Thursday, February 23, 2012

Study, Tusyen, Online bisnes

Salam...
Fuh lama betul xupdate blog. Tersangat bizi mencari sesuap nasi di perantauan orang sekarang membataskan waktu berblogging. Tidak seperti dulu ketika masih di ijazah sarjana muda (ayat nk skema).

Pelbagai dugaan mendatang dalam kehidupanku sejak lewat ini. Namun, benar kata orang Allah s.w.t menguji kita kerana Dia sygkan kita, dia mahu kita dekat denganNya, sentiasa mengadu padaNya, sentiasa merayu dan merintih kasih dan simpatiNya.

Dugaan yg mendatang itu banyak mematangkan diriku, menjadikan aku lebih tabah dan meyakini bahawa sesuatu yg lebih bernilai menantiku di hari esok.

Saat ini aku masih bergelut menyiapkan projek utk masterku. Dan dalam masa yang sama aku juga mengajar kelas tambahan dan kelas persendirian. Dan yang terbaru, aku telah terlibat dengan bisnes yang aku bina sendiri. Selama sebulan lebih aku cuba menyemai benih, kini aku lihat hasilnya. Dan semalam 22/2/2012 bersamaan 29Rabiulawal 1433, aku telah merasmikan page bisnes aku di facebook. Website pula belum aku develop kerana menunggu 'sahabatku' buatkan.

Kepada pembaca sekalian (macam la rmai sgt bace blog aku), moh le singgah ke page aku VANILLA WHITE ONLINESHOPPE dan usyar2 produk aku. Selamat membeli belah!

Wednesday, February 8, 2012

MONOLOG: Diri dan masa depan


Rasa takut menghadapi masa depan,
Kerana diri sering dihimpit,
Dihimpit kiri dan kanan,
Seolah-olah berjalan di lorong nan sempit yang kegelapan,
Mencari sinar di hujungnya,
Namun tidak diketahui sinar bahagia mahupun derita..

25 - New age, new days, new spirit...

Salam Maulidurrasul..

First of all thanks kepada semua yg wish birthdayku. Amin atas semua doa yang kalian panjatkan. Semoga doa kalian semua dimakbulkan olehNya. Amin..

Nothing much to say but maybe 25th adalah tahun permulaan dewasa untukku. Perlu menjadi sedikit matang, sedikit tabah dan sedikit rasional.

Menjadi aku tidaklah semudah yang dipandang mata. Terlalu banyak yang perlu ditelan berbanding terluah. Lebih banyak yang perlu disimpan berbanding dibiar terbuka.

Aku bersyukur di berikan peluang meminjam oksigen kepunyaanNya untuk bernafas selama suku abad lamanya. Aku bersyukur diberi pinjam air untuk diminum. Aku bersyukur masih punya pakaian untuk dipakai, makanan untuk dimakan sehingga badan segemuk ini. Dan aku bersyukur kerana masih ada yang menyayangi diri ini.

Banyak perkara yang berlaku lewat tirai semalam memberi aku banyak kenangan dan pengajaran. Ada yang kita mahukan tetapi tidak tercapai. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Ada benda yang terlepas dari pandangan namun ada juga yang kugenggam erat.

Terima kasih umi ku, dengan kesabaranmu aku masih lagi disini walaupun belum pernah aku menyuapmu dengan rezeki dari titik peluhku walaupun sewajarnya di usia ini aku sepatutnya berbuat demikian. Namun aku masih lagi hanyut dengan buku dan ilmu yang kudahagakan tidak sudah-sudah.

Terima kasih saudara-saudaraku dan juga teman-temanku yang tidak pernah lupa hari lahirku.

Terima kasih sahabatku kerana bersusah payah untuk bersamaku di ulangtahun kelahiranku. Dirimu melengkapkan hidupku. Maafkan aku kerana sering ragu dengan keikhlasan dirimu.

Terima kasih segalanya. 25th is a new day with a new age, spirit and hope. 2012, please give me something to remember ;)

Wednesday, February 1, 2012

Behind every...

Behind every ‘I’m fine’,
there’s something wrong,
Behind every ‘It’s ok’,
there’s a sense of belonging,
Behind every silence,
there’s doubt,
Behind every lie,
there’s pain,
Behind every ‘I love you’,
there’s something that you want,
Behind every word you say,
there’s anger rising,
Sometimes you have to accept
what you get,
because you can’t change
what’s meant to be,
so just put a big smile on your face
and pretend there’s no pain at all
or it will just hurt more

by: preveena

Friday, January 6, 2012

kanser serviks pembunuh no 2 wanita

Salam..

Sebelum ni aku ade share info berkaitan barah payudara,pembunuh utama wanita di Malaysia setakat ini. Hari ni aku berminat ntuk berkongsi tentang pembunuh kedua wanita pula iaitu barah pangkal rahim a.k.a kanser serviks.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita. Lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari. Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin.

Apa itu kanser serviks?
Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.



Sebab apa ia terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.

Gejala?
Pendarahan semasa bersama
Pendarahan ditengah bulan
Pendarahan selepas menopos
Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
Sakit semasa seks

Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?

  1. Ujian Pap
    Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
  2. Ujian HPV
    Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
  3. Colposcopy
    Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
  4. Rawatan
    Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.


Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.

Merindu ruang

Bolehkah kita bercakap
sejujur suara,
bertanya: Ke mana semua
unggas dan rerama
yang damai menghuni
taman yang indah ini?

Masihkah merbuk berdakap
semerdu suara
menghantar khabar merdeka
dari insan waja
meluhuri azam
di ruang bebas ini?

Kita, suara tulus itu,
baris insan padu
merindu ruang yang syahdu,
aksi juga kata,
sejernih irama
merdu di taman ini!

Berdiri kita setegap,
bergerak sederap,
meragut cengkaman kawat
cekau berduri,
dan kita berdiri
nyanyikan demokrasi!

Ada sang perubah permainan;
kami perubah kekuasaan.
Inilah tekad generasi baru,
akarnya keadilan syahdu.

Bangsar Utama, A. SAMAD SAID
3 Dis, 2011.

Wednesday, January 4, 2012

Welcome 2012~


Salam Safar..
Salam Rabu..
Salam Satu Malaysia..
Salam 2012...

preeeeeetttt.... kabooommmmm.....
preeeeeetttt.... kabooommmmm.....
preeeeeetttt.... kabooommmmm.....


Sedar x sedar dah pon 2012. Memang xsedar pun.. Disember aku agak bizi sket. Year End momentum bak kate my supervisor kan.. tu menyebabkan diri ini sudah lama tidak menghapdet belog usang ni..

Looking backward 2011. Nothing much happen to me in this year. i mean happen is something that i can remember most. Not much. Kehidupan yang biasa. Kejayaan?? emmm... 2011 aku berjaya menghabiskan Ijazah Sarjana Muda (Kep.) Kimia. dan sudahpun konvokesyen dan sekeping ijazah (kini sudah tidak bergulung) sudahpun ada di tangan. Masih belum berkerja sepenuh masa, hanya bekerja separuh masa sebagai guru tusyen dan tutor di beberapa buah pusat tusyen. Walaupun sudah menamatkan ijazah sarjana muda, namun masih bergelar seorang pelajar kini. Membuat penyelidikan dalam bidang pharmaceutics sepenuh masa yang mana kadang kala membuat perasaan berkecamuk memikirkan masa depan. Nothing much kot.

Yes, nothing much happen to me BUT many things happen to my frens! oo..gosh! mybe started by Azreen on July, then Ej, followed by Lynn, Suriati, Matshah, Ijat, Dee, Maziah, Rina and many more.... THEY ALL MARRIED and ENGAGED!!!! Tapi aku cool je, xjeles pun (dalam hati tergugat sehh). Alhamdulillah jodoh semua awal. Aku gembira. Aku juga pasti akan merasa semua tu cuma maybe it takes more time.. *positif nihh*

Azam tahun ni? errrmmm... ape ye? jap2.. azam tahun lepas ape?? hehehe.. aku bukan jenis yg ade azam untuk new year pun. Azam aku sentiasa ada bila-bila masa dan di mana jua. Namun untuk tahun ni aku sangat sangat lah mengharapkan sesuatu. Sesuatu yang aku mahu dan nak sangat sekarang.. Melupakan perkataan ini :


Yes!! I really mean it. I am so desperate to forget this words and attitude in order to finish my research as soon as possible!! And i really hope by the end of 2012, i may finish my research even it sounds impossible... Please please.. i wish i wish. Bibbidi bobbidi boo!! *merapu saja*

BTW, i m glad to welcome to 2012... hope something will happen to me this year to change my life again and again ;)


Friday, December 16, 2011

Apa benar.....

apa benar jika jiwa terguris
hati juga akan turut menangis
apa benar jika jiwa terluka
hidup juga akan turut menderita...

apa benar dalam persahabatan
akan terselit juga kejahatan
walau sekecil alam.

langsung tidak tersedar
mungkin juga aku lalai
masa berlalu
hati juga tidak mahu...

terluka dengan kata hati
mungkin jua buat aku mencaci

by: my pren FARRIS

Chemist berjiwa sastera...

Salam...

Minggu lalu, aku pulang ke kampung halaman. Lalu aku menyelongkar semua khazanah-khazanah lama dan........ terjumpa fail karya tulisan aku dahulu.

Dan aku baca sehelai demi sehelai... tiba-tiba terdetik di hati
"wah! aku ke yang tulis ni dulu? Hebatnya!"
Walaupun karya-karya itu hanyalah di kertas-kertas kotor, malahan ada di antaranya ada contengan-contengan pengiraan add math, formula-formula kimia dan fizik namun hasilnya sangat menakjubkan.


Menakjubkan maksud aku adalah menakjubkan jika dibandingkan dengan hasil karya aku sekarang. Mungkin kerana jiwa sastera aku sudah tumpul sebab terlalu banyak bace buku or journal berunsur sains kot.

Ya, aku akui zaman sekolah dahulu aku memang selalu baca buku bergenre sastera, makanya hasil tulisan aku lebih menakjubkan berbanding sekarang...

Makanya, aku harus mencari buku-buku puisi klasik untuk dibaca agar jiwa sastera yang sentiasa memberi aku kepuasan itu tidak menjadi semakin tumpul....

Dan akulah chemist or bakal pharmaceutist yang berjiwa sastera

Thursday, December 15, 2011

Speechless


Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cintaku dapat

Jangan Sentuh


Jangan sentuh hatiku
Jika kau berniat menghancurkan
Jangan sentuh jiwaku
Jika kau berniat mengecewakan
Jangan sentuh cintaku
jika kau berniat mempermainkan





Wednesday, December 14, 2011

Weight per Volume

Salam..
Hari ni nak wat entry ilmiah sket. Kenapa?? Sebab tadi nak jumpe Sifu nak tunjuk calculation, tertibe diri menjadi konfius, weight kite measure in gram tapi camane ngan volume? mL ke L? ke kne pkai PPM??. Makanya Encik Google telah menolongku. Dan dengan itu aku rase berminat nak share sket info ni khas untuk chemist yang pelupa cam aku ni. How to calculate percent for weight per volume...

First of all, what is weight per volume itself??
Percent weight per volume is defined as the grams of solute in 100 milliliters of solution. The calculation provides information about the concentration of the solution. A percentage expresses the number of parts of a particular substance per 100 total parts. The solute is a substance present in the solution in an amount less than that of the solvent. This calculation is most useful when the solute is a solid while the overall solution is a liquid.

How to calculate??
  • 1 - Start with the amount of solute you know to be present in the solution, expressed in grams.

  • 2 - Determine the total volume in milliliters of the solution.
  • 3 - Divide the grams of solute by milliliters of solution (result of Step 1 divided by result of Step 2).
  • 4 - Multiply the resulting number (of Step 3) by 100 to get the percent weight per volume.
  • **
    Percent weight per volume should always be calculated using grams for the solute and milliliters for the solution. Be sure to convert to these units if they are not already in use.

    And, how to covert from percent to molarity??

  • 1

    Write down the chemical formula for the compound in your solution. This formula will specify the elements in the compound and how many atoms of each element are in a molecule of that compound. If you had a salt solution, for example, you would write out the chemical formula for sodium chloride; NaCl.

  • 2

    Look up the atomic weight for each element in the chemical formula. You can find these weights on a standard periodic table of the elements. In the case of the example, the atomic weight of sodium (Na) is 22.99 and that of chlorine (Cl) is 35.45.

  • 3

    Multiply each element's atomic weight by the number of atoms of that element per molecule of compound. Add together all the products of those multiplications. The value you obtain will be the gram molecular weight of that chemical, in units of grams per mole. For NaCl, there is only one sodium atom and one chlorine atom per molecule, so you would calculate:

    (1)(22.99) + (1)(35.45) = 58.44 grams per mole.

  • 4

    Multiply the value of percent concentration by 10. Since percent weight per volume is grams chemical per 100 milliliters solution, this calculation gives the grams of chemical in each liter of solution -- because there are 1,000 ml in a liter. If a solution of NaCl is 12 percent, you would multiply that value by 10 to determine there are 120 g of NaCl per liter.

  • 5

    Divide the value of grams you just calculated by the gram molecular weight of the chemical. This calculation provides the number of moles of chemical per liter of solution, which is the definition of molarity; at this point you have converted the original percent concentration into molarity. In the case of the NaCl solution, 120 g divided by 58.44 g per mole gives a molarity of 2.05.

    **Make sure your percent concentration is a percent weight per volume, since there are other types of percent concentrations.

    source: ehow
  • simple rite?? hehehe... enjoy your calculating!

    Tuesday, December 6, 2011

    SAGA is not SAGA

    Salam Ukhwah...


    Yang kurik tu kundi,
    Yang merah saga...

    SAGA.....
    Anda kenal apa itu saga? Oh mai!! i miss my childhood when i'm talking about saga. Saga atau nama saintifiknya Adenanthera Pavonina adalah seperti gambar di atas.. Merah bukan? Dulu depan rumah aku ada sepohon saga yang sangat besar dan aku selalu kutip buah saga untuk main masak-masak zaman kanak-kanak dulu.


    This how buah saga yang still dalam 'kelongsong'nya looks like.. Tapi hari ni aku bukan nak cakap pasal saga merah menyala ni....
    .
    .
    .
    .
    .

    Aku nak cakap pasal saga yang ni:






    Seriusly aku suka kereta keluaran proton ni. Nampak smart dan elegan. Aku suh umi aku beli yang ni die tanak. Kalo xsilap aku Proton Saga ni dikeluarkan pada tahun 2010 kot bermula dengan SAGA BLM dan kemudian di upgrade dengan wajah yang agak garang sedikit menjadi SAGA FLX



    Persoalan aku nak nyatakan di sini, kenapa Proton nak namakan kedua-dua kereta ni sebagai SAGA? Aku agak tidak bersetuju lah apabila SAGA ini dinamakan sebagai SAGA namun aku tade ape-ape hak mahupun share dalam syarikat Proton yang membolehkan aku menunjukkan ketidaksetujuan aku dengan penamaaan kereta ini sebagai SAGA.

    Kenapa aku tak setuju?
    .
    .
    .
    .
    .

    Ok, bagi aku SAGA adalah satu nama yang sangat gah. Sangat membanggakan. SAGA lah yang membawa nama Malaysia ke perindustrian automobil. Masihkah anda ingat pada tahun 1985? Kereta pertama Malaysia?

    Masih ingat kereta ini? SAGA ini sudah tiada di jalanan. Sudah kehilangan jejak. Hanya yang tinggal adalah satu nama iaitu SAGA. Namun namanya sudah di gantikan dengan model pacuan yang lain. Yang totally different.

    Aku hanya kasihankan anak-anak pada masa akan datang. Yang tidak pernah mengenali SAGA sebenar. Mereka pasti akan terkeliru nanti apabila belajar matapelajaran sejarah yang menyatakan SAGA adalah kereta pertama Malaysia dan sudah pasti mereka dibayangi dengan SAGA zaman sekarang (BLM or FLX).

