Thursday, January 17, 2013

LISTEN bukan isu politik semata

Assalamualaikum..

LISTEN!!
when I speak, u LISTEN!!
LISTEN! LISTEN! LISTEN!

Fenomena tahun baru yang menggeletek jiwa kecilku dan merebak ke seantero Malaya.

LISTEN.

Tak perlu aku ulas panjang dan lebar dan tinggi bagaimana terjadi fenomena tersebut. Kerana ku pasti seluruh makhluk yang ada di bumi Malaysia ini tahu ceritanya. Malahan sepupuku di Beijing juga tahu ceritanya masakan anak Malaysia sendiri tidak tahu bukan?

Pelbagai pandangan dikeluarkan oleh 'pakar' pengulas dan pengkritik, samada yang profesional dan juga bukan profesional. Dan dengan itu aku dengan sukacita dan rela hati juga ingin memberi buah fikiran yang mungkin sama dan mungkin juga berbeda dengan kalian. Tapi ape aku peduli kalo berbeza pun. Yang penting, WHEN I SPEAK, U LISTEN ohkeh?

Listen carefully ( i mean, read carefully)

Ramai pengulas yang mengulas fenomena LISTEN dari perspektif politik. Aku faham, sebab ape yang dicetuskan oleh Miss Bawani (MB) itu datangnya dari sumber politik. Namun aku ingin melihatnya dari aspek lain dan aku ingin juga meyeru rakan-rakan melihatnya dari aspek yang lain selain dari politik (jemu ah politik politik).

Aku melihat rakaman video tersebut dari beberapa perbezaan seperti:

1. Pendidikan:
  • MB -degree level 
  • Miss Sharifah (MS - miss ke madam? ontahla labuu) : over level
2. Title:
  • MB: student (wondering what course did she take?)
  • MS: President SW1M (wondering what is this actually?)
3. Umur:
  • MB: awal 20-an mungkin
  • MS: akhir 30-an mungkin.
4. Bangsa:
  • MB: Indian (Malaysian)
  • MS: Melayu [mungkin] (Malaysian)
5. Kumpulan
  • MB: minoriti
  • MS: autoriti
6. Generasi:
  • MB: gen Y
  • MS: genX.
Ok sudah lihat perbezaan bukan?

Sekarang aku nk nyatakan pendapat berdasarkan perbezaan antara mereka. MS seorang yang berpengaruh, punya darjat yang tinggi, punya pangkat yang tinggi, punya pelajaran yang tinggi, punya kuasa autoriti, lebih dewasa dan lebih matang (errr... actually merujuk kepada umur semata-mata ye) dan beliau adalah dari generasi X!!!

Manakala MB pula hanya seorang student degree level (if aku xpekak dengar MS cakap la - but many claims che is O level. wondering is UUM offer for O level??) but yg penting dia punya education lower than MS. Tidak punya pangkat, tisak punya pengaruh (buktinya, no one defense her mase berdebat), dari kumpulan minoriti (merujuk kepada bangsa dan juga ideologi politik). 

Jappppp... bace sampai abis dlu bru buat konklusinya...

Sambung balik....

Di sini saya ingin menyatakan bahawa aku bukanlah dari pihak mana-mana ye. Aku bukan P*R atau B*. Aku melihat isu ini dari persepsi seorang mahasiswa. Aku melihat isu ini dari persepsi seorang generasi Y yang seringkali haknya dinafikan.

Listen.

Cuba lihat sekeliling anda. Anda seorang kuli? Anda seorang anak? Anda seorang adik? Anda seorang pelajar? Anda pernah dibuli? Anda pernah berbicara tetapi tidak didengari? 

Berdasarkan video LISTEN, apa yang aku lihat adalah golongan minoriti, golongan muda, golongan mahasiswa, golongan generasi Y dilihat tidak layak bersuara. 

Contoh 1: Di pejabat merupakan seorang staff bawahan biasa, masih muda, cantik berseri, bijak dan punya idea yang segar dari ladang. Tatkala mesyuarat unit. Apa yang anda lakukan? Diam dan mencatat minit mesyuarat? Mendengar dengan tekun? Cuba menyuarakan pendapat? Andaikata anda adalah yang berdiam mencatat minit mesyuarat, menunjukkan anda seorang yang pengecut dan tidak layak menghentam MB. Andaikata anda berani menyuarakan pendapat bersama-sama idea yang bernas dan juga ketidakpuasan hati anda, apakah orang atasan anda menerima? Menerima dengan terbuka maksud aku. Ya, bagi situasi anda mungkin anda. Bagaimana pula anda yang di sebelah kanan tu? Bagaimana pula dengan anda yang di sebelah kiri sana? Berapa peratus ketidakpuasan hati anda diterima oleh bos anda? Ini terjadi kerana darjat yang berbeza.

Contoh 2: Di pejabat, anda juga seorang staff biasa. Di pejabat anda, anda adalah salah seorang yang berbangsa Melayu daripada dua orang (maksudnya 2 org melayu dan yang lain2 ada berbangsa lain). Agak-agak bila ada ketidakpuasan hati atau pendapat atau persoalan, adakah anda dilayan sewajarnya oleh golongan majoriti di pejabat anda? Mungkin bagi anda ya, tp bagi kawan2 anda yang berada di syarikat lain?  Ini kerana mentalitili bahawa golongan minoriti tidak layak bersuara.

Contoh 3: Anda berada di dalam dewan kuliah. Pensyarah anda punya pangkat Professor emeritus (hambik ko). Anda telah menyedari yang apa diajar oleh professor anda adalah salah and obviously salah, adakah anda memberikan pendapat anda? Jika ya, apa reaksi professor anda? Professor aku selalu kata: No, it is right, u are wrong! (dan aku kono la ikut, lantak hang la asal thesis aku siap). Ini boleh dilihat dalam short film 2+2=5 (google la sendiri kalo nak tahu). Sebab mengaku kesilapan mungkin boleh menjatuhkan maruah kata mereka.

Contoh 4: Anda punya abang atau kakak yang jauh usianya lebih dewasa (atau boleh ambil contoh ibu, ayah, makcik, pakcik dsb) Mereka punya pengalaman hidup jauh lebih banyak berbanding anda yang berusia baru setahun jagung. Namun sayang mereka sering berfikiran negatif. Anda tidak suka, dan cuba ingin memperbetulkan konsep mereka agar hidup lebih aman dan bahagia. Agaknya apa mereka akan jawab? Jawapan cliche sebegini mesti anda pernah dengar di mana-mana termasuk di kaca televisyen " Kau jangan nak ajar aku, aku makan garam lagi banyak dari kau", atau "Aku hantar kau belajar tinggi-tinggi bukan nak suruh kau jadi manusia yang kurang ajar". Generasi X selalunya tidak dapat menerima teguran generasi Y dan seringkali menganggap bahawa generasi Y kurang ajar jika menegur generasi X.


Contoh-contoh yang aku sebutkan di atas boleeh la korang nak kaitkan dengan isu listen ni ye (pikir sendiri la ape kaitan nye. dah bagi pon xpaham-paham lagi?)

Asking questions is part of learning. Pepatah Melayu ada berbunyi, Malu bertanya sesat jalan. Utk apakah diberi pendidikan jika tidak diberi hak untuk bersuara? MB is asking questions by the word 'MENGAPA'. MS should reply with answers, not a bedtime story of animals in the zoo. If u are not sure with the answer, then telling the truth that u are nt sure. But it will humiliate herself la kan sebab tu MS giving the bedtime stories like that. Plus aku pernah terdengar satu quote yang berbunyi begini : "Tatkala bibir lantang bersuara, telinga akan menjadi pekak". Means MS xdengar ape yg dia sendiri perkatakan tatkala dia lantang bersuara tempoh hari. 

Satu lagi kritikan yang menarik minat aku berkaitan dengan isu ini. Nada suara MB. Ya, benar, nada suara MB agak tinggi. Korang ni pernah tgk debat ke tak ni ha? Memang le suara orang berdebat sebegitu. aiyaaaa... Nak pertikaikan lagi?? Pernah tengok forum antara KJ dgn siapa tah name org P*R tu (terlupe seketika)? Camane suara KJ?? So, salah ke MB yang kumpulan minoriti bersuara sedemikian? errr masok politikus puloks.

