Saturday, July 17, 2010
aku vs pasangan
Posted by
pinkAlicious
kesunyian itu terlalu indah....
aku kadang2 tak pasti dengan diri aku. apa yang aku mahu dalam meneruskan hidup. aku hanya mahu bahagia dan aku tidak pasti di mana bahagia itu.
mungkin kerana sudah biasa bersendirian dan kesunyian maka bagi aku ianya adalah bahagia aku.
aku hanya mahu duduk diam. tanpa suara, tanpa kata. diam dan memandang langit. hanya biru langit dan hijau daun. ianya sememangnya indah.
bersendirian aku sendiri. dari mula malah lambat laun. sendiri juga sendiri. itu lebih senang dan mungkin bahagia.
namun lumrah alam. diciptakan setiap itu berpasangan. sepasang mata, sepasang telinga, sepasang kaki juga tangan. tiada yang bersendirian. mungkin itu yg terbaik dan lebih indah. aku juga mungkin perlu begitu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment