Waktu bergulir, hari kian menginjak. Hari demi hari. Hidup penuh dengan kesukaran. Makin dilalui makin terserlah kepayahan menyelak halaman detik yg dipanggil kehidupan. Suasana hidup silih berganti, suram dan ceria menjadi peneman hari pelengkap memori.
Bicaraku malam hari seakan memujuk hati yg terkesot akibat perbuatan seorang rakan. Mungkin tidak sengaja dan tanpa disedari. Aku yg menjauhi, kupilih jalan itu. Bukan juga aku sengaja cuma untuk memujuk hati dan menangkis rasa tidak suka. Aku sayangi sebuah persahabatan. tapi mungkin berkawan tidak sama ertinya dengan bersahabat. itu harus kuakui.
Namun tak mengapa kerana aku masih punya ramai rakan. Aku juga bisa memujuk hati...
=)
No comments:
Post a Comment