Pasal MS dengan haiwan-haiwan kesayangannya tu tak nok le kawan corite lebih lebor. Kome sume da tau kan. Sape le lantik dia jadi presiden pon kawan xtau. Mungkin dia lantik diri dia sendiri gamoknye. uppsss..

Ini ikhlas dari hati sanubari saya kepada mereka yang berkaitan. Aku hidup susah, dari kecil susah, sebab tu aku mahu perjuangkan nasib aku. Aku orang susah, mereka orang susah, sebab tu ereka memperjuangkan nasib mereka. Never claims that kejayaan kalo dapat tanpa berusaha tu tak bererti apabila kau lihat orang berjuang meminta kesenangan, sebab u never knows sejauh mana orang berusaha. NEVER! sebab kau dari kumpulan orang kaya dan sehingga kini mak ayah kau masih menanggung hidup kau. Tidak seperti aku dan tidak seperti orang lain yang hidupnya susah. Put urself in others shoes, and u will know how suffer they are - probably not because u never feel what they feel.

Akhir sekali, aku nak bertanya soalan ini: Berapa ramai di kalangan anda yang berani meminta hak anda? Aku? Aku memang selalu meminta hak aku sebab tu agaknya supervisor aku dah meluat tgk muke aku asyik mintak duit. That is my right. Dan anda yang berdiam diri ketika bertemu pihak berwajib dan bising di belakang pihak berwajib tu, adakah rasa anda hebat? menanti orang lain memperjuangkan nasib anda? Tangan di dada, mata pejam kepala tunduk - pikir la sendiri. 

Dah la, kawan da nak pegi semayang mgorib dlu (asal cakap perok plok ni?). Choww...

Wsalam.

Aku yang benar rimas dengan politik,
DEQJAAS






Thursday, November 15, 2012

Hidupkan api di dalam hujan

Hidupkan api di dalam hujan, ketika kau merentasi bait katanya, ada sesuatu yg sukar terjangkakan. Hidup yang tidak selalu indah kadangkala membawa kepada kemaraan yang perlu diselindungkan dalam kedinginan hujan mencurah. Tidak semua kemenangan adalah berdasarkan drama, mungkin perlu tononkan aksi kebenaran barulah kekalahan yg terpendam muncul dan ketika itu panahan merobek ke dasar hati yang sudah musnah menjadi debu....... take a short journey to the lyrics and feel it deep inside. I believe u will understand...;)


I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over

Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak,
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew.
All the things you'd say
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing is better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew,
All the things you'd say,
They were never true, never true,
And the games you'd play
You would always win, always win.

[Chorus:]
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When it fell, something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.

[Chorus:]
I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain,
And I threw us into the flames
When it fell, something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time, ohhhh!

Oh noooo
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn

Monday, November 12, 2012

NO title

Sobs sobs sobs...(T-T)
Tiba-tiba rasa nak merajuk pada diri sendiri..
Apa yg telah aku lakukan kepada diri aku ni?
Tiada kemajuan langsung..
Kemerosotan semakin berleluasa..
Sampai bila nak terus macam ni..
Mereka sudah mengangkat bendera putih..
Mengalah dalam perjuangan ini..
Tapi aku pilih untuk masih berjuang..
Namun sampai kapan?
Semakin hari duri semakin menggila..
Ranjau semakin berliku..
Aku keliru dengan kemampuan..
Saban hari jiwa terasa pedih..
Hati semakin meruntun..
Mahu di ikut langkah mereka..
Namun seolah2 kaki terikat..
Terikat dengan bebanan..
Terikat dengan apakah?

"Besar punya batu kasi taruk ini punya kapla..
Berat punya keluli kasi taruk ini blakang..
Bisa punya racun kasi kemam ini mulut..
Besar punya bom suda mau kasi letup ini otak.."

sambung sobs sobs sobs

Wednesday, October 24, 2012

Aku yang hilang

Salam..
Duk usyar2 blog sendiri tadi.... terpandang jumlah post since 2010...