    Penamaan SAGA terhadap kereta baru ini bagi aku seolah-olah menguburkan sendiri identiti pacuan pertama Malaysia. Namun aku tetap sukakan FLX ni. Smart dan elegan. Dalam masa yang sama aku sedih kehilangan SAGA yang sebenar...

    p/s: patriotik pula rasanya ;)
    walaupun begitu aku tidak pernah mengimpikan untuk memiliki kereta sepanjang ini, cukuplah kereta yang kementot kecik molek seperti diriku sendiri ;D

    Monday, December 5, 2011

    segalanya berantai.. fikir dulu sebelum share ;)

    Salam malam nan indah..

    Ketika ini aku masih di lab tercinta menghadap jurnal serta instrument yang masih belum berhenti berfungsi mengeluarkan produk yang aku ingini. Alangkah indah juga dapat baring-baringan di tilam empuk di rumah.. ohhh syahdunya...

    ok2 back to the entry..

    Semalam dan semalam yang lepas juga malam semalam yang semalam lepas aku asyik duk terima mesej pasal pengharaman pepsi je. Ada darah HIV la ape la... pening otak eden mikiornye...

    Dalam pada tu sebelum aku menerima sms2 tersebut aku sudahpun membaca akhbar yang menyiarkan berita tentang hal ini. ok, kira aku ringkaskan berita adanya HIV dalam minuman pepsi dan seangkatan dengannya adalah tidak benar sama sekali.

    Lantas aku teringat kisah aku ketika sekolah dahulu pernah menerima satu surat berantai.. ayat akhir surat tu kira bunyi camni la
    "sebarkan kepada kaum muslimin dan muslimat jika anda menyayangi mereka".
    Lalu apa aku lakukan? aku bawak surat tu p sekolah bagi kat sorang cikgu yang sangat aku percayai. Kemudian aku lupakan kewujudan surat itu. Semudah 1,2,dan 3.

    Sekarang teknologi sudah canggih, tiada lagi surat menyurat namun ada facebook. Namun kecanggihan teknologi ini kadang2 digunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertangungjawab dimana status berantai sekali lagi digunakan. Jika anda semua perasan banyak status-status yang di copy and paste ke wall yang ayat terakhirnya persis ayat di atas yang aku nyatakan tadi. Ini salah, itu salah, ada yang memasukkan hadis sedangkan hadis bukan dari sumber yang sahih, itu haram, ini haram, itu ada sumber khinzir ini, ada sumber arak.

    Aku akui, kita semua sayangkan kawan-kawan, saudara-mara, teman-teman rapat juga saudara seIslam, maka apa jua info yang boleh menyelamatkan rakan-rakan daripada sebarang musibah akan kita kongsi. Ini adalah sikap yang betul. Namun, perkongsian meng'khinzir' buta kan boleh merosakkan malahan boleh mendatangkan fitnah dan keruntuhan kepada perniagaan seseorang. Ini salah. Mereka yang berpendidikan mungkin akan berfikir dua tiga kali tentang perkara yang anda share itu, tapi bagaimana mereka yang tidak berpelajaran? Mereka akan percaya dengn membuta tuli kan? Oleh yang demikian, sebelum berkongsi apa-apa info, apa kata selidiki dahulu. Jangan mudah percaya.

    Akhir kata, fikir dahulu sebelum SHARE...;)

    Tuesday, November 29, 2011

    MONOLOG: Akal Dan Hati

    Berbaring menghadap langit. Melihat beburung berterbangan di media pergerakannya. Lalu akal dan hati bermonolog sesama sendiri

    AKAL: Wahai HATI, mengapa engkau seringkali meninggalkan aku? Mengapa seringkali engkau pergi jauh dariku?

    HATI: Entahlah AKAL, aku terkadang pentingkan diri. Seringkali aku menurut kataku.

    AKAL: Apa mahumu lagi?

    HATI: Aku juga tidak mengerti apa mahuku. Aku juga tidak tahu apa inginku. Aku juga tidak pati apa hendakku. Seperti ada yang tidak kena. Seperti ada yang tidak lengkap

    AKAL: Mengapa engkau sering membiarkan aku sendiri? Bukankah kita harus bersatu?

    HATI: Benar, namun rasa ini tidak dapat di tepis wahai AKAL

    AKAL: Mereka sering berkata, pandangan aku selalu terkeliru manakala pandanganmu itu yang hakiki. Maka, aku perlukanmu wahai HATI. Aku perlukanmu untuk tuan kita membuat suatu perhitungan. Tanpamu aku pincang.

