Friday, July 22, 2011

Artis & Tudung

Salam…

Hari ni Dr. Wong takde lagi. Aku lak da siapkan proposal, so sangat2 xtahu nak buat ape lagi dah. Aku pun bukak la Metro. Terbace lak berita Irma Hasmi, tetibe rajen jadi paparazzi nak wat research sal artis2 bertudung di Malaysia. Sekarang Alhamdulillah semakin ramai artis yang sudah bertudung. Satu penghijrahan yang sangat baik. Cantik je tengok dorang bertudung kan? Okay kita layan beberapa cerita artis bertudung lak ye arini. Zasssssss…….

1/IRMA HASMI

Selama 14 hari berada di Mekah, cukup membuatkan pelakon dan pengacara popular, Irma Hasmie tergerak untuk memakai tudung sekembalinya ke tanah air.

"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

"Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma.





2/ FARAH DIANA

Penghijrahan Farah aku dapat tahu dari sebuah majalah tempatan. Pada asalnya niat mahu bertudung sudah lama disimpan. Beliau merancang untuk berubah atau berhijrah ke imej bertudung selepas berkahwin dan memiliki anak pertama. Tapi tak sangka pula, pintu hatinya kini sudah terbuka luas untuk bertudung lebih awal daripada jangkaan, malah sebelum beliau berkahwin lagi.

Berkongsi cerita detik permulaannya mengenakan tudung, niatnya itu terbuka lepas menjalani penggambaran di Kemboja bagi program Rasa Halal Orient, menerusi saluran Astro Oasis.

Mase kat Kemboja, Farah telah berkunjung ke sebuah pusat tahfiz. Beliau rasa terharu melihat ketekunan pelajar2 tahfiz yang gigih menimba ilmu dunia dan akhirat dalam keadaan daif dan serba kekurangan. Beliau merasa sebak dan apabila pulang ke bilik hotel beliau mula bermuhasabah diri.

Kemudian sekembalinya ke Kuala Lumpur, Farah berubah imej menjelang 11 Julai tahun lalu. Keputusan beliau disokong hebat oleh bapa beliau serta teman seperjuangan seperti pengacara asi Lemak Kopi O, Farah Adeeba, malah Farah Adeeba juga menghadiahkan beliau beberapa helai kain tudung.

Menurut Farah sejak dia bertudung, rezekinya semakin bertambah dengan kehadiran tawaran-tawaran iklan serta duta produk. Biasanya, bagi wanita yang telah berubah imej kepada bertudung, perwatakan mereka turut berubah menjadi lebih sopan.




3/ CATRIONA NORHAYATI ROSS

Cerita penghijrahan Catriona Ross aku dapat tahu bila tgk program Selami Jiwa yg diacarakan oleh Dr. Fadzilah Kamsah kat Astro Oasis tak lama dulu.

Kata Cat, beliau ketika alam remaja sangat nakal, beliau sering membuka tudung apabila di belakang pandangan ibu bapa terutama apabila keluar dengan kawan2 beliau.

Then tahun lepas, sebelum puasa beliau menemani beberapa orang kawan baik ke butik tudung. Ketika bosan menunggu, beliau mencuba sehelai tudung. Dan dengan sepantas kilat seperti tertusuk ke jantung, beliau menanggalkan tudung itu sepantas kilat.

Apabila pulang ke rumah beliau menangis semahunya. Ketika itu suami beliau outstation. Beliau dengan segera mencari tudung simpanan beliau namun gagal dan beliau dapati beliau langsung tidak mempunyai tudung.

Lantas beliau menelfon rakan beliau dan diberikan sehelai tudung serta rakan beliau sangat menyokong beliau dengan menghadiahkan beberapa helai tudung.




Ada beberapa lagi artis yang berhijrah ke bertudung seperti Aida Radzwill, Ziela Jalil, Erma Fatima, Wardina Safiyyah, dll. Xsempat aih aku nak cari cerita sorang2, da rase cam wartawan lak diri ini. Apepun, semua ini untuk pedoman semua. Semua orang boleh berubah dan berhijrah. Namun jangan pulak berubah hangat2 tahi ayam saje. Pakai litup untuk suatu tempoh je then pastu bukak sikit demi sikit. Semoga penghijrahan mereka semua membawa kebaikan. Cuma satu saja kerugian mereka sikit, gambar2 mereka sebelum ini masih boleh di akses di internet. Contoh kontroversi Wardina Safiyyah tidak lama dulu dimana pihak2 yg tidak bertanggungjawab masih mendedahkan gambar2 beliau yang tidak bertudung. Aku rase agak kasihan la kat mereka2 ni. Alangkah bagus jika mereka bermula dengan bertudung, namun setiap insan pasti ada sejarah hidup tersendiri.

Melihat perubahan mereka, aku juga berharap aku boleh berubah menjadi yang lebih baik dari yang ada sekarang. InsyaAllah ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...