2010 - 101post
2011 - 95 post
2012 - currently: 31 post. November coming....

betul2 tiada masa utk posting.. idea melambak tapi sekelip mata hilang. Journal lagi yg menggunung, data lagi yg bertimbun, kertas exam lagi yg belum di mark.. Can anyone give me extra 24hours per day so i can finish all of them?

2012.... October is leaving, November is coming... but me? what have i achieve for this year?? NOTHING!! no achievement at all!!! FRUSTRATED. What have i done to my life for the whole year? Wasting time? Its really not me!

Sungguh kecewa bila mengenangkan 2012 sudah hampir berlalu.. Seperti sesuatu yg telah pergi..Seperti aku yang hilang... itu bukan aku...

Sunday, October 21, 2012

Kelate oh Kelate

SALAM 1 MALAYSIA..

Fuhhh... hari ni Shah Alam jem gile beb.. lautan merah membentangi bumi Selangor. Untung sgt2 siapa yg berniaga di Stadium Shah Alam termasuk di kawasan sekitarnya.

Aku? xdapat nk tgk game hari ni. Samada kt tv apetah lagi di stadium. TV xdak, tiket pon 'yillek'. Tapi as usual, sumber yg ada ialah FACEBOOK. Ramai betul yg jadi pengulas sukan yg tak bertauliah. Nk masuk tibi agaknya xdapek kot, so ulas pakai FB je la. Makanya dengan itu dapek la eden mengetahui ape yg sedang berlangsung di padang.

Errmmm.. Ada satu post dari seorang rakan yg bukan dari Kelantan yang menarik perhatian aku :
"Yang duk sokong ATM ni rata2 ialah org yg xsuka Kelantan ni" 

Dan dengan itu aku terfikir secara dalam dan drastik kenyataan beliau. Adakah benar? Namun, kita kenalah Husnuzon. X baik woo bersangka buruk. 

Duk layan2 FB tgk komen2 dari kedua2 penyokong... teeeeetttt.. da abis game.. TRW menang le pulok.. dah pastu penuh dengan komen2 negatif da muncul. Tadi kemain lagi kutuk kata TRW akan kalah. Pastu da menang kutuk mende len pulak. Aku fikir, kalo TRW mesti negatif punya la. Menang salah, kalah pun salah. 

Aku terkadang terfikir, ape la salah sgt org Kelantan dengan rakyat Malaysia yang lain ye? Ade aje yg xpuas hati. Xkira la ape juga isu membabitkan kelantan bukan sahaja isu bola sepak. Adekah hanya kerana Kelantan sejak dari dulu dipimpin oleh si hijau makanya ia memberi efek negetif kepada semua? Gamaknya Malaysia perlu jual Kelantan kat Thailand dulu ke baru semua rakyat Malaysia puas hati? 

Aku merantau keluar sudah hampir 7 tahun. Pelbagai reaksi yang aku lihat apabila aku menyatakan aku ORANG KELATE. Terkadang sedih menghimpit ulu hati ni tau. Apekah salah aku orang Kelantan? 

Itu sahaja persoalan aku,
Ikhlas: Anak jati kelate....

Monday, October 15, 2012

4 years with the secret is truly tiring actually..
hope it will be ended soon..
but it seems not to be
and
will remain like as it before...

Saturday, September 29, 2012

Friday, September 14, 2012

Ustaz A vs Artis A.

Assalamualaikum..
Salam Jumaat penuh barakah.

Seperti biasa, ini adalah isu lapuk yg saya baru nk ketengahkan. Bukan out of date, cuma sibuk sedikit untuk menulis.

Pesanan utama sebelum membaca entry ini. *saya tidak berada di mana2 pihak, saya bukanlah mereka di kalangan biru mahupun hijau dan saya juga bukan peminat politik*

Kisah pertelingkahan Ustaz A dan Artis A ni dah agak lama. Bulan lepas kalo x silap saya.
Bermula daripada persoalan ustaz A di Twitter beliau:

"Apakah 1 keadilan jika 2 orang terlibat dalam kecurian, seorang dipotong tangan dan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?"

Artis A yg baru berkecimpungan dalam dakwah terkejut dan terkesima dengan kata1 seorang ilmuan agama seperti Ustaz A. *Bukan artis A je terkesima, saya pun kot*. Lalu artis A membalas tweet ustaz A dengan tweet sebegini:

"Maafkan sy Dr. Hudud tu kan hukum Allah. Dr belajar tinggi2 tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia ni, tetapi manis di sana ;)"

Lalu, mungkin rasa tercabar, ustaz A membalas semula:

"Seseorang yang telah kembali kepada agama dan dijemput berceramah x bererti dia benar2 faham Islam. Teliti sebelum komen"

Dan dengan rasa rendah diri mungkin juga rasa terhina, artis A menjawab:

"Sy tahu sy x belajar tinggi Dr. Tp bila baca apa yang Dr persoalkan tadi sy xsangka. Sy x pernah berceramah, sy berkongsi sahaja. Minta maaf."

Dan setelah perkara ini berlaku, Ustaz A telah tampil membuat press conference menjelaskan bahawa artis A bersikap tidak matang.

Begitulah al kisahnya.

Apa pandangan anda? Apa yang anda lihat dari situasi ini? 

Entri ini sy tulis untuk berkongsi pandangan peribadi saya berkaitan dengan isu ini kerana akhir2 ini sy rasa terganggu dengan beberapa berita yang disiarkan di akhbar2 tempatan.

Pandangan saya:

1. Saya juga seperti artis A merasa terkejut dengan pernyataan ustaz A. Dan saya juga punya soalan khas utk ustaz A: ""Apakah 1 keadilan jika 2 orang terlibat dalam penzinaan suka sama suka, seorang didihukum penjara (lelaki) atas kesalahan merogol dan seorang lagi dibebaskan (perempuan bawah umur)?".  Ini adalah hukum sivil yang negara kita, Malaysia gunakan.

2. Untuk soalan pertama artis A kepada ustaz A. Saya rasa lebih wajar jika artis A minta penerangan lebih lanjut daripada ustaz A berkaitan apa yg dipersoalkan rather tahn mempertikaikan kredibiliti ustaz A.

3. Balasan ustaz A yang mengejutkan. Sy rasa seorang pendakwah tidak boleh melenting apabila dikritik masyarakat. Rasulullah tidak pernah melenting ketika di provoke semasa berdakwah (mesti ade yg komen"kita mana bleh lawan kredibiliti Rasullullah s.a.w). Yes, kita xleh lawan kehebatan Rasullullah S.A.W.   Tapi kan nk berdakwah perlukan kesabaran yg tinggi. 

4. Ustaz A jelas ter'offense' dengan kata2 artis A. Bak kata my Sifu: " we always feel offended when we are being told especially from people in lower level from us. Remember that our knowledge is property of Allah". *p/s: ayat pertama tu je ayat Sifu, ayat ke 2 tu ayat saya sendiri sebab Sifu cina, apekehalnya nk sebut ayat ke 2 tu.Yes. Ilmu itu milik Allah s.w.t. Tak perlu merasa diri telah cukup ilmu kerana apa yg kita dapat tu hanyalah setitis ilmu Allah s.w.t. Jangan takbur, apatah lagi dalam ilmu agama kerana tidak perlu belajar sampai ke oversea utk memahami Islam kerana Islam itu mudah. Major in kitabNya, insyaAllah. Belaar sampai Mesir pun kalau takbur, x kemana ilmu kita. Sampai situ sahaja. Tiada hak kita untuk menyatakan ilmu seseorang itu rendah berbanding kita.

5. Artis A seorang yg mungkin cetek agamanya kerana beliau baru sahaja berhijrah. Apalah salah jika ustaz A membimbing beliau yg masih lagi mentah. 

6. Press conference yg diadakan oleh ustaz A yang menyatakan artis A tidak matang rasanya x wajar dilakukan. Beliau seharusnya menasihati artis A bukannya membuat kenyataan sebegitu. Sewajarnya ustaz A hanya membiarkan org menilai bukannya membuat suatu kenyataan lain membidas artis A. 

7. Konklusinya, sy rasa dua2 ada salah dan silap. Dan mereka berdua hanyalah manusia biasa yg patut dimaafkan kerana mereka bukannya malaikat dan tidak sempurna. 

P/S: ilmu yang ada jgn disalah guna. Jika cetek ilmu di dada, jangan lautan dalam diduga. Jika penuh ilmu di dada, jangan pula mendongak ke langit terlalu tinggi. 

Wsalam

Sincerely
ME
~deqjaas~

Thursday, September 13, 2012

Stranger

Sometimes...
U will feel lika a stranger in a small town called Nowhereland.
Feeling bad inside with no one to talk to.
Wanna do something that u dunno what the hell it is.
And yes..
U will feel it, with no satisfaction and keep searching what the true story behind it.

It is not good at all.

Wednesday, September 12, 2012

Putus cinta n looked loser?? avoid please...

Salam..

Hai hai hai..

Kali ni entry yang agak pedas yg mahu aku lontarkan. Berkaitan org2 yg putus cinta.

Yes u. U yg putus cinta tu. Xkisah la dah putus lama or baru putus or retak menunggu belah or what so ever. Especially for girls.

Rata2 aku lihat kwn2 yg ber'sendiri' atau erti kata lain single selepas mengalami putus cinta kerapkali post status kat facebook berkaitan dengan jodoh. Dan lebih annoyed adalah menggunakan cinta islamik.

'Andai aku bercinta, aku inginkan lelaki yg ingi8n membimbingku ke syurga'
'Tulang rusuk xpernah tertukar dan aku menanti empunya tulang rusuk ini'
'Jangan gusar, bakal imamku sedang menanti'
'Aku gembira melihat kau gembira, kerana ku yakin dia yg sudah ditentukan utkku menanti di sana'

ETC. ETC. ETC.

Yes. ayat2 di atas adalah sangat bagus. Doa tu perlu. Tapi... anda akan kelihatan seperti seorang yg sangatlah desperate. Sangat, ok. Tak nampak pun seperti anda sedang tabah melupakan tapi lebih nampak seakan2 anda tidak langsung dapat melupakan bekas kekasih. Ikhlas aku cakap. Nampak sangat anda sedang lonely.

Girls, tunjuk sket kamu kuat. Bagaimana? Dengan cara tidak langsung menyebut perkara2 tersebut. Ianya kelihatan seperti anda sudah pun melupakan segala2nya. Itukan lebih cool. Jangan la merendahkan sgt martabat kamu. Dun let people tengok kamu sangat desperate memerlukan lelaki 'baik'. sebab tu akan kelihatan lebih annoyed tau tau tau...

tu je nk cakap. Xpaham lagi xtau la ceq nk kata apa.

Sincerely,
ME.

Friday, August 10, 2012

Facebook. Twitter. Think before u share.

Salam 21 Ramadhan..

Without realizing, we tend to believe rumours about others and become vehicles of spreading those rumours and even adding spice to make the tale more interesting, acceptable and worth retelling immediately. 

It gets to a stage where we enjoy this, thrive on it and love those who have most to share! 

It passes our day

s and gives us something to talk about.

We do not realize that it is a major sin to believe things without proper and direct verification and authentication.

The entire globe is now accessible through a small mobile device that we hold in one hand throughout most of the day, yet we choose not to use it to make a simple call of clarification.

At times even when speaking to the source we discard their statement as false without any acceptable evidence.

Never judge without giving all parties involved a full and direct hearing.

Remember to stay very far from that which does not concern us.

As juicy as the tale may seem, it may be the cause of our own downfall through oppressing the innocent or spreading tales about the friends of the Almighty, and then we may not realize why we are suffering.

We may also deny ourselves the benefit that can be derived from those whom we have spread tales about or even believed the rumours about. This would be a sign of rejection.

May the Almighty protect us all, forgive our shortcomings and make us more conscious of things that do not concern us and of rumours and their danger - Mufti Ismail Menk

Sunday, August 5, 2012

Mens are from mars, women are from venus : Part 1

LELAKI DARI MARIKH DAN WANITA DARI ZUHRAH

Lelaki adalah dari planet Marikh dan wanita adalah dari planet Zuhrah. 2 planet ini adalh sangat berbeza dengan ketara.

Pada suatu hari manusia dari planet marikh melihat melalui teleskop dan ternampak manusia dari planet Zuhrah yang mempunyai bentuk yang berbeza dari mereka. Rupa bentuk yang sangat menawan dan mengujakan mereka yang memandang. Lalu bereka berseoakat untuk melawat manusia di Zuhrah untuk sesi taaruf.

Kehadiran Martian (manusia dari marikh) disambut mesra oleh Venusian (manusia dari Zuhrah). Mereka bertaaruf dan berkenalan. Timbullah rasa kasih dan sayang antara mereka. Perasaan kasih sayang yang tidak pernah mereka rasakan. Sangat unik. Kasih sayang itu ibarat magik, mereka berkongsi segala kegembiraan, kesedihan, malahan menerima perbezaan antara mereka berdua walaupen mereka berasal dari planet yang berbeza.

Setelah beberapa lama mengenali dan berkasih sayang, mereka bersepakat untuk ke Bumi, membina hidup baru di sana bersama-sama. Pada awalnya, segalanya indah dan bahagia sehinggalah pada suatu hari, ketika mereka terjaga dari tidur, didapati mereka telah meghidap amnesia- amnesia terhadap perkara yang tertentu sahaja! 


Kedua-dua mereka telah lupa bahawa mereka berasal dari planet yang berbeza dan mempunyai perbezaan tersendiri. Mereka mulai menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak memahami setiap dari mereka dan dari sini timbullah konflik antara mereka.

p/s:

begitulah dengan perhubungan kita, kadangkala kita lupa bahawa wanita dan lelaki di lahirkan dengan sifat, sikap dan keinginan yang berbeza. Kita selalu mengharapkan pasangan memahami kita sedangkan mana bisa pasangan yang punya sifat yang berbeza memahami kita selengkapnya. Tanpa kesedaran bahawa kita adalah berbeza makanya, kita mulai marah2, kecewa dan sebagainya sedangkan kita lupa perbezaan gender yang wujud antara kita.

Jom baca MENS FROM MARS AND WOMEN FROM VENUS utk memahami perbezaan antara kedua2 gender yang unik ini supaya kita bisa memperbaiki hubungan mungkin juga menyelamatkan sesuatu yang sungguh bernilai dalam hidup ;)

Lots of love
DEQJAAS

Friday, August 3, 2012

Yang aku mahu

Aku hanya mahu...
Berada di kamar kecil yang gelap
BERSEORANGAN..
tanpa teman
Hanya aku dan diri aku..
tanpa segala manusia
yang sering bersangka buruk

Aku hanya mahu...
Hidup sendirian
tiada teman
dalam kegelapan
dengan esak tangis
teriakan jiwa
mendera sanubari

Biarkan aku
terus sendirian..
tanpa teman ketawa
dan juga teman menangis
bukankah itu lebih indah?


Wednesday, July 18, 2012

Puppy Love yg bertepuk sebelah Tgn

Salam..
Hai hai hai..

Lame rasenye x menulis.. asyik duk post simple picca with huge message je kan.. Ala, lame pun bukan ade sape nk bace pon.. hahahahaha... Ke ade yg merinduiku? awaawawawa...

Korang pernah x suke kat seseorang? I mean, suka. Yes suka. Suke ape? Suka la suke. Ala, cam zaman sekolah dulu kan suke nk suke-suke kat orang.. Tengok lawa sket rase cam crush gittew.

Aku pun same gak biasa la tu kn, penah gak ade puppy love yg bertepuk sebelah kaki ni. Tapi bagus jugak sebab ade puppy love ni la rajen jek nk g sekolah. Semangat membara je nk belajar. Tiap2 pagi g sekolah awal2 pagi pastu duk di beranda kelas tggu si dia la katekan. hahahah.. Tgk je kelibat cepat2 le cover ayu kan. Haahahaha... Lawak la..

