkan sekali akad, maka sahlah Dee miliknya. Dan dengan itu xsemena-mena air mata bercucuran. tapi bukan air mata Dee, air mata aku. Macam aku lak yg kawen... Maka terpaksalah ditenangkan oleh bai, dila n snie. hahahaha.. 

Esoknya trus kne perli " Ko kawen nnt aku kne sediakan baldi siap2" kata Bai. hahahah... 

Kenapa aku nangis ye? Hmm... aku pun xpasti. Mungkin terlalu gembira melihat bahagia mereka setelah pelbagai ranjau tangis hiba, mungkin juga sedih akan kehilangan rakan paling rapat, mungkin juga terfikir adakah aku juga layak menerima bahagia sepertinya. Wallahualam.

Apapun, Aku hanya berharap bahagia Dee hingga ke syurga. Cinta ini adalah cinta mati untuknya. 



Dan aku masih dengan perjuangan. Menanti bakal suamiku. Apakah sahabatku yang ada kini? Ataukah orang lain yang masih belum kukenali? 








Mimpi

Kita manusia
Bebas untuk bemimpi
Terbang ke angkasa
Dengan sayap yang gagah
Merasa fantasi alam
Seperti dalam hikayat dongeng
Berlantaikan kasih sayang
Bercerminkan cinta abadi
Yang kekal
Untuk selamanya
Bukan seketika.

DEQJAAS
NDBPRC,
UiTM PUNCAK ALAM
09:36
1jun 2012

Saturday, May 12, 2012

Contact Lens Oh Contact Lens

Salam wassup wassup!!

Hai everibodi...
Ari ni nak bercerita pasal contact lens. Dulu aku adalah pengguna kacamata. Namun beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan tahap kerabunan aku berkurangan makanya aku pun berhenti memakai kacamata plus disebabkan mase aku sem satu degree aku punye spek baru tu ilang. Ilang lak time tade duet kan, so aku xpkai la spek until la skang aku rase tahap kerabunan aku dah pun menurun.







Dulu aku xsuke contact lens. Xsuke tgk orang pkai lens ni. Tapi skang nampak cantik lak orang pakai contact lens atau nama melayunya kanta lekap. Maybe sebab skang trend n fesyen2 contact lens ni makin bervariasi kot. Aku tgk ade berbagai2 corak dan warna. Ade yg gambar api la, gambar bunga la, etc etc.










Akibat dari suke tgk org pakai aku pun teruja nk try pkai jugak. 1st time, dalam sejam aku menelaah Youtube untuk ulangkaji camane cara pkai n bukak contact lens ni. Pastu aku pun try la pakai. Amik kau, dalam 2 jam aku nk masukkan kat mata tp xmasuk2. Mata dah berair n pedih2 dah. Then aku berputus asa. Kemudian selang beberapa hari, aku cuba lagi unutk beberapa jam. Namun gagal. Aku cuba dan cuba lagi, mintak kawan aku tunjuk demo secara live. Xjadik jugak. Sampaikan nk mintak member aku tulun buh kat mata pun xjadik jugak.


Alkisahnya, aku masih mencuba tapi sampai sekarang aku xberjaya pakai contact lens ni.. X Sangka la pulak susah pkai bendalah ni. Kagum la aku kat sape2 yg pandai pakai contact lens ni ha. Aippp!!! tabik spring!!

The dead crow

Salam....

THE DEAD CROW
Poem silibus tingkatan 3. Dulu masa belajar, mengikut silibus sekolah, maksud poem ni tidak diterangkan dengan lebih mendalam. Yang diterangkan hanya maksud ayat yg begitu general (kalo org xpaham pun bole paham). Mungkinkah kerana orang yg mengkaji puisi ini sebenarnya tidak begitu memahami puisi ini ataupun ada yg perlu diselindungkan. Kini aku baru mengerti. Dan, apa yg berlegar di fikiran aku, adapah puisi karangan Dato' A. Samad Said ini akan di lupuskan oleh Kementerian Pelajaran dari silibus akan datang?

Cubalah selami apa maknanya. Andai anda faham maksud puisi ini, anda akan faham juga apa yang cuba saya perkatakan ;)

He saw a dead crow
in a drain
near the Post Office,
He saw an old man
gasping for air
And a baby barely able to breathe
In a crowded morning clinic
This land is so rich
Why should we suffer like this?

I want clean air
For my grandchildren
I want the damned fools
To leave the forest alone,
I want the trees to grow,
The rivers run free
And the earth covered with grass.
Let the politicians plan how 
we may live with dignity
Now and always



A. SAMAD SAID

Wednesday, May 9, 2012

She's getting married...

Salam ukhwah...

Fuhhh... da masuk bulan May la.. sungguh cepat masa berlalu. 2012 sudah menghampiri separuh tahun.
Bulan 5, cuti sekolah. Ape yang menarik dengan cuti sekolah?

