Friday, May 28, 2010
Cinta Itu Ada Disini
Posted by
pinkAlicious
Cinta tu ape? Ada ke orang dalam dunia ni tahu menghargai cinta? Orang kata cinta itu indah. Betul ke? Cinta boleh wat kita tersenyum. Cinta juga boleh wat kita menangis. Orang selalu kata hidup ini akan menjadi lebih indah jika dicinta. Tetapi seandainya diri dicinta dengan cinta palsu, bagaimana? Apa yang aku tahu, cinta itu anugerah yang esa. Suatu perasaan berkaitan hati yang frekuensinya berbeza, bergantung kepada individu. Cinta tak semestinya dimiliki. Cinta tak semestinya bersatu. Raj Aryan dalam filem Mohabbatien ada kata, cinta itu indah walaupun ia membawa sedikit kelukaan. Benar… cinta itu indah, dan terdapat sedikit kelukaan didalamnya. Urmm… tak… bukan sikit, mungkin banyak. Tapi walaupun terluka dengan banyak, tapi kita masih tetap merasakan keindahan. Aku pernah bahagia walaupun cintaku mengandungi banyak kelukaan. Orang kata cinta itu pengorbanan. Apa maksudnya? Ramai orang yang berkorban kerana cinta tetapi tetap tidak dihargai. Dalam cinta, ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri. Namun tak dinafikan, ramai juga yang sanggup berkorban apa saja untuk dicintai oleh pasangannya. Kata Amy Mastura sanggup bekorban apa saja, hilang kawan hilang keluarga. Tapi kadang kadang pengorbanan tidak pernah dipandang. Aku pernah terbaca satu bait kata ini “Tuhan memberikan kita 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan, 2 mata untuk melihat, 2 telinga untuk mendengar tetapi mengapa tuhan berikan kita sekeping hati? Jawapannya, kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi kepada orang lain untuk kita mencarinya”. Bunyinya sungguh romantik. Kita perlu mencari sekeping lagi hati untuk menjadikannya 2. tetapi, seandainya kita sudah menemui sekeping lagi hati itu, adakah sanggup pemiliknya memberikannya kepada kita? Dan sanggupkah kita meminta kesemua hatinya? Sebenarnya, kita bukan mencari sekeping lagi hati untuk kiata melangkapkannya manjadi dua seperti anggota kita yang lain, kita hanya berkongsi hati itu. Seperti teori Dative berkaitan dengan ikatan kimia di antara atom hidrogen untuk membentuk molekul. Dative bond adalah dimana kita memiliki satu elektron, dan perlu mencari satu lagi elektron untuk melengkapkan orbital dupletnya. Kedua dua electron ini tidak memberi atau menerima tetapi berkongsi untuk menjadikannya dua. Begitulah juga dengan cinta. Kita bukan memberi, bukan juga menerima kerana jika ada untuk memberi dan menerima, cinta ini akan jadi tempang kerana biasanya pemberi akan lebih banyak berkorban. Ya, berkorban itu baik tetapi jangan terlalu berkorban. Kata Sameer dalam filem Mohabbatien, cinta itu bukan kompromi. Ya, cinta bukan kompromi! Jangan sesekali cuba mengubah orng yang kamu cintai menjadi seseorang yang kamu sukai jika tidak, kamu bukanlah mencintai dirinya tetapi mencintai pantulan kehendak kamu. Maka, cinta itu adalah apabila kamu mencintai dirinya seadanya. Bukanlah apabila dia berkompromi merubah dirinya seperti yang kamu mahu. Kadang kala, Tuhan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang sebetulnya,oleh itu kita perlu menghargai kurniaan Tuhan itu. Sekurang kurangnya kita dapat memperbetulkan diri sebelum menemui orang yang benar supaya tiada kekecewaan lagi. Namun dasarnya, disebalik kekecewaan itu tersembunyi suatu hakikat yang terlalu indah. Sahabatku pernah berkata, cinta itu ada dijiwa, bukan pada harta, bukan pada mata. Hidup ini akan lebih bererti apabila kita dapat merasai kenikmatannya dan merasai kekecewaannya daripada melepaskan segalanya… ya, aku akui. Kerana kata pendita, cinta itu bisa datang dan pergi namun kenangan yang terpahat tak mungkin dilupakan sampai akhir hayat kerana kenangan adalah harta yang palig bernilai dalam hidup….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment