Friday, December 16, 2011

Chemist berjiwa sastera...

Salam...

Minggu lalu, aku pulang ke kampung halaman. Lalu aku menyelongkar semua khazanah-khazanah lama dan........ terjumpa fail karya tulisan aku dahulu.

Dan aku baca sehelai demi sehelai... tiba-tiba terdetik di hati
"wah! aku ke yang tulis ni dulu? Hebatnya!"
Walaupun karya-karya itu hanyalah di kertas-kertas kotor, malahan ada di antaranya ada contengan-contengan pengiraan add math, formula-formula kimia dan fizik namun hasilnya sangat menakjubkan.


Menakjubkan maksud aku adalah menakjubkan jika dibandingkan dengan hasil karya aku sekarang. Mungkin kerana jiwa sastera aku sudah tumpul sebab terlalu banyak bace buku or journal berunsur sains kot.

Ya, aku akui zaman sekolah dahulu aku memang selalu baca buku bergenre sastera, makanya hasil tulisan aku lebih menakjubkan berbanding sekarang...

Makanya, aku harus mencari buku-buku puisi klasik untuk dibaca agar jiwa sastera yang sentiasa memberi aku kepuasan itu tidak menjadi semakin tumpul....

Dan akulah chemist or bakal pharmaceutist yang berjiwa sastera

2 comments:

~ shla aslim ~ said...

think like a scientist soul of an artist ;)

ainunl.muaiyanah said...

Saya pernah rasa begitu. tapi tidak mengapa, habiskan belajar dahulu dan selepas itu jadilah apa yang anda mahu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...