YES IT IS TRUE!!!!

yg menarik mengenai cuti sekolah ialah makan FREE!! Makan free sempena majlis perkahwinan.. yuhuuuu... Aku sendiri dah dapat almost 10 undangan. Sampaikan ada yg bertindanan. Sori sgt2 kat sape2 yg xdapat nk pergi tu ye.. I'll try the best untuk memenuhi semua undangan namun ada yg tidak termampu di laksanakan. tapi doa aku sentiasa mengiringi rumahtangga korang. Semoga hingga ke syurga ;)

Aku.... menanti...menanti dengan perasaan bercampur baur. hanya tinggal lebih kurang 2minggu lagi. Namun hati aku yg gelisah bercampur gembira bercampur sebak. Aku lak yang xsenang duduk. She's getting married. I dunno I love her diz much before. Aku tersangat teruja dengan penikahannya, namun sebak menghuni dasar hati ketika jarum menghitung detik.



Aku pun xfaham kenapa aku sebak bila mengenangkannya. Mungkin kerana hidup aku selepas ini tidak lagi akan sama dengan sebelumnya. Tiada lagi gelak tawa seperti selalu. Dia akan punya tanggungjawab yang lebih besar untuk dipikul di sisi bakal imam solatnya. Malah, kami akan berjauhan nanti. Entah bila boleh kami jumpa lagi. Bila lagi nk pillow talk.. *ouch ayaq mata ceq meleleh*

Tapi aku gembira melihat senyumannya. Senyuman bahagia. Impiannya sudah tercapai. Aku tidak sabar menanti hari untuknya di akadkan..

Dee, aku sentiasa doakan kebahagiaanmu seperti dahulu. Semoga ikatan yg bakal dibina nanti akan kekal hingga ke syurga. Belajar masak n belajar jangan majuk kat abe jat ohkay!! Cepat2 bg aku anak buah yg chomel cam Mia Sara ye ;)

I LOVE U sooo much my dear ;)

Tuesday, May 1, 2012

Keluarga Bahagia


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia



Sunday, April 29, 2012

kenapa BERSIH??

Salam...
ketika entri ini ditulis, masih ramai anak muda di luar sana sedang berjuang mnyokong BERSIH 3.0 yg berlansung semalam (28/4/2012).
Diketika ini juga ramai anak muda dengan lantangnya membantah program tersebut.


Sebelum entri ini diteruskan, suka saya nyatakan bahawa saya bukanlah penyokong biru atau hijau ataupun biru laut. Saya juga bukanlah penyokong keganasan malah saya adalah seorang anti kegenasan. 
Saya hanyalah manusia biasa yang masih perukan tunjuk ajar kerana pengalaman saya hanyalas sebesar zarah sahaja.


Persoalan pertama saya... apakah yang mereka (orang yang membantah BERSIH) sebenarnya mungkin fikir mengenai BERSIH 3.0?

  1. ianya propaganda anti kerajaan
  2. ianya ideologi barat untuk meruntuhkan sistem ekonomi
  3. pejuangan nak membangkitkan puak anti kerajaan
  4. Kebodohan pihak anti kerajaan nk menjatuhkan nama Malaysia atau erti kata lain ingin memalukan Malaysia
  5. Perjuangan sia-sia pihak anti kerajaan untuk menggulingkan kerajaan...
  6. Saja2 nk menimbulkan kekecohan
  7. taktik anti kerajaan meraih undi
  8. etc etc etc....
Jangan salah sangka.. sy tidak menuduh. Kerana awalnya saya juga berfikiran demikian. Pada ketika Bersih 2.0 dijalankan (kerana tidak tahu kewujudan BERSIH 1.0), saya juga bersangka begitu. Saya berfikir apa la yang mereka cuba lakukan ni kerana segalanya tidak masuk akal langsung. 

Namun, mungkin kerana terlahir dalam bidang research maka sy membuat sedikit penyelidikan berkaitan BERSIH sebaik sahaja BERSIH 2.0 berakhir. Persoalan yang bermaiin di kepala saya yang mendorong saya membuat penyelidikan adalah:
  1. Apa tuntutan mereka sehingga kerajaan tidak mahu melaksanakan kehendak mereka? Melampaukah?
  2. kenapa kerajaan tidak mahu melaksanakan? Tidak masuk akalkah?
  3. Namun dalam keadaan kerajaan tidak mahu melaksanakan tuntutan mereka, beratus2 ribu manusia dari segenap pelusuk negara lantang melaungkan BERSIH. Mengapa?
Saya rasa pihak2 yg menyokong atau membantah juga perlu ada persoalan sebegini kot *wink wink*

Makanya saya membuat sedikit research berkaitan hal ini...

Berikut adalah tuntutan2 BERSIH yang sangat sukar diterima oleh pihak berwajib:
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Itu sahaja. Tiada tuntutan supaya pihak antikerajaan mesti menjadi menteri. Tiada tuntutan bahawa anti kerajaan patut menyertai SPRM. Tiada tiada dan tiada. Mereka hanya menyuarakan kehendak pilihanraya adil dan telus. Itu sahaja.

