Tuesday, August 31, 2010

~Kepadamu Sahabat~

Meskipun kadang-kadang
Bicara kita sering bertentangan
Namun aku tahu
Kita mencari
Suatu kebenaran dan keberanian
Untuk mengenal dirinya sendiri
Dia antara bangun dan jatuhnya
Mareka disisi kita.

Kepadamu Sahabat
Janganlah kau rasa kehilangan
Kiranya aku berundr
Menarik diri dari satu pertemuan
Kerana mungkin satu perpisahan
Akan menjadikan kita
Saling mengenal
Erti kerinduan dan kejujuran

:)

Sunday, August 22, 2010

tumpang bahagia~~

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan dan salam kegembiraan...
Kegembiraan berbuka setelah seharian mengikat perut serta nafsu. Kegembiraan setelah selesai solat terawih bersama jiran2 tetangga..

Hari ini saya tumpang gembira... Tumpang kegembiraan ex2 boipren. X sangke lak dah ex2, dulu ex je.. hahah... Tumpang kegembiraan mereka kerana mereka sudahpun punya hidup baru (baru sedar). Jalan baru dan aweks baru.. (aweks cam ramai lak kan.. tapi itu kenyataan). Nampak cam sumenye berjalan lancar.. Alhamdulillah.. Saya rase sangat2 gembira..

Well, the past is past n let bygone be bygone..
Semoga bahagia semuanya!! weee~~

Friday, August 20, 2010

sempurna yang tidak sempurna~~

This entry was taken from my readings..

Terdapat sepasang kekasih yang telah lama menyulam cinta. Suatu hari mereka nekad bernikah. Dalam suasana gilang gemilang Si suami dengan tuxedo dan si isteri dengan gaun putihnya. Mereka memeterai ikatan bersama.

Seteleh beberapa lama bernikah. Pada suatu malam, dengan manjanya si isteri menunjukkan 1 majalah kepada si suami. Dalam majalah tersebut tercatat cara mengukuhkan ikatan sebuah perkahwinan. Lalu si isteri menyuarakan pendapat untuk mengikuti cara yang dinyatakan. Caranya adalah mereka mesti menyenaraikan apa perkara atau perangai atau tindakan pasangan mereka yang tidak mereka sukai. Setelah disetujui oleh kedua2 pihak, mereka pun berpisah tempat tidur untuk menyenaraikan perkara2 tersebut.

Pada keesokkan harinya, ketika sarapan pagi, kedua2 mereka telahpun bersedia untuk memberitahu apa yg telah disenaraikan. Lalu si isteri bersuara

"abg, izinkan saya membaca dahulu apa yg telah saya senaraikan"

Si suami menggangguk. Dengan bangganya, si isteri memubuka 3 helai kertas yg ditulis diatasnya senarai2 tersebut. Si isteri memulakan bacaannya..Sedang dia membacanya, air mata si suami mengalir. si isteri bertanya: "kenapa abang menangis? Haruskah saya berhenti membacanya?"
kata si suami: "xpe sayang, teruskan"
Lalu si isteri meneruskan sehingga selesai membaca ketiga2 helai kertas itu kemudian berkata: "sekarang giliran abang"

si Suami tersenyum. Dibukanya kertas senarai tersebut dan dihulurkan kepada si isteri. "abang tidak senaraikan apa2. bagi abang sayang yang terbaik dan paling sempurna sebab itu abang memilih sayang dan abang tidak berniat langd=sung untuk mengubah apa2 yang ada pada sayang"

Lalu air mata si isteri mengalir. "maafkan saya abang"

p/s: terimalah pasangan kamu seadanya dia.

Saturday, August 14, 2010

untuk AWAK...

Salam awak..
Surat ini untuk awak.. Ya untuk awak..
Pertama sekali terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Hadir sebagai sahabat saya. Saya amat menghargai kehadiran awak.

Awak sering bagi saya semangat. Awak merubah saya. Banyak yang saya belajar dari awak. Erti sebuah hubungan kekeluargaan. Awak membuatkan saya lebih erat bersama keluarga tidak seperti suatu masa dahulu. Awak membuatkan saya lebih menghargai apa yang saya ada. Terima Kasih awak.

