Baruku tahu setelah diuji
Sebelum diuji semua terasa mampu
Sebelum diuji terasa perjuangan sejati
Sesudah diuji baru ku kenal diri
Rupanya dalam perjuangan perlu diuji
Jangan dipinta
Melalui ujian dapat pejuang hakiki
Para pejuang perlu tapisan
Justeru tanggungjawab berat harus diamanahkan
Bukan semua orang boleh bertanggungjawab
Hanya orang pilihan sahaja boleh melakukan
Apabila diuji, saringan pun berlaku
Ada yang lari, ada yang memukul kawan sendiri
Ada yang kesal dan sedih hati
Ada yang terus menyebelahi musuh
Begitulah peranan ujian
Ia sangat perlu tapi jangan dipinta.
~DEQ JAA~
No comments:
Post a Comment