Sunday, May 9, 2010

~Bahagia Itu Miliknya~



Lewat petang tadi kuterima 1 MMS dari 1 nombor yg tak dikenali.. MMS gambar 2 org kanak kanak.. seorng kanak kanak perempuan mungkin berusia 2 tahun dan seorng lagi bayi lelaki yg sedang meniarap.. hati berdetik.."siapa mereka?" kuteliti gambar itu.. makin ku remung semakin ligat otakku berfikir mencari petanda... gambar yang bertajuk Alya Izriena dan Adam Izquan itu ku belek belek lagi..gagal utkku kenalpasti siapa mereka..

Lantas kuhubungi nombor tersebut.. SMS ku berbalas.. rupa rupanya sahabatku sewaktu diploma dalam jurusan Kimia Perindustrian dulu... dan kanak kanak di dalam gambar tersebut adalah permata hatinya. sudah lama ku tidak mendengar khabar sahabatku ini, semenjak aku tamat diploma dulu. sudah beranak dua rupanya dia.

Sejenak kemudian kuselusuri semula jalan jalan kenangan silamku..dia dahulu kukenal sewaktu mula mula memasuki diploma. sewaktu itu masih merah inai di jarinya..seusia sehari perkahwinannya, dia terpaksa meninggalkan suami untuk berjuang menuntut ilmu.

Asam garam rumahtangga banyak menguji hidupnya. betapa tabahnya dirinya menempuh semua ujian itu disamping assignment dan report eksperimen yang melambak lambak. seringku lihat dirinya murung kerana masalah rumahtangga tetapi apa dayaku, tidak berani mencampuri urusan rumahtangga orang. aku masih mentah untuk memberi nasihat. melainkan kata kata semangat untuknya menempuh setiap detik sukar dalam hidupnya itu. sebagai seorang teman apa lagi mampu ku lakukan. tidak sanggup dibiarkan teman bersedih seorang diri. pernah disuarakan padaku untuk berhenti meneruskan langkah menuju kejayaan ini, namun berkat semangat yg aku serta rakan rakan yg lain berikan padanya. dia meneruskan perjuanagn yg belum selesai itu.

Sewaktu semester akhirku di sebuah ipta di pekan arau, dia memberitahuku berita gembira. dia telahpun mengandung. aku tersangatlah gembira disamping terkilan kerana tidak sempat untukku melihat keadaan perutnya apabila sarat. setelah kutinggalkan pekan arau, tiada berita darinya. nombor telefon sudah bertukar. akhir khabar kudengar dia sudahpun melahirkan seorang puteri, Alya Izriena. selepas itu angsung tiada khabar berita. telahku risik teman teman. tiada siapa pun yg tahu perihal dirinya lagi setelah masing masing membawa haluan masing masing.

Hari ini, kuterima beritanya. aku tumpang gembira. disamping MMS itu, 1 lagi MMS menyusul kemudian. gambarnya bersama suami dan anak anak. dia pun kedengaran gembira sekali. aku pun tumpang gembira. telah lengkap hidupnya kini, menjadi seorang ibu dan seorang isteri. setelah apa yg dilaluinya ini lah balasan yg Allah kurniakan untuknya. Alhamdulillah.. kebahagiaan itu akhirnya miliknya..

Dan aku, aku juga berharap aku juga mampu mengecapi kebahagiaan yg sama sepertinya. memiliki suami yang bertanggungjawab dan mampu membimbing aku dan anak anak ke jalan yg benar dan diredhai.. Ya Allah, jika telah kau tetapkan dia milikku, maka Kau dekatkanlah dia denganku. jika Kau telah takdirkan aku untuk tidak bersamanya, maka Kau jauhkanlah kami. sesungguhnya hanya Engkau yg tahu siapa yg terbaik untukku serta anak anak ku.. amin Ya Robbal Alamin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...