Apa mesti kita buat?
Sebelum ini kita diam atau buat-buat diam
di kiri orang mencela
di kanan orang memuji
di belakang kita dikutuk nista
di hadapan kita dibisukan dengan abstrak
apa lagi yang kita mahu?
Semuanya dikatakan kemajuan
entahlah kita ini bisu atau buta?
ayuh! kita kejar bayang sendiri
yang lama meninggalkan kita
kita ikat jangan putuskan
biar teguh sampai bila
Apa mesti kita buat?
kalau yang tegak kita sengaja bengkokkan
yang manis kita kata masam
yang benar kita kata melampau
apakah kita ini sengaja tidak mahu sedar
untuk menerima setiap yang benar
bersedialah dari titik ini
agar kita tidak tertanya- tanya
apa mesti kita buat
No comments:
Post a Comment