Friday, May 28, 2010

Cinta Itu Ada Disini

Cinta tu ape? Ada ke orang dalam dunia ni tahu menghargai cinta? Orang kata cinta itu indah. Betul ke? Cinta boleh wat kita tersenyum. Cinta juga boleh wat kita menangis. Orang selalu kata hidup ini akan menjadi lebih indah jika dicinta. Tetapi seandainya diri dicinta dengan cinta palsu, bagaimana? Apa yang aku tahu, cinta itu anugerah yang esa. Suatu perasaan berkaitan hati yang frekuensinya berbeza, bergantung kepada individu. Cinta tak semestinya dimiliki. Cinta tak semestinya bersatu. Raj Aryan dalam filem Mohabbatien ada kata, cinta itu indah walaupun ia membawa sedikit kelukaan. Benar… cinta itu indah, dan terdapat sedikit kelukaan didalamnya. Urmm… tak… bukan sikit, mungkin banyak. Tapi walaupun terluka dengan banyak, tapi kita masih tetap merasakan keindahan. Aku pernah bahagia walaupun cintaku mengandungi banyak kelukaan. Orang kata cinta itu pengorbanan. Apa maksudnya? Ramai orang yang berkorban kerana cinta tetapi tetap tidak dihargai. Dalam cinta, ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri. Namun tak dinafikan, ramai juga yang sanggup berkorban apa saja untuk dicintai oleh pasangannya. Kata Amy Mastura sanggup bekorban apa saja, hilang kawan hilang keluarga. Tapi kadang kadang pengorbanan tidak pernah dipandang. Aku pernah terbaca satu bait kata ini “Tuhan memberikan kita 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan, 2 mata untuk melihat, 2 telinga untuk mendengar tetapi mengapa tuhan berikan kita sekeping hati? Jawapannya, kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi kepada orang lain untuk kita mencarinya”. Bunyinya sungguh romantik. Kita perlu mencari sekeping lagi hati untuk menjadikannya 2. tetapi, seandainya kita sudah menemui sekeping lagi hati itu, adakah sanggup pemiliknya memberikannya kepada kita? Dan sanggupkah kita meminta kesemua hatinya? Sebenarnya, kita bukan mencari sekeping lagi hati untuk kiata melangkapkannya manjadi dua seperti anggota kita yang lain, kita hanya berkongsi hati itu. Seperti teori Dative berkaitan dengan ikatan kimia di antara atom hidrogen untuk membentuk molekul. Dative bond adalah dimana kita memiliki satu elektron, dan perlu mencari satu lagi elektron untuk melengkapkan orbital dupletnya. Kedua dua electron ini tidak memberi atau menerima tetapi berkongsi untuk menjadikannya dua. Begitulah juga dengan cinta. Kita bukan memberi, bukan juga menerima kerana jika ada untuk memberi dan menerima, cinta ini akan jadi tempang kerana biasanya pemberi akan lebih banyak berkorban. Ya, berkorban itu baik tetapi jangan terlalu berkorban. Kata Sameer dalam filem Mohabbatien, cinta itu bukan kompromi. Ya, cinta bukan kompromi! Jangan sesekali cuba mengubah orng yang kamu cintai menjadi seseorang yang kamu sukai jika tidak, kamu bukanlah mencintai dirinya tetapi mencintai pantulan kehendak kamu. Maka, cinta itu adalah apabila kamu mencintai dirinya seadanya. Bukanlah apabila dia berkompromi merubah dirinya seperti yang kamu mahu. Kadang kala, Tuhan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang sebetulnya,oleh itu kita perlu menghargai kurniaan Tuhan itu. Sekurang kurangnya kita dapat memperbetulkan diri sebelum menemui orang yang benar supaya tiada kekecewaan lagi. Namun dasarnya, disebalik kekecewaan itu tersembunyi suatu hakikat yang terlalu indah. Sahabatku pernah berkata, cinta itu ada dijiwa, bukan pada harta, bukan pada mata. Hidup ini akan lebih bererti apabila kita dapat merasai kenikmatannya dan merasai kekecewaannya daripada melepaskan segalanya… ya, aku akui. Kerana kata pendita, cinta itu bisa datang dan pergi namun kenangan yang terpahat tak mungkin dilupakan sampai akhir hayat kerana kenangan adalah harta yang palig bernilai dalam hidup….