Awak mengajar saya apa erti persahabatan. Dimana hadnya. Di mana batasnya. Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

Awak juga mengajar saya untuk melihat masa hadapan. Awak membuatkan saya bersedia menghadapi masa hadapan. Awak membuatkan saya rajin untuk belajar sesuatu yang baru. Bersedia untuk menjadi isteri kepada bakal suami saya. Bersedia untuk menjadi anak kepada bakal anak saya. Bersedia menjadi menantu kepada Ibu mertua saya. Dan kini saya betul- betul bersedia.

Tapi kini awak semakin jauh. Jauh dari saya. Dan saya tak tahu mengapa. Jarak yang memisahkan mungkin menjadi benteng hubungan kita. Saya sangat rindukan awak yang dulu. Awak yang selalu menemani saya. Awak yang selalu memberi saya semangat bila saya tersungkur. Awak yang selalu memberi kan saya kata-kata penguat diri. Awak yang memberi ketenangan tatkala saya dirundung duka. Saya sangat rindukan semua itu.

Namun saya tahu, kita punya jalan hidup masing-masing. Mungkin hidup awak di sana jauh lebih baik dari hidup dengan saya, siapa tahu. Mungkin juga awak sudah benar-benar menemui sahabat yang lebh baik dari saya. Yang lebih sedia mendengar berbanding saya. Mungkin juga awak hanya sibuk dengan tugasan awak dan saya yang tak memahami awak.

Saya sayangkan persahabatan kita. Di sini saya hanya mampu berdoa, supaya Tuhan kembalikan awak yang dulu kepada saya ataupun terus bawa awak pergi jauh dari saya. Saya pohonkan kebahagiaan awak. Semoga kita sama-sama gembira dan bahagia. Seandainya ditakdirkan persahabatan kita sampai di sini sahaja,saya cuma nak mintak satu je dari awak. Sentiasa ingat kenangan kita bersama.

Namun, jauh di sudut hati saya. Saya tetap berdoa agar persahabatan kita tidak berakhir di sini sahaja. Sebab saya tetap percayakan awak. Saya percayakan kejujuran awak...

p/s: Ya ALLAH, jika ditakdirkan dia bukan milikku, maka Kau jauhkanlah dia dariku. Seandainya telah tersurat di jalan takdirku dia milikku, maka Kau dekatkan lah kami dan redhailah persahabatan kami...


:)
DEQJAA

Thursday, August 12, 2010

Masih...

Masih
Kulalui lorong ini
Walau kegelapan
Langkahku takkan mati.

Masih
Kujejaki mutiara yang hilang
Walau pedih onak ku pijak
Pencarianku takkan terhenti.

Akan ku teruskan langkahku ini
Bersama sekeping harapan suci
Kerana aku masih setia pada janji
Untuk pulang bersama mutiara yang ku temui.


DEQJAA

Thursday, August 5, 2010

apakah aku masih merindu?


sudah lama kulupakan
sudahku mulakan hidup yang baru tanpanya
sudah ku musnahkan semua kenangan bersamanya
namun di kala ini
suaranya terngiang di telinga ku
liuk lentuk bicaranya singgah di cuping telinga
dan air mataku mengalir..
kenangan itu menjenguk tirai hariku
gayanya, caranya...
adakah aku masih merindu?

Wednesday, August 4, 2010

A.W.A.K + S.A.Y.A = K.I.T.A

SAYA adalah SAYA
SAYA takkan berubah menjadi orang lain
Inilah SAYA..

AWAK adalah AWAK
AWAK takkan berubah menjadi orang lain
AWAK dan SAYA tidak sama

AWAK dan SAYA dari dunia yang berbeza.
AWAK dan SAYA datang dari arah yang berbeza
AWAK dari sana
SAYA dari situ
AWAK campur SAYA
Jadilah KITA


KITA berdua sememang berbeza
Namun KITA mampu bersama
Kerana KITA sering merasa satu
Satu yang orang lain tidak bisa fahami
KITA bukan kekasih
KITA juga bukan teman biasa
Kerana KITA adalah KITA

Dalam KITA ada AWAK
Dalam KITA ada SAYA
AWAK kekuatan SAYA
Dan SAYA kekuatan AWAK
KITA kekuatan bersama
Walau KITA adalah berbeza

p/s: bagi SAYA, AWAK tetap di depan SAYA walau hakikatnya KITA berjauhan.. :)


Bunge yg AWAK bg SAYA :)

