Sunday, June 19, 2011

Aku & perkahwinan~

Salam....

Hari ni aku terasa sangat berminat untuk bercakap mengenai perkahwinan. Bila disebut tentang perkahwinan, yg terbayang di mnda kita pastinya perkara2 yg indah2 dan best2 belaka kan? Hidup berdua bersama orang yang tercinta. Siang malam meluangkan mase bersama, melakukan aktiviti harian bersama. YG best2 je yg selalu difikirkan...

Umur da meningkat, mmg wajar pun da cakap sal perkahwinan ni. Sane sini rata2 rakan seusia sudahpun melangkah setapak atau dua tapak ke hadapan, samada bertunang atau bernikah. Malahan ade yg sudahpun menerima cahayamata. Aku pula masih mencari2 haluan. Siapa bakal suami? siapa jodoh? bila majlisku? bagaimana keadaannya? Ramai juga yang sudah mula bertanya dan xkurang teman2 yg sudah siap sedia bahagi2 turn kawen masing2 ( dan yg tentu nye semua menunding jari ke arahku sebagai next candidate...hahaha)

Aku? Kadang2 rasa sudah bersedia... namun kadang2 pelbagai persoalan berlegar2 di fikiran. Takut ada, risau pun ada. Kadangkala bila tgk member2 yg dah mendirikan rumahtangga terasa kerdil je diri ni. Hidup mereka sudahpun lengkap, punya suami, punya anak, punya keluarga sendiri sedangkan aku masih tercri-cari dan terkapai-kapai sendirian.

Aku sudah biasa hidup sendiri. Bergerak sendiri. Melakukan kerja2 sendiri. Tidur sendiri. Bilik sendiri. Hidup sendiri. Bagaimana harus aku hidup berdua nanti? Berkongsi segala2nya. Berkongsi rumah, berkongsi makanan, berkongsi bilik dan berkongsi katil???? tidakkah nanti aku merasa kekok? Tidakkah nanti hilang privacy?

Aku sudah biasa hidup bersama keluargaku. Segala tingkah laku perangai mereka aku fahami. Bagaimanakah nanti penerimaan suamiku terhadap keluargaku? Bagaimana jika mereka tidak serasi? Tidakkah timbul rasa kekok?

Aku sudah biasa dengan cara keluargaku. Mungkinkah nanti aku mampu menjadi menantu idaman mentuaku dan mengikut cara keluarga suamiku? Dapatkah aku membahagiakan keluarganya sebagaimana aku dan keluargaku? Dapatkah mereka menerimaku?

Aku sudah biasa bersendirian bila ada masalah. Namun bila berkawin nanti bagaimana aku bisa bersendirian jika aku dan suami punya masalah? (nauzubillah), kerana rumah sudah di kongsi bersama. Aku tidak dapat lari kemana2. Jika sebelumnya aku boleh je wat diam n x reply mesej, tapi jika sudah berkahwin camane nk diam, die tiap2 saat depan mata.

Ahhh.. mungkin saja aku boleh simpulkan yang aku belum bersedia. hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...