Tapi sekarang bila dah besar2 and dah kawan2 balik ngan crush tu rasa biasa je. Tgk life dia buat aku rasa, ada hikmahnya dia x suke aku dulu. hahahaha..

Dah2, abis membebel xtentu arah, time to going home.


Bubye girls ;)





Friday, July 6, 2012

U n Me


OH damn! this what he always do to me. 
Fight, hurt, cry n get me back to his arm, holding me tight. 
Damn! That's why i love and hate him so much at one time.
Yes we're best fren before we decide to be together. 

Friday, June 1, 2012

Wordless Friday


Sahabat sejati

Sahabat sejatiku, hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi
Dengan kotak sejuta mimpi, aku datang menghampirimu
Kuperlihat semua hartaku
Kita s’lalu berpendapat, kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah
Aku raja kaupun raja
Aku hitam kaupun hitam
Arti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundakku, jangan pernah lepaskan
Bila ku mulai lelah… lelah dan tak bersinar
Remas sayapku, jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang… terbang meninggalkanmu
Ku selalu membanggakanmu, kaupun selalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi
Demi bermain bersama, kita duakan segalanya
Merdeka kita, kita merdeka

Tak pernah kita pikirkan                        
Ujung perjalanan ini                                                           
Tak usah kita pikirkan
Akhir perjalanan ini


Finally she married!!

Assalamualaikummmm....
Aish, bersawang dah persinggahan ku ni..(sambil sapu2 sawang)

Ohkay..
Last week hari bahagiaku..
errr.. hari bahagiaku ker?
Ye la, hari bahagiaku la.. bahagia dapat lari dari lab n balik ke kampung halaman tercinta terkasih dan tersayang. Bertemu muka dengan kekasih2 hati di rumah. Ohhh.. indahnya duniaku rasa.

Namun benar kata Erra Fazira, yang indah hanyalah sementara. Aku kini kembali ke tempat tumpah keringatku.. ohhh tidakkk (tepuk dahi dambil tunduk tenung lantai).

Back to post title ye...

FINALLY SHE MARRIED!!!!!!

yes SHE. who is SHE?

My best fren forever and for always (BFFFA) - cik upppsss... Puan Diyana Bt Iskandar Zurkanain.

tadaaaa... here she is.. gojes kn kn?
Ni mase malam akad nikah kat bilik pengantin rumah die..

Sesi batal air sembahyang

Pelbagai suka duka ditempuh mereka sebelum ini num bak kata pepatah, kalo dah jodoh kan xkemana. Berpisah pun xsemestinya xde jodoh kn. berkasih lama2 pun xsemestinya ada jodoh.

Aku mase akad tu xtergambar rasanya perasaan ni. Sebaik je Izat melafazkan sekali akad, maka sahlah Dee miliknya. Dan dengan itu xsemena-mena air mata bercucuran. tapi bukan air mata Dee, air mata aku. Macam aku lak yg kawen... Maka terpaksalah ditenangkan oleh bai, dila n snie. hahahaha.. 

Esoknya trus kne perli " Ko kawen nnt aku kne sediakan baldi siap2" kata Bai. hahahah... 

Kenapa aku nangis ye? Hmm... aku pun xpasti. Mungkin terlalu gembira melihat bahagia mereka setelah pelbagai ranjau tangis hiba, mungkin juga sedih akan kehilangan rakan paling rapat, mungkin juga terfikir adakah aku juga layak menerima bahagia sepertinya. Wallahualam.

Apapun, Aku hanya berharap bahagia Dee hingga ke syurga. Cinta ini adalah cinta mati untuknya. 



Dan aku masih dengan perjuangan. Menanti bakal suamiku. Apakah sahabatku yang ada kini? Ataukah orang lain yang masih belum kukenali? 








Mimpi

Kita manusia
Bebas untuk bemimpi
Terbang ke angkasa
Dengan sayap yang gagah
Merasa fantasi alam
Seperti dalam hikayat dongeng
Berlantaikan kasih sayang
Bercerminkan cinta abadi
Yang kekal
Untuk selamanya
Bukan seketika.

DEQJAAS
NDBPRC,
UiTM PUNCAK ALAM
09:36
1jun 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...