Saturday, June 4, 2011

kawen.. jodoh...

Salam..

Lately memang banyak dapat jemputan kenduri kawin. Musim orang kawen. Musim orang sebaya denganku kawen. Generasi kami sudah bukan lagi digelar remaja tetapi dewasa yang sememangnya layak untuk mendirikan rumahtangga dan memikul tanggungjawab.



Bila tengok orang kawen, saya sering terfikir bilakah masa saya akan tiba, adakah sempat saya melalui masa itu? bagaimana agaknya majlis saya dan yang paling penting siapakah pengantin lelaki itu?

Jodoh itu di tangan Allah s.w.t. Tiada siapa yang boleh menghalang apabila Dia berkata, 'Kun Fayakun' apabila Dia kata jadi maka jadilah. Hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk hambaNya. Dan hanya Dia yang tahu hikmah di sebalik sebuah pertemuan mahupun perpisahan. Kita sebagai hamba hanya perlu yakin dan berdoa. Berdoa dikekalkan hubungan, berdoa dipercepatkan jodoh. Umi aku berpesan, sentiasalah berdoa sekiranya sudah bertemu dengan seseorang yang aku betul2 yakin:

"Ya Allah, andai dia (nama) jodohku, maka Kau dekatkanlah hatiku dan hatinya, jauhkanlah segala musibah dan percepatkanlah jodoh kami. Seandainya dia (nama) bukan jodohku, Kau jauhkanlah dia dariku supaya aku terselamat dari perbuatan maksiat dan putus asa"

Dan ni terdapat juga doa percepat jodoh:



Apapun, aku percaya jodohku ada menungguku di luar sana. Tak kira siapa dia. Berdasarkan pengalaman teman2 dan diri sendiri, bercinta bagai nak rak pun x semestinya dia jodoh kita, kadang2 orang yg selalu depan mata kita dan kita x pernah nampak itulah jodoh kita yang sebenarnya... ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...