DENDAM SAMPAI MATI ~ cogan movee SANTAU kalo tak silap aku la…
DENDAM….. ape ada pada dendam? Ape itu dendam? Satu perasaan yang disulam dengan kebencian.. sebelum ini aku tak pernah rase dendam. Aku tak tahu perasaan dendam itu. Aku tak pernah selami itu. Aku seringkali memaafkan dan melupakan…namun.. kali ini lain…
Bukan niat aku untuk berdendam. Bukan niat aku untuk membenci. Dia yang menanam perasaan itu padaku. Dia yang membina kebencian ini. Dia yang memaksa aku untuk membencinya dengan perilakunya. Benar. Setelah hamper 3 tahun berlalu, aku xpastu mengapa sekarang perasaan ini hadir dalam diri ini sedangkan dulu aku sering memaafkannya. Aku sering melupakan kesakitan itu kerana bagiku dia adalah insan yang pernah membahagiakanku.
Mungkin kerana kesakitan yang ditinggalkan sebagai kenangan untukku adalah melebihi segala-galanya. Sehinggakan sampai sekarang pun aku masih lagi menangis mengenangkan dirinya. Segala- galanya terlalu sakit bagiku. Sakit ini takkan berakhir. Takkan dan tak mungkin berakhir dan tak bisa disembuhkan.
Benar kata orang, ‘cintailah orang yang kau cintai sekadarnya belaka kelak dia akan menjadi seorang yang paling kamu benci dan bencilah orang yang kamu benci itu sekadarnya belaka kelak dia munkin menjadi orang yang paling kamu sayangi’. Same goes to me. Telalu mencinta hingga menimbulkan kebencian yang amat. Sampaikan muke dia pun aku tak leh tengok, nama dia pun aku tak nak dengar. Salah aku ke benci dia? Dia punca kebencian aku.
Salah aku jugak ke kalau aku gembira atas penderitaan dia sekarang? Salah aku ke kalau sekarang dia balasan? What you do, you get it back dear.
Untuk dia, maafkan aku kerana ada perasaan sebegini. Bukan ku minta. Yang penting sekarang aku bahagia dengan hidupku dan janganlah diganggu hidup ini lagi.. tq =)
No comments:
Post a Comment