Thursday, May 27, 2010

U.M.M.I

Ummi,
Begitu tersentuh hatiku
Bila melihat
Betapa besarnya pengorbanan mu
Mendidik dan menjagaku
Sehingga kea lam ramaja ini

Ummi,
Tanpa seorang lelaki
Yang ku bergelar ayah disisiku
Engkau meredah tabah ranjau duri kehidupan
Membesarkan aku
Bersama bekalan ilmu didada
Sehingga menjangkau 14 tahun usiaku

Aduhai ummiku,
Terpahat kukuh diingatanku selamanya
Tentang jerit pekik pedih hatimu
Tentang keringatmu yang mengalir
Air matamu yang tumpah disejadah

Ummi
Jasamu padaku tidak ternilai
Segunung emas
Selautan berlian
Bukan tukarannya.

Ummi,
Sebuah doa yang kudus
Buat ummi tercinta
Semoga keringat dan air matamu
Yang tumpah itu berbalas jua….

Deq Jaa
Johan Deklamasi Puisi
Wilayah Gua Musang 2001
Wan Nur Hajar Bt Wan Mansor

Monday, May 24, 2010

A.K.U

Ingin aku jadi seorang pelukis,
Yang sentiasa mencurahkan rasa hati
Pada setiap corak lukisan,
Hidup penuh warna warni

Inginku jadi seorang peguam
Agar bisaku menegakkan keadilan
Didunia yang penuh penipuan

Inginku jadi seorang pujangga
Agar bisa aku menghiburkan seluruh isi alam
Membawa kegembiraan kepada si duka

Inginku jadi seorang penyair
Yang sentiasa memuja keindahan bumi
Mengidolakan yang kaku
Meninggikan martabat yang rendah

Namun hakikatnya
Diri ini adalah seorang aku
Dan aku adalah aku
Tiada aku melainkan aku
Aku tetap diriku
Diriku tetap aku.


DEQ JAA

Wednesday, May 12, 2010

B.A.Y.A.N.G.A.N


Hari ini, sebaik saja selesai menunaikan solat subuh, ada 1 bayangan yang menghantui kotak pemikiranku. Bayangan seseorang yang sudah kira kira 5 tahun aku lupakan. Bayangan itu datang kembali akhir akhir ini bersama seribu masalah kepada pemikiranku. Aku cukup terganggu dengan bayangan itu. Bayangan yang memberikan aku rasa sakit dan benci yang mendalam.

Apa yang aku tahu, bayangan itu kini bukanlah datang untuk memberikan aku kegembiraan lagi melainkan menambahkan rasa sakitku. Aku sesungguhnya tidak sudi melihat raut wajahnya yang sangat menyakitkan itu. Terasa perit. Apa yang ada pada pandanganku terhadapnya hanyalah kata-kata negatif. Orang kata, jika mengingati orang yang kitabenci, ingatlah pada kebaikannya nescaya kau akan lupa semua keburukannya.. namun, aku tak mampu melihat kebaikannya..

Orang yang sentiasa mencari masalah dan kemudia ghaib hilang meninggalkan masalah itu adalah orang yang pengecut.. dan bayang- bayang itu adalah tergolong dalam golongan yang pengecut itu.. Mencipta masalah dan kemudian lari.

Walaupun kehadiran bayang-bayang itu akhir-akhir ini agak mengganggu fikiranku, namun kubersyukur ku masih punya A. Teman yang sentiasa memberikan aku ketenangan tatkala kemarahan kepada bayang itu memuncak.. terima kasih A kerana sanggup bersamaku selama 7 tahun persahabatan kita...dan kepada bayang-bayang itu, sila jangan hadir dalam hidupku lagi, aku tak mahu melihatmu lagi..*wink*

Sunday, May 9, 2010

~Bahagia Itu Miliknya~



Lewat petang tadi kuterima 1 MMS dari 1 nombor yg tak dikenali.. MMS gambar 2 org kanak kanak.. seorng kanak kanak perempuan mungkin berusia 2 tahun dan seorng lagi bayi lelaki yg sedang meniarap.. hati berdetik.."siapa mereka?" kuteliti gambar itu.. makin ku remung semakin ligat otakku berfikir mencari petanda... gambar yang bertajuk Alya Izriena dan Adam Izquan itu ku belek belek lagi..gagal utkku kenalpasti siapa mereka..

Lantas kuhubungi nombor tersebut.. SMS ku berbalas.. rupa rupanya sahabatku sewaktu diploma dalam jurusan Kimia Perindustrian dulu... dan kanak kanak di dalam gambar tersebut adalah permata hatinya. sudah lama ku tidak mendengar khabar sahabatku ini, semenjak aku tamat diploma dulu. sudah beranak dua rupanya dia.

Sejenak kemudian kuselusuri semula jalan jalan kenangan silamku..dia dahulu kukenal sewaktu mula mula memasuki diploma. sewaktu itu masih merah inai di jarinya..seusia sehari perkahwinannya, dia terpaksa meninggalkan suami untuk berjuang menuntut ilmu.

Asam garam rumahtangga banyak menguji hidupnya. betapa tabahnya dirinya menempuh semua ujian itu disamping assignment dan report eksperimen yang melambak lambak. seringku lihat dirinya murung kerana masalah rumahtangga tetapi apa dayaku, tidak berani mencampuri urusan rumahtangga orang. aku masih mentah untuk memberi nasihat. melainkan kata kata semangat untuknya menempuh setiap detik sukar dalam hidupnya itu. sebagai seorang teman apa lagi mampu ku lakukan. tidak sanggup dibiarkan teman bersedih seorang diri. pernah disuarakan padaku untuk berhenti meneruskan langkah menuju kejayaan ini, namun berkat semangat yg aku serta rakan rakan yg lain berikan padanya. dia meneruskan perjuanagn yg belum selesai itu.

Sewaktu semester akhirku di sebuah ipta di pekan arau, dia memberitahuku berita gembira. dia telahpun mengandung. aku tersangatlah gembira disamping terkilan kerana tidak sempat untukku melihat keadaan perutnya apabila sarat. setelah kutinggalkan pekan arau, tiada berita darinya. nombor telefon sudah bertukar. akhir khabar kudengar dia sudahpun melahirkan seorang puteri, Alya Izriena. selepas itu angsung tiada khabar berita. telahku risik teman teman. tiada siapa pun yg tahu perihal dirinya lagi setelah masing masing membawa haluan masing masing.

Hari ini, kuterima beritanya. aku tumpang gembira. disamping MMS itu, 1 lagi MMS menyusul kemudian. gambarnya bersama suami dan anak anak. dia pun kedengaran gembira sekali. aku pun tumpang gembira. telah lengkap hidupnya kini, menjadi seorang ibu dan seorang isteri. setelah apa yg dilaluinya ini lah balasan yg Allah kurniakan untuknya. Alhamdulillah.. kebahagiaan itu akhirnya miliknya..

Dan aku, aku juga berharap aku juga mampu mengecapi kebahagiaan yg sama sepertinya. memiliki suami yang bertanggungjawab dan mampu membimbing aku dan anak anak ke jalan yg benar dan diredhai.. Ya Allah, jika telah kau tetapkan dia milikku, maka Kau dekatkanlah dia denganku. jika Kau telah takdirkan aku untuk tidak bersamanya, maka Kau jauhkanlah kami. sesungguhnya hanya Engkau yg tahu siapa yg terbaik untukku serta anak anak ku.. amin Ya Robbal Alamin...

Friday, May 7, 2010

kawan vs sahabat


K.A.W.A.N... hanya 5 alphabet yg memberi seribu makna.. samapi kini aku masih tertanya apakah itu kawan? ada sesiapa yang tahu apa itu kawan? sila angkat tangan.. berapa org saja didunia ini benar benar mengerti apa itu kawan?

kawan dan sahabat..
apakah 2 perkataan ini memberi pengertian yang sama atau berbeza pada pandangan mata anda? apa beznya? apa persamaannya? ada org kata dia kawan saya tapi bukan sahabat.. aku keliru dan tertanya sendiri.. apakah punya beza kawan dan sahabat?

lama aku tercari makna istilah ini...
semakin lama aku hidup didunia, semakin ku tonton lakonan manusia pelakon alam.. aku kian faham apa itu sahabat, apa itu kawan..

kawan..bg sesetengah org hanyalah "a lonely word".. perkataan tanpa maksud... sesiapa saje bisa jadi kawan...kawan bersuka ria.. nice to meet you, pastu jadi la kawan..lepak minum teh o 'beng' kat warung mamak.. window shopping time sale (window je sebab tak de duit)

tapi....aku tidak mencari itu didunia ini.. aku mencari seorang sahabat.. yg bersedia susah dan senang.. boleh menjadi contoh untuk ke jalan yang betul. boleh menegur salah dan silap aku. ada ketika ku memerlukan.. saling memberi dan menerima.. ada kah teman sebegitu didunia ini? ada.. mungkin tak ramai..jika anda ada teman sebegitu, sedarilah itulah sahabat.. dan hargailah dia selagi hayatnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...