Sunday, August 1, 2010

terkesot hati :(

adess... nape tah rase sedih je.. aku duk ngadap lappy ni wat esemen dari kul 11 pg tadi lagi kot. tapi xsiap2. cari2 info xdapat sebarang info yg memberangsangkan minda. mood lak x brape ade

mood.. kemana kau menghilang? sudah terbang ke johor kah? adeess..
bile mesej x berbalas, call x berangkat.. mungkin tu sebabnye mood pun terbang. malasnya... rase cam nak tido je sepanjang hari.. sangat2 tidak larat untuk berfikir.. otak pun bergerak selaju siput yg kekenyangan je. xdapat berfikir dengan waras.. hati pun terkesot. nak tido nak tido. adess.. esemen x siap2 lagi. esok kne submit. bajet malam ni nak study spectroscopy.. tapi.. dengan mud sebegini? dengan hati yg terkesot boleh ke study? adoyai... dah la 2 hari ditinggalkan hosmet, sahabat lak x reply mesej... terkesot benar2 terkesot ni.. uwaa... da la semalam tgk P/S i love you nangeh... ni nak nangeh lagi... uwaaa....

nak percaya.. tanak percaya.. hati terkesot...

Saturday, July 31, 2010

P/S: i love you


Oh my god.. I'm crying and still crying.. Couldnt help myself to stop it.. it is suck.. sob sob.. Tears, please stop flowing....

"PS: I Love You" make me sick. Make me sad.. Can't afford to finish up this movie, because i can't afford to stop crying from the beginning of the movie till the half. Oh my God..

This story nak tunjuk camane people tak pernah appreciate ape yg dia ade depan mate till...... till they lost them.. Holly, a wife that x selalu gembirakan husband dia instead cant afford to lose him. Holly sgt sygkan gary but she never told and show him his love till one day Gary dead cause by tumor. hidup Holly seakan org gila bila kehilangan husband dia. A week after that during Holly punye bday yg ke 30, Gary has sent her a cake and started from that everyday Holly akan terima surat dari mendiang. How Gary loves her.. Oh my Godness.. aku nangeh lagi..Holly realizes that she couldnt loves anybody else. dan kemudian... kemudian... aku da stop tgk sebab aku tak mampu nak brenti nangeh.. huhuhu...

Alangkah indah jika ade org yg sayangkan aku sebegitu rupa. Aku akan hargainya. Tapi aku berdoa, andai aku ditakdirkan untuk hidup bersama jodoh aku nnt, aku bdoa semoga Allah berikan aku tempoh yang panjang untuk bersama2nya. Dan seandainya Tuhan ingin memisahkan kami, biarlah aku yang pergi dulu bukan dia kerana aku mungkin tidak sanggup untuk hidup tanpa lelaki yang aku cintai itu..

P/S: if u have sumone u loves, telh him or her before you lose him/her and then u will lost everything u had in ur heart..

P/S: I LOVE YOU..

Friday, July 30, 2010

ba pa da ba dabba...

salam senja..
senja nan merah.. kuikui
weekend coming again...phewww...setiap kali tibanya jumaat, mesti aku pikir ape akan aku wat esok? hari ni aku bertanya lagi ape akan berlaku esok? aku seperti biasa.. duk kat rumah. mengadap chemistry books, assignment, facebook, jurnal, proposal... alangkah bosannye..

Ade x sape2 nak ajak aku kua? hihihi.. my housemet sume tade kat rumah. tinggallah daku sendiri di sini.. uwaa... sungguh dan amat bosan.. kalo ade bf kan senang.. anne! nak bf satu... hahaha.. main order2 lak..hahaha...

Tuesday, July 27, 2010

Curhat di malam hari

Waktu bergulir, hari kian menginjak. Hari demi hari. Hidup penuh dengan kesukaran. Makin dilalui makin terserlah kepayahan menyelak halaman detik yg dipanggil kehidupan. Suasana hidup silih berganti, suram dan ceria menjadi peneman hari pelengkap memori.

Bicaraku malam hari seakan memujuk hati yg terkesot akibat perbuatan seorang rakan. Mungkin tidak sengaja dan tanpa disedari. Aku yg menjauhi, kupilih jalan itu. Bukan juga aku sengaja cuma untuk memujuk hati dan menangkis rasa tidak suka. Aku sayangi sebuah persahabatan. tapi mungkin berkawan tidak sama ertinya dengan bersahabat. itu harus kuakui.

Namun tak mengapa kerana aku masih punya ramai rakan. Aku juga bisa memujuk hati...
=)

Kekasih biasa vs. Kekasih sejati


kekasih biasa: selalu ingat senyum pada wajahmu
kekasih sejati: selalu ingat senyum dan tangis pada wajahmu

kekasih biasa: Setiap detik selalu menunggu panggilanmu
kekasih sejati: Setiap detik akan selalu menghubungimu

kekasih biasa: Akan membawa makanan yg enak2 untukmu
kekasih sejati: Akan menyediakan makanan yg kamu sukai

kekasih biasa: Tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur
kekasih sejati: Tidak kisah bila2 asalkan kamu menghubunginya

kekasih biasa: Selalu mendoakan kebahagiaanmu
kekasih sejati: Selalu berusaha membahagiakanmu

kekasih biasa: melihat semua yg dia telah korbankan untukmu
kekasih sejati: melihat semua pengrbananmu untuknya

kekasih biasa: berfikir bahawa pertengkaran adalah pengakhiran segalanya
kekasih sejati: berfikir jika tdk pernah bertengkar itu bukan cinta sejati

kekasih biasa: Selalu bertanya kenapa kamu membuatnya bersedih
kekasih sejati: selalu bertanya adakah dia membuatmu bersedih

kekasih biasa: Selalu menyatakan kamulah impiannya
kekasih sejati: Akan sentiasa berhati hati dalam berjanji kerana tidak mahu kamu kecewa

kekasih biasa: ingin kamu sentiasa disampingnya selamanya
kekasih sejati: ingin menemanimu selamanya...
Mungkin kan terputus di tengah jalan,
mungkin kan terlerai tanpa ikatan, sah ragu dengan takdir..
mungkin kita kan berbeza haluan
berakhirnya sebuah percintaan...

Sunday, July 18, 2010

if i can~~

he is sad rite now.. he has no strength. i noe dat. even he didnt tell me the truth.. by hearing his voice i noe sumthing had happened to him. he need space, away from me for a little time. isn't it weird?

3 nitght i keep dreaming about hiim. and i noe, sumthing bad happened. he want to hide it from me. yes i noe it. and i noe, it is because, he dun wan me to sad together wif him. he knows that i will sad if he is.

but i noe he need me just now. he need sumone besides him. but what can i do? i want to comfort him, telling him that i owez be there for him. but i noe he refuse that..

and i told myself.... he juz need a space to comfort himself when the one that he loves most get engaged by today... i noe his feelings... soo sorry for him..

WARKAH UNTUK BAKAL SUAMIKU

diz one i take from ma fwen's page... juz untuk muhasabah diri.. diri saya juga para pembaca sekelian.. sangat2 tersentuh.. saya andaikan penulis adalah saya dan saya tujukan untuk bakal suami saya juga.. saya yakin ini ada sedikit2 kaitan dengan saya juga anda pembaca sekalian.. hayatilah..

WARKAH UNTUK BAKAL SUAMIKU

Sy tahu, dah tercatat nama awk di loh mahfuz. Sy pun tahu nma sy pun dh tercatat utk awk sejak azali lg. Hanya Allah yang tahu. Xda sape pn antara kita yg tahu kn. Sbb 2 sy rsa xnk terlalu merancang coz perancangan Dia 2 lebih baik dari segala2nya. Allah jadikan sy dari tulang rusuk awk. Sy nk nanti awk jaga sy leklok. Walaupun bengkok namun dekat dihati awk utk disayangi dan dilindungi.

Awk, sy bukan sehebat Saidatina Khatijah, bukan sesuci Saiditina Aishah, bukan seteguh kasih Zulaikha. Tp sy teringin nk jd mcm mereka. Hanya utk awk. Sy sentiasa tunggu awk. Bakal Ayah utk anak2 sy, imam utk keluarga kita, pelengkap hidup sy, and sy pn teringin nk dengar awk azankn anak2 kita nnti. Mesti sy nangis msa 2 coz Allah temukan jodoh sy dgn awk.

Awk,sape awk? Yg mna 1? Awk dh hadir dlm hidup sy, blm hadir, pernah bersama n berpisah or awk yg mmg plg rapat dgn sy skrg? Sungguh sy xtahu n sy setia menunggu. Hanya Allah yg tahu coz pengetahuan dia meliputi seluruh alam.

Awk yg bernama bakal suami sy, sy minta maaf coz sy sepatutnya menjaga diri ni, jaga akhlak, jaga aurat n pelihara diri sy hanya utk awk. Segala2nya utk awk. Biar lelaki 1st yg sentuh sy, yg dgr sy ckp rndu n syg. Tp awk, di dunia yg tanpa sempadan ni,kdg2 sy leka. Sy alpa. Sy terpengaruh dgn sgala mcm pengaruh di sekeliling. Sy tahu, awk msti inginkan wanita suci yg hatinya belum diisi dgn mna2 lelaki, yg dirinya belum disentuh oleh mna2 lelaki walau dgn hujung jari. Awk pernah x dgr lagu kita insan biasa??

"Andainya Dapat Kuulang Semula
Suatu Zaman Yang Bernama Remaja
Akan Terpelihara Segala Milikku
Hanya Buatmu
Lautan Mana Yang Tidak Bergelombang
Bumi Yang Mana Tidak Ditimpa Hujan……"

Awk,sory sgt2 coz awk bkn yg pertama yg bertakhta kt hati sy. Sy dh tersalah bg cinta 2 utk org lain dulu. Spatutnya it’s jz 4 u. Sspecial utk awk. Dlm perjalanan sy nk mnuju kt puncak mahligai kta, sy tergelincir kdg2. Sy tercari2…mna awk. Dtg la selamatkan sy dari rsa kecewa dgn mna2 lelaki. Sy nk awk lindungi sy. Awk, awk bkn lelaki 1st yg mkn, kluar n jln2 dgn sy. Sy lalai n leka dgn org lain. Spatutnya awk org 1st yg wt smua 2 dgn sy.

Awk yg bernama bakal pembimbing sy, sy xmengharapkan kesempurnaan dari awk coz xda mnusia yg xpernah wt silap. Sy xmengharapkan paras rupa yg menawan, harta bertimbun. Biarla ianya sederhana. Awk tau x beratnya tanggungjawab awk nnti. Sy kesian pada awk. Sy xnk awk menanggung dosa sy sdgkan beban utk diri awk sndiri dh cukup berat. Awk,klau awk sedar smua 2 msti dari awal awk akn pesan kt sy, jaga diri, jaga tingkah laku, jaga aurat coz awk xnk dihumban ke neraka hanya kerana dosa sy n anak2 yg terpaksa awk tanggung. Kdg2 sy tingin nk jd up 2 date. Nk pkai cantik2. Tp yg terlintas kt hati sy, biar la 2 smua sy pkai utk awk nnti. Hanya utk awk. Sy rindu n nak sgt rsa kejujuran n kesetiaan dari awk. Sy dahagakan semua 2 coz sy xnah dpt smua 2 dari lelaki lain. Semuanya hanya ingin mengambil kesempatan di atas kesabaran ni. Sy nk awk jadikan sy satu2nya pelengkap hidup awk.

Awk, keterlaluan ke permintaan sy klau sy impikan rumahtangga yg bahagia disamping awk n anak2 kita nnti??? Sy nk jaga btl2 rumah tangga kita. Sy xnk anak2 kita nnti lalai terabai, kurang kasih sayang. Sy nk peruntukkan masa utk awk n mereka. Sy nk sentiasa ada masa utk keluarga. Tak sanggup sy tgk anak2 yg masih kecil ditinggalkan seharian suntuk dengan org gaji. Mereka masih dahagakan kasih sayang kita. Sy nk bila awk sibuk, sy ada menggantikan tempat awk kt rmh.biar penat tp sy yg uruskan sendiri rmhatangga kita.

Awk tau x keluarga yg bahagia 2 selalunya bermula dengan hubungan yang suci. Camna kia nk dapatkan kebahagiaan tu kalau dari awal dh dicemari dengan dosa noda, titik hitam n segala kemaksiatan. Bakal suamiku,dekatilah aku dengan cara yang baik, penuh hikmah. Jauhilah benda2 lagha yang mungkin pernah kita lalui sebelum kita ditemui dulu.