    HATI: Sahabatku AKAL, doakanlah aku supaya berubah, tidak terlalu rapuh tatkala diri diuji, tidak terlalu pentingkan diri dan sentiasa bersamamu.

    AKAL: Terima kasih HATIKU

    Lalu aku bangkit. Kembali berjalan dengan kepala tertunduk ke tanah..

    Friday, November 25, 2011

    14 Signs of Your Soulmate


    14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind...


    13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago...


    12. You read their texts over and over again...

    11. You walk really slow when you're with them...


    10. You feel shy whenever you're with them...


    9. When you think about them, your heart beats faster and faster...


    8. You smile when you hear their voice...


    7. When you look at them, you can't see the other people around you... all you see is him/her...


    6. You start listening to slow songs, while thinking of them...


    5. They become all you think about...


    4. You get high just from their scent and closeness...


    3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them...


    2. You would do anything for them...


    1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.....

    Kekalahan kerana dendam??

    Salam...
    Pagi ini aku terbaca satu entry di suatu blog...
    ternyata ada juga orang Indonesia yang bersikap optimis terhadap Malaysia. Yelah, jgn kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Orang Indonesia pun ada yg baiknya...
    jom layan entrynya dan komen2nya juga positif....Salam Serumpun ;)

    Sepulang dari kantor kemarin, saya menyaksikan suatu fenomena yang luar biasa, trotoar-trotoar jalan penuh oleh kendaraan bermotor yang diparkir. Si empunya motor asyik nglesot di lesehan pinggir jalan yang dipasang layar tancap. Cafe-cafe penuh dan jalanan lenggang, Garuda muda akan melawan Harimau Malaya. Pertandingan sarat emosi, dendam kesumat dan kebencian. Teriakan-teriakan Malingsia dan Ganyang Malaysia bergema. Warna merah mendominasi pandangan mata, di udara sangat terasa hawa keoptimisan bercampur kebencian pada negeri Jiran. Inilah final impian dimana mayoritas masyarakat Indonesia sangat ingin melihat pasukan Garuda Muda menjungkalkan Harimau Malaya.

    Pertandingan pun berlangsung, decak kagum bergumam melihat kecepatan para pemain garuda muda khususnya para pemain-pemain dari pulau Papua. Dan gol cepat pun terjadi, suasana menjadi riuh rendah, teriakan gol bergaung, rasa puas merasuk ke jiwa penonton. Lalu penantian gol kedua pun bergelora, detik demi detik, menit demi menit tapi gol kedua yang ditunggu tak kunjung datang, malah pasukan Harimau Malaysia mampu menyamakan kedudukan. Serangan dari tuan rumah tak berhenti, umpatan dan cacian silih berganti menemani pertandingan. Wasit, hakim garis, pemain, pelatih lawan tak lepas dari hinaan dan umpatan. Hingga beberapa gol yang diciptakan tak mendapat pengesahan makin tinggi tensi permainan makin gemes penonton. Pertandingan normal berakhir, perpanjangan waktu, dan akhirnya adu Tos-tos an dilakukan. Disinilah mental diuji dan Garuda Muda terbukti belum mampu menunjukkan mental juara. Malaysia pulang ke kandang mereka dengan kepala tegak, kalungan medali Sea Games yang dirindukan oleh warga Indonesia selama 20 tahun dibawa ke Kuala Lumpur.

    Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.

    Oleh karena itu marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”. (22/11/11)


    Thursday, November 24, 2011

    mitos kanser payudara

    Salam...
    Aku tahu entry ini agak sensitif dan juga malu-malu. Tapi as a women i'm very glad to share some info bout diz. Guys can read it also bcoz sekeliling anda juga ada wanita bukan? Ibu, kakak-kakak, adik-adik, girlfren, tunang, isteri mahupun anak-anak.

    Here ada 6 mitos about breast cancer yg aku nak share..

    1. Penggunaan agen antipeluh mengakibatkan kanser payudara
    • Fakta: Tiada bukti menunjukkan bahawa bahan aktif dalam agen antipeluh atau mengurangkan perpeluhan di bawah ketiak mempengaruhi risiko kanser payudara. Hubungan antara kanser payudara dan agen anti peluh adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat mengenai anatomi dan kanser payudara.

