Sunday, August 5, 2012

Mens are from mars, women are from venus : Part 1

LELAKI DARI MARIKH DAN WANITA DARI ZUHRAH

Lelaki adalah dari planet Marikh dan wanita adalah dari planet Zuhrah. 2 planet ini adalh sangat berbeza dengan ketara.

Pada suatu hari manusia dari planet marikh melihat melalui teleskop dan ternampak manusia dari planet Zuhrah yang mempunyai bentuk yang berbeza dari mereka. Rupa bentuk yang sangat menawan dan mengujakan mereka yang memandang. Lalu bereka berseoakat untuk melawat manusia di Zuhrah untuk sesi taaruf.

Kehadiran Martian (manusia dari marikh) disambut mesra oleh Venusian (manusia dari Zuhrah). Mereka bertaaruf dan berkenalan. Timbullah rasa kasih dan sayang antara mereka. Perasaan kasih sayang yang tidak pernah mereka rasakan. Sangat unik. Kasih sayang itu ibarat magik, mereka berkongsi segala kegembiraan, kesedihan, malahan menerima perbezaan antara mereka berdua walaupen mereka berasal dari planet yang berbeza.

Setelah beberapa lama mengenali dan berkasih sayang, mereka bersepakat untuk ke Bumi, membina hