Friday, February 25, 2011

JUJUR vs TIPU...

Salam...

Jujur dan tipu...
JUJUR... Satu perkataan yang manusia paling suka sebut.
"Saya suka orang jujur dengan saya"
"lebih baik awak cakap jujur daripada tipu. Kalo awak tipu saya lagi marah"

Bila ditanya setiap orang... Rata2 akan kata, "saya prefer kawan yang jujur dan ikhlas daripada kawan yang hipokrit, menipu je. Tunjuk je suke padahal xsuke"

Anda pembaca pun mesti berpendapat begini kan?

TIPU. Adalah satu perkara yang dipandang jahat. Permulaan perlakuan jahat adalah bermula dari menipu. Bak kata orang tua2 "siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri". Sume orang xsuka orang yang menipu. Ada sapa2 suka orang yang menipu??? sila angkat tangan!!

Hahahahaha...
Semua orang pasti tak angkat tangan kan? Apakah anda sebenarnya orang yang menipu kerana anda tak angkat tangan?

Ramai orang sukakan kawan yang diam. Kawan yang xbanyak cakap, Kawan yang terima je kalo ape2, Kawan yang rileks. Kawan yang suke memuji. Kawan yang sentiasa terima. Kawan yang xbanyak komen tentang diri sendiri.


Berapa ramai yang sanggup mendengar kata2 kawan yang bercakap jujur? Rata2 orang akan menjauhi mereka yang bercakap jujur. Berapa ramai orang yang sanggup dengar dirinya dikutuk depan2? Berapa ramai orang yang sanggup dengar bila kawan jujur yg kawan xsuka bf nya? berapa ramai yang sanggup terima bila kawan kata kamu ni bossy sangat la. Berapa ramai yang sanggup dengar bila kawan kata aku xsuka cara ko camni camni?? berapa ramai? Dan berapa ramai lagi yang akan terus berkawan dengan kawan yg xsuka bfnya? berapa ramai lagi kawan yang akan berkawan dengan orang yang nampak kelemahannya? Berapa ramai?


Dengan itu, tepuk dada tanyalah hati.. anda dikalangan orang yg mana? Sukakan kejujuran atau sukakan kepalsuan kerana yang diam depan kita x semestinya diam juga belakang kita..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...