    2. Semua benjolan adalah kanser
    • Fakta: Secara umumnya, 80% benjolan adalah tidak merbahaya (bukan kanser) dalam payudara terutama di dalam golongan wanita muda di bawah 35 tahun. Akan tetapi risiko kanser ini akan meningkat dengan bertambahnya usia.

    3. Semakin besar ukuran payudara, semakin tinggi risiko
    • Fakta: Jumlah tisu payudara seseorang wanita tidak mempengaruhi risiko pertumbuhan kanser payudaranya. Saiz payudara bukan faktor risiko yang signifikan bagi kanser payudara.

    4. Mammogram menyebabkan kanser
    • Fakta: Mammogram adalah prosedur yang selamat serta melibatkan radiasi yang sangat minimum untuk mewujudkan imej payudara yang jelas. Sistem mamografi diperakui selamat, dikawal ketat dan pengggunaan dos radiasi yang rendah.

    5. Keguguran cetusan menyebabkan kanser payudara.
    • Fakta: Beberapa kajian memberikan data yang kuat bahawa sama ada keguguran cetusan atau spontan tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan terhadap risiko kanser payudara.

    6. Implan payudara menyebabkan kanser
    • Fakta: Beberapa kajian mendapati implan payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, walaupun implan payudara silikon boleh menyebabkan pembentukan parut yang tidak berbahaya pada payudara.




    Kanser payudara adalah kanser nombor 1 yang paling ditakuti wanita selain kanser serviks. Oleh yang demikian, wanita perlu mengetahui cara menjaga kesihatan payudara selain dari mengamalkan pemakaian bra atau coli yang sesuai.

    p/s: cegahlah sebelum terlambat. Go against breast cancer!
    info credit to: SAYANGI PAYUDARA ANDA

    Tuesday, November 22, 2011

    Auuummmm~

    Salam 1 Malaysia..
    Salam Harimau Muda.. AUUUMMMMM…
    Okeh, arini 22hb yg sangat ceria untuk aku. AUUUMM again. Harimau mengaum kedengaran sehingga ke Malaysia. Yes, aku gembira untuk kemenangan team Malaysia kat Sea Games-26 menewaskan Garuda.

    Tapi aku lebih-lebih gembira apabila lebih 100ribu penyokong Negara tersebut terdiam, terkaku dan terkesima dengan pandangan yang teramat kecewa. Memang agak ‘kejam’ bunyinya kan? Aku tersangat gembira kerana para penyokong Garuda akhirnya terpaksa menelan kembali segala cemuhan, kutukan, penghinaan terhadap Malaysia. Apa rasanya wahai para pengkritik yang tidak professional? Pedih bukan? Sepedih itulah kami penyokong Harimau menelan segala kutukan kamu di media. Moral of the story, watch your words. ‘Kita kan serumpun’…

    Apepun tahniah kepada semua atlet-atlet bolasepak Malaysia. Terutama kepada encik Kapten Badrool Bakhtiar dengan goal penalty terakhir iaitu gol penentuan. Tahniah!! Dan kepada semua barisan pertahanan Harimau yang sangat kental walaupun cara permainan pihak lawan sangat hebat bagi aku.
    Tak lupa kepada semua atlet-atlet yang Berjaya mengharumkan nama Malaysia di Sea Games Indonesia. Atlet renang berirama yg menyapu bersih 5 emas, atlet berbasikal dan kesemua sekali. Walaupun kita berada di tangga ke 4 sekarang namun bagi Negara sekecil kita, itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

    Teruskan usaha dan sekalung SYABAS! Nantikan esok Harimau bertemu Syria.. Good luck!! AUMMMMM….

    Friday, November 11, 2011

    Aku maafkan kamu


    Ada teratak di hujung kampung
    Bawah cermin kopak ada kotak
    Tersembunyi dalamnya ada tempurung
    Sembunyi bawahnya katak melalak..


    Aku maafkan kamu
    Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu
    Yang aku maafkan kamu
    Tolong teruskan hidup
    Jangan sebut namaku..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...