Jadi pada pendapat saya ianya tidak salah. (jika ada yang berpendapat berbeza, saya tidak membangkang, pendapat anda adalah hak anda). Melampaukah tututan mereka ya? Tepuk dada tanya minda.. Peace no war (^^)v

Apapun politik itu tidak harus dicaampur adukkan dalam pelbagai urusan lain dalam kehidupan. Biarlah politik itu berdiri sendirinya. Jangan kerana politik agama dipertaruhkan.. Disana kata sini kafir, disini kata disana ajaran sesat. Jangan juga kerana politik habis segalanya musnah, keluarga berpecah, pesahabatan terlerai, suami isteri bercerai berai segalanya hanya kerana fahaman yang berbeza.

Setiap dari kita punya fahaman, pendapat dan pemikiran yang berbeza berdasarkan keadaan sekeliling kita. Setiap dari kita punya hak untuk setiap pendapat masing-masing dan kita tidak berhak berkata pendapat mereka salah, pemikiran mereka salah, fahaman mereka salah kerana manusia dicipta punyai identiti tersendiri. Hanya yang perlu kita lakukan, hormati yg lain. ;)

Wassalam.

p/s: saya bukan biru atau hijau atau biru laut. Saya hanya putih yang perlu dibentukkan. Namun saya rasa saya menyokong kuning seandainya tanpa keganasan ;). Kuning kali ini tanpa keganasan pihak yg terbabit, cuma provokasi yang mengganaskan mereka.. again, peace no war ;)

Sunday, April 15, 2012

Malangnya Awak

Malangnya awak menjadi kawan saya...
Saya bukan seperti gadis lain,
Saya xtahu bershopping,
Tak reti bershopping,
Saya hanya pergi ke Mall bila saya betul2 perlukan sesuatu je,
Tu pun terus ke kedai yg sy nak pergi,
Saya xreti berwindow shopping,
Mesti awak bosan bila ajak saya keluar.

Malangnya awak menjadi kawan saya,
Saya bukan seperti gadis lain,
Saya xpandai bergaya,
Saya xreti berfesyen,
Saya hanya pakai apa yang saya suke,
Dengan suke hati saya
Walaupun orang pandang pelik.
Mesti awak malu jalan ngan saya.

Malangnya awak jadi kawan saya,
Saya xsuka keluar lepak2,
Kalau keluar lepak pun 2 atau 3 bulan sekali,
Tu pun hanya tak lebih 2 jam,
Saya lebih suka duduk rumah,
Saya lebih suka buat kerja rumah
Mesti awak meluat dengan saya.

Malangnya awak jadi kawan saya,
Saya xreti berpakaian branded2,
Saya xtau nk bercakap berkaitan barang berjenama
Sebab saya xpernah pakai pun,
Pakaian saya yang paling mahal dibeli oleh saya pun rm50 je,
Yang lebih dari tu memang saya xde nafsu pun.
Kalo boleh saya nk cari yang harga 10hengget je.

Malangnya awak jadi kawan saya,
Sebab saya akan sayang awak sampai bila-bila
Walupunawak dah kawan ngan orang lain,
Saya tetap ingat awak sampai bila-bila
Sebab yang paling bernilai bagi saya adalah persahabatan, bukannya baju berjenama ;)

Me and tears


A friend of mine : hey darl, it is not u. It's really not u. The sad is damn really not u.

Me: Yes, the sad is really not me. But the sad is always hiding inside me.

Oh! truly it is really inside. Down n getting plummet down. Need someone but nobody. Again it need to hiding inside.....

Thursday, February 23, 2012

Study, Tusyen, Online bisnes

Salam...
Fuh lama betul xupdate blog. Tersangat bizi mencari sesuap nasi di perantauan orang sekarang membataskan waktu berblogging. Tidak seperti dulu ketika masih di ijazah sarjana muda (ayat nk skema).

Pelbagai dugaan mendatang dalam kehidupanku sejak lewat ini. Namun, benar kata orang Allah s.w.t menguji kita kerana Dia sygkan kita, dia mahu kita dekat denganNya, sentiasa mengadu padaNya, sentiasa merayu dan merintih kasih dan simpatiNya.

Dugaan yg mendatang itu banyak mematangkan diriku, menjadikan aku lebih tabah dan meyakini bahawa sesuatu yg lebih bernilai menantiku di hari esok.

Saat ini aku masih bergelut menyiapkan projek utk masterku. Dan dalam masa yang sama aku juga mengajar kelas tambahan dan kelas persendirian. Dan yang terbaru, aku telah terlibat dengan bisnes yang aku bina sendiri. Selama sebulan lebih aku cuba menyemai benih, kini aku lihat hasilnya. Dan semalam 22/2/2012 bersamaan 29Rabiulawal 1433, aku telah merasmikan page bisnes aku di facebook. Website pula belum aku develop kerana menunggu 'sahabatku' buatkan.

Kepada pembaca sekalian (macam la rmai sgt bace blog aku), moh le singgah ke page aku VANILLA WHITE ONLINESHOPPE dan usyar2 produk aku. Selamat membeli belah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...