Assalamualaikum..
Salam Jumaat penuh barakah.
Seperti biasa, ini adalah isu lapuk yg saya baru nk ketengahkan. Bukan out of date, cuma sibuk sedikit untuk menulis.
Pesanan utama sebelum membaca entry ini. *saya tidak berada di mana2 pihak, saya bukanlah mereka di kalangan biru mahupun hijau dan saya juga bukan peminat politik*
Kisah pertelingkahan Ustaz A dan Artis A ni dah agak lama. Bulan lepas kalo x silap saya.
Bermula daripada persoalan ustaz A di Twitter beliau:
"Apakah 1 keadilan jika 2 orang terlibat dalam kecurian, seorang dipotong tangan dan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?"
Artis A yg baru berkecimpungan dalam dakwah terkejut dan terkesima dengan kata1 seorang ilmuan agama seperti Ustaz A. *Bukan artis A je terkesima, saya pun kot*. Lalu artis A membalas tweet ustaz A dengan tweet sebegini:
"Maafkan sy Dr. Hudud tu kan hukum Allah. Dr belajar tinggi2 tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia ni, tetapi manis di sana ;)"
Lalu, mungkin rasa tercabar, ustaz A membalas semula:
"Seseorang yang telah kembali kepada agama dan dijemput berceramah x bererti dia benar2 faham Islam. Teliti sebelum komen"
Dan dengan rasa rendah diri mungkin juga rasa terhina, artis A menjawab:
"Sy tahu sy x belajar tinggi Dr. Tp bila baca apa yang Dr persoalkan tadi sy xsangka. Sy x pernah berceramah, sy berkongsi sahaja. Minta maaf."
Dan setelah perkara ini berlaku, Ustaz A telah tampil membuat press conference menjelaskan bahawa artis A bersikap tidak matang.
Begitulah al kisahnya.
Apa pandangan anda? Apa yang anda lihat dari situasi ini?
Entri ini sy tulis untuk berkongsi pandangan peribadi saya berkaitan dengan isu ini kerana akhir2 ini sy rasa terganggu dengan beberapa berita yang disiarkan di akhbar2 tempatan.
Pandangan saya:
1. Saya juga seperti artis A merasa terkejut dengan pernyataan ustaz A. Dan saya juga punya soalan khas utk ustaz A: ""Apakah 1 keadilan jika 2 orang terlibat dalam penzinaan suka sama suka, seorang didihukum penjara (lelaki) atas kesalahan merogol dan seorang lagi dibebaskan (perempuan bawah umur)?". Ini adalah hukum sivil yang negara kita, Malaysia gunakan.
2. Untuk soalan pertama artis A kepada ustaz A. Saya rasa lebih wajar jika artis A minta penerangan lebih lanjut daripada ustaz A berkaitan apa yg dipersoalkan rather tahn mempertikaikan kredibiliti ustaz A.
3. Balasan ustaz A yang mengejutkan. Sy rasa seorang pendakwah tidak boleh melenting apabila dikritik masyarakat. Rasulullah tidak pernah melenting ketika di provoke semasa berdakwah (mesti ade yg komen"kita mana bleh lawan kredibiliti Rasullullah s.a.w). Yes, kita xleh lawan kehebatan Rasullullah S.A.W. Tapi kan nk berdakwah perlukan kesabaran yg tinggi.
4. Ustaz A jelas ter'offense' dengan kata2 artis A. Bak kata my Sifu: " we always feel offended when we are being told especially from people in lower level from us. Remember that our knowledge is property of Allah". *p/s: ayat pertama tu je ayat Sifu, ayat ke 2 tu ayat saya sendiri sebab Sifu cina, apekehalnya nk sebut ayat ke 2 tu.Yes. Ilmu itu milik Allah s.w.t. Tak perlu merasa diri telah cukup ilmu kerana apa yg kita dapat tu hanyalah setitis ilmu Allah s.w.t. Jangan takbur, apatah lagi dalam ilmu agama kerana tidak perlu belajar sampai ke oversea utk memahami Islam kerana Islam itu mudah. Major in kitabNya, insyaAllah. Belaar sampai Mesir pun kalau takbur, x kemana ilmu kita. Sampai situ sahaja. Tiada hak kita untuk menyatakan ilmu seseorang itu rendah berbanding kita.
5. Artis A seorang yg mungkin cetek agamanya kerana beliau baru sahaja berhijrah. Apalah salah jika ustaz A membimbing beliau yg masih lagi mentah.
6. Press conference yg diadakan oleh ustaz A yang menyatakan artis A tidak matang rasanya x wajar dilakukan. Beliau seharusnya menasihati artis A bukannya membuat kenyataan sebegitu. Sewajarnya ustaz A hanya membiarkan org menilai bukannya membuat suatu kenyataan lain membidas artis A.
7. Konklusinya, sy rasa dua2 ada salah dan silap. Dan mereka berdua hanyalah manusia biasa yg patut dimaafkan kerana mereka bukannya malaikat dan tidak sempurna.
P/S: ilmu yang ada jgn disalah guna. Jika cetek ilmu di dada, jangan lautan dalam diduga. Jika penuh ilmu di dada, jangan pula mendongak ke langit terlalu tinggi.
Wsalam
Sincerely
ME
~deqjaas~