Thursday, May 26, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara

Salam..

Pernah denga nama ni x? Femes ni die skang. Femes di jalan yg salah. Sy ade pernah melihat facebooknya. Agak menaikkan kemarahan. Sebagai umat Islam, sememangnya kita akan melenting n ade perasaan marah apabila Islam di hina sedemikian rupa.

Gambar2 yg di upload sangat kurang ajar. Pelbagai gambar yang tidak sepatutnya ditonjolkan. Contohnya meletakkan B**i di atas Kaabah, gambar Lady Gaga berposing maut huga diedit dan diletakkan di atas Kaabah. Perkataan Allah s.w.t pada b**i. Dan sebagainya. Allah s.w.t dikatakan b**i. dan macam2 lagi yg bisa menaikkan kemarahan orang Islam yang membacanya.

Pada pandangan saya, Makcik Hajjah Sitt Al wuzara ni bukanlah seorang Islam. Seandainya dia adalah seorang Islam yang berpaling tadah kepada Islam, mereka pasti bukan begini. Cara mereka berbeza. Dia pada pandangan saya adalah seorang penyamar yg menggunakan nama seornag Islam untuk menutup identiti. Caranya boleh dikatakan tidak cerdik. Kita boleh nilai caranya utk mengesan identitinya. Ada muslihat disebalik segalanya. Bagi saya dia adalah seorang yang penakut atau lebih kasar dikatakan bachul. Jika berani, dia akan upload gambarnya sekali untuk membuktikan dia pernah menjadi seorang Islam. Tetapi tidak. Tiada satupun gambarnya ditunjukkan melainkan gamabr2 edit yang boleh menaikkan kemarahan orang2 Islam.

Dan saya tidak rasa dia adalah seorang 'Makcik'. Pandai pulak makcik ber'adobe photoshop' kan? Mak saya pun stkat pgg laptop men fesbuk pandai la. Saya rasa dia sebenarnya orang muda...

Dan pendapat saya disokong oleh awan-antasia.blogspot.com. Kata beliau, ada beberapa faktor yang buatkan 'makcik' tu wat camni lebih kurang camni laaa:
1/ Jika dia ISLAM: dia murtad mungkin sebab die pernah di uji oleh Allah s.w.t dan xdapat nk terima
2/ Jika dia KAFIR: dia hanya nk naikkan kemaahan orang Islam semata2 atau
3/ Dia adalah seorang yg dahagakan publisiti murahan....

Hanya Allah s.w.t yang mengetahui segala2nya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...