Awk, yang lepas biarla lepas. Sy sedia terima walau pe pun sejarah awk. Sape tahu mungkin dosa yg sy lakukan mungkin lebih besar dari dosa yg dh awk lakukan. Kerana itulah lumrah alam..pelengkap hidup manusia. Tak siapa terlepas dari melakukan kesilapan. Biarlah itu lipatan sejarah. Sy sabar menanti

………………………………………………………………………………………………………………………… Bakal isterimu

Saturday, July 17, 2010

aku vs pasangan



kesunyian itu terlalu indah....
aku kadang2 tak pasti dengan diri aku. apa yang aku mahu dalam meneruskan hidup. aku hanya mahu bahagia dan aku tidak pasti di mana bahagia itu.
mungkin kerana sudah biasa bersendirian dan kesunyian maka bagi aku ianya adalah bahagia aku.

aku hanya mahu duduk diam. tanpa suara, tanpa kata. diam dan memandang langit. hanya biru langit dan hijau daun. ianya sememangnya indah.
bersendirian aku sendiri. dari mula malah lambat laun. sendiri juga sendiri. itu lebih senang dan mungkin bahagia.

namun lumrah alam. diciptakan setiap itu berpasangan. sepasang mata, sepasang telinga, sepasang kaki juga tangan. tiada yang bersendirian. mungkin itu yg terbaik dan lebih indah. aku juga mungkin perlu begitu..

Wednesday, July 14, 2010

Rehat sebentar bersama Kit Kat

Assalamualaikum...

Da lame x update rasenye ye.. Kehidupan mulai sibuk. Aku mula bersama dengan buku dan fakulti. Sesunguhnya UiTM dihatiku. Tetibe lak.. hahaha.. Kehidupan aku sebagai pelajar sudahpun ku sambung semula. Bagun tido, g kuliah, balik kuliah, masak, study n tido lagi dan begitulah setiap hari.. oriented.

Duit banyak habis. ingat sem ni nak spend tuk beli printer je memandangkan proposal bakal dihasilkan sem ni tapi tetibe lak sume barang aku pakat nak tunjuk perasaan kat aku. Sume nye berpakat nak rosak serentak. Handfon, laptop ni pun da mereng2 dah. Adui.. Sumenye nak pakai duit..

Hati aku lak skang ni nape tah sensitip sangat. Kadang-kadang rase baik aku xyah tau sangat kehidupan Dia, dengan sape Dia berkawan and etc. Sebab kalo tau mesti risau, sedih, sume ade lah. Tapi rase nak tau tu tetap ade. Bila tau, rase takot. Dia ramai kawan perempuan, mungkin ade yg suke dia, mungkin ade yg dia suke. Tak nak face off the realiti.. huhu. teruk kan? He is my frens n always be my frens.. so what?? huhu.. terlalu sensitif la aku ni. Bukan ape, cuma risau jika Dia pun same dengan yg dulu2.. hopefully not.. but why not? Dia jauh dari mata, n can do anything. Dan aku? Kenapa perlu nak cemburu? Perlu ade ke rase cemburu tu? haish!!!!

Hidup ni kenapa perlu banyak fikir? Otak dah rase penat. Hati pun same. Seronok kalo jadi kanak2, x perlu fikir banyak. Bangun tido trus g main. Main dan main sampai penat, balik umah makan nasi, x perlu fikir nak diet. Nak beli ape2 mintak je duit ngan mak. Mane mak nak marah sebab xde duit sendiri lagi. Kawan pun bleh kawan nagn sume orang. Nak kawan ngan laki pun xpe sebab xreti nak berperasaan lagi.. huhu..

GTG.. assignment x siap lagi.. juz rehat sebentar bersama kit kat~~

Wassalam..=)

Wednesday, July 7, 2010

Sahabat, Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum...
Hari ni 8 July 2010. Genap 23 tahun kelahiran sahabat aku, A.
Ape aku nak cakap ye? hmmmm.. xtau nak cakap ape.. juz happy 23rd birthday. owez wishes for ur luck also happiness..n also wish the happiness for our frendship.

Apa aku nak cakap aku sayang dia dan persahabatan kami. Dan aku sangat gembira dapat mengenalinya. 7 tahun bukan mase yg singkat buat kami, banyak yg telah dikongsi bersama, hati dan perasaan. he knows me as well as i do. Dan aku harap persahabatan ni akan ada disini hingga ke akhirnya..

Terima kasih sahabat..

Tuesday, July 6, 2010

Diet.. Diet.. Diet..



Salam Sejahtera..
Diet.. Diet... Diet..
Sedikit perkongsian bersama:


Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...