Kehidupan,
Apa itu erti sebenar sebuah kehidupan?
Aku sampai sekarang masih tidak tahu apa makna kehidupan
Hidup ini terlalu rumit untuk diperkatakan
Sangat dan terlalu rumit untuk ditafsirkan
apatah lagi difahami
Kehidupan adalah untuk dilalui bukan untuk difahami
Kadang-kadang kita lakukan sesuatu bukan untuk mengharap balasan semata
Namun di suatu ketika,
kita akan sedar bahawa hakikatnya kita mendambakan balasan
Diatas apa yg telah kita lakukan
walaupun hanya sekelumit.
kadang-kadang balasan itu tidak semestnya setimpal
tapi hanya untuk dihargai,
Namun, fahamkah mereka akan dambaan ini?
Dan apakah yang perlu kita perkatakan?
Biarkanlah.....
No comments:
Post a Comment