Friday, April 30, 2010

Baruku Tahu

Baruku tahu setelah diuji
Sebelum diuji semua terasa mampu
Sebelum diuji terasa perjuangan sejati
Sesudah diuji baru ku kenal diri
Rupanya dalam perjuangan perlu diuji
Jangan dipinta
Melalui ujian dapat pejuang hakiki
Para pejuang perlu tapisan
Justeru tanggungjawab berat harus diamanahkan
Bukan semua orang boleh bertanggungjawab
Hanya orang pilihan sahaja boleh melakukan
Apabila diuji, saringan pun berlaku
Ada yang lari, ada yang memukul kawan sendiri
Ada yang kesal dan sedih hati
Ada yang terus menyebelahi musuh
Begitulah peranan ujian
Ia sangat perlu tapi jangan dipinta.



~DEQ JAA~

Wednesday, April 28, 2010

B.U.N.G.A


Sedang berjalan jalan ditaman, aku tersepak batu dan rebah.. dalam ati ni " apela batu ni buat tengah tengah jalan.. tade port len ke nak lepak? g la ajak member member duk tepi tasik ke, men boling ke pae ke.. ni x, duk tepi jalan watpe buang mase je" hmmm.... adat manusia selalu nak salahkan benda lain padahal diri sendiri yang salah.. jalan layan perasaan sampai batu sikit punye besar tengah jalan tu pun x nampak ape ke hal? adesss...
Jalan lagi. kat tangan ade sepucuk surat.. surat cinta kekasih lame.. ceewwaaahhh cam cite zaman dulu bercinte pakai surat2..bajet tade enset la tu.. Jalan dan terus berjalan. kemana langkah dituju pun xtahu.
tiba tiba mataku terpandang sekuntum bunga.. tidaklah secantik mana. tapi sungguh menarik perhatianku. aku cuba mendekati tapi langkahku tersekat. kaki terasa amat berat. kaku dan tidak mampu melangkah. mata tetap memandang bunga yang satu. hati meronta ingin memilikinya. ku kumpul selurauh tenaga dari dalam jasad ini. kcuba melangkah. selangkah demi selangkah. bunga berjaya kudekati.
jam semakin menunjukkan hari ingin berlalu pergi. kudekati lagi bunga itu. sungguh indah dipandangan mata ini. bunga yang terbiar hampir layu. tiada rupa tiada fungsi. nak kate penghias taman, tidak.
pandang kiri dan kanan, dengan kudratku "Bismillahirrahmanirrahim" ingin kupetik bunga itu. tapi...
kini bunga itu masih disitu. setiap hari kuziarahi, u belai dan ku manjainya. ku jaga dengan seikhlas hati.. bunga itu kian cantik. berseri dan bersinar. kusirami dgn penuh kasih sayang.. ingin ku petik, tetapi andai dipetik, mampukah bunga itu hidup dengan subur lagi atau terus layu selama lamanya? lalu kubiarkan bunga itu disitu agar ia mekar mewangi.. biarlah..
CINTA ITU TAK SEMESTINYA MEMILIKI...*wink*



DEQ JAA

Tuesday, April 27, 2010

hmmm... dunno wat

seems like everything in diz life bcome more n more complicated.. aaahhhh.. xnak camni..camane nak make all diz simple?
aku keliru la.. terlalu banyak benda utk dikelirukan. banyak benda yg menyakitkan dan memenatkan.. kadang kadang rase nak wat surgery kat otak ni bg ilang sume long term memories... huhuu
xlarat da nak ingat n nak rase sakit. pheeeww!
tapi aku rase hidup sume orang camtu.. sumenye complicated.. ade ke sape sape yang hidupnye simple?? sila angkat tangan..
penah x rase nak tapi xnak.. nak dengar tapi xnak dengar.. nak rase tapi xnak rase.. nak memiliki tapi xnak memiliki.. nak jatuh cinta lagi tapi xnak jatuh cinta lagi.. nak ke xnak..
apepun yang jadi lam idup ni.. we must owez b positive n smile..try to think but not try to think.. hikhik~
dah2, study2.. ape nih malas...

Friday, April 23, 2010

dendam itu bukan pintaku

DENDAM SAMPAI MATI ~ cogan movee SANTAU kalo tak silap aku la…
DENDAM….. ape ada pada dendam? Ape itu dendam? Satu perasaan yang disulam dengan kebencian.. sebelum ini aku tak pernah rase dendam. Aku tak tahu perasaan dendam itu. Aku tak pernah selami itu. Aku seringkali memaafkan dan melupakan…namun.. kali ini lain…
Bukan niat aku untuk berdendam. Bukan niat aku untuk membenci. Dia yang menanam perasaan itu padaku. Dia yang membina kebencian ini. Dia yang memaksa aku untuk membencinya dengan perilakunya. Benar. Setelah hamper 3 tahun berlalu, aku xpastu mengapa sekarang perasaan ini hadir dalam diri ini sedangkan dulu aku sering memaafkannya. Aku sering melupakan kesakitan itu kerana bagiku dia adalah insan yang pernah membahagiakanku.
Mungkin kerana kesakitan yang ditinggalkan sebagai kenangan untukku adalah melebihi segala-galanya. Sehinggakan sampai sekarang pun aku masih lagi menangis mengenangkan dirinya. Segala- galanya terlalu sakit bagiku. Sakit ini takkan berakhir. Takkan dan tak mungkin berakhir dan tak bisa disembuhkan.
Benar kata orang, ‘cintailah orang yang kau cintai sekadarnya belaka kelak dia akan menjadi seorang yang paling kamu benci dan bencilah orang yang kamu benci itu sekadarnya belaka kelak dia munkin menjadi orang yang paling kamu sayangi’. Same goes to me. Telalu mencinta hingga menimbulkan kebencian yang amat. Sampaikan muke dia pun aku tak leh tengok, nama dia pun aku tak nak dengar. Salah aku ke benci dia? Dia punca kebencian aku.
Salah aku jugak ke kalau aku gembira atas penderitaan dia sekarang? Salah aku ke kalau sekarang dia balasan? What you do, you get it back dear.
Untuk dia, maafkan aku kerana ada perasaan sebegini. Bukan ku minta. Yang penting sekarang aku bahagia dengan hidupku dan janganlah diganggu hidup ini lagi.. tq =)
lagu ni adalah translate from Mygirl korean series...
bagi aku lagu ni sgt2 menyentuh hati dan mampu utk aku mengalirkan airmata..



Sarang Ee Sheem Sheem Hae Suh
Saling berdepan dengan senyuman
Kerana telahku memilih untuk melupa
Asalkanku berlatih ia akan jadi mudah
Semakin hati sakit semakin buat sendiri kasihan

Cinta memang meletihkan
Oh memang meletihkan
Kerana ia buat seseorang tidak mampu bersuara
Oh, oleh kerana terlalu letih
Kini air mata adalah sejenis yang amat ternilai bagiku

Cinta amat menyukarkan bagiku
Cinta amat memerit bagiku
Aku tak sanggup mengatakan perkara ini
Aku sudi melupakan percintaan sebegini
Kelak aku takkan rasa perit demi cinta lagi
Jangan percayai sesiapa kerana manusia mudah berubah
Perlulah sentiasa berwaspada
Kau tak pernah sebut tentangnya, aku tak pernah pelajarinya
Apa aku patut buat?
Cinta amat menyukarkan bagiku
Cinta amat memerit bagiku
Sungguhpun melepaskanmu, aku mampu hidup juga
Olh kerana teralu susah hati terlalu bosan
Hatiku perit kerana tak dapat melihatmu

Suh Reun Buhn Jjeum
Walaupun aku tak sanggup memberitahumu
Tetapi aku telah jatuh cinta padamu pada pandangan pertama
Ku tahu kewujudanmu akan membuatkan ku bersedih
Usah rasa terkejut
Usah rasa tersentuh dan sedih
Kadangkala akan merungut bahawa kehidupan adalah bosan
Biarpun hanyalah insan biasa,
Ku tetap mengidami percintaan begini
Aku membencimu kerana pura pura tak tahu
Jadi inginkuberputus asa
Tetapi aku tidak boleh kehilanganmu
Kau juga tahu tentang ini
Aku tidak ingin membebankanmu
Kini aku hanya boleh berada disisimu dengan sedih
Tidak ingin berada disisimu dengan sedih lagi

Hari itu, aku hanya boleh
Memandangmu tanpa kehadiran minda
Masa itu hatiku terlalu sakit
Tidak mampuku ucapkan apa apa juga
Walaupun aku cuba menambatmu,
Tetapi ia tidak berkesan
Sekurang kurangnya aku ingin melihatmu pergi secara diam diam
Ini ialah kali terakhir
Tiadanya aku, adakah kau berhidup dengan baik?
Akankah kau rasa bosan terhadap semua perkara?
Aku memang risaukanmu
Tidak, semuanya salahku
Sebenarnya aku berharap kamu adalah begini

Tiadanya aku, adakah kau berhidup dengan baik?
Akankah kau rasa bosan terhadap semua perkara?
Berhidup dengan hati yang sakit
Aku memang risau akanmu
Tidak, semuanya salahku
Sebenarnya aku berharap kamu adalah begini
10 kali, 20 kali, 30 kali
Tetapku tak oleh berhenti mencintaimu

Ketika kau ingin cakap sesuatu denganku
Aku ucapkan aku cintaimu terlebih dahulu
Aku rasa hairan terhadap air muka yang akan kau tunjukkan
Biarpun hanyalah insan biasa,
Ku tetap mengidami percintaan begini

Sunday, April 11, 2010

A.K.U

Ingin aku jadi seorang pelukis,
Yang sentiasa mencurahkan rasa hati
Pada setiap corak lukisan,
Hidup penuh warna warni

Inginku jadi seorang peguam
Agar bisaku menegakkan keadilan
Didunia yang penuh penipuan

Inginku jadi seorang pujangga
Agar bisa aku menghiburkan seluruh isi alam
Membawa kegembiraan kepada si duka

Inginku jadi seorang penyair
Yang sentiasa memuja keindahan bumi
Mengidolakan yang kaku
Meninggikan martabat yang rendah

Namun hakikatnya
Diri ini adalah seorang aku
Dan aku adalah aku
Tiada aku melainkan aku
Aku tetap diriku
Diriku tetap aku.


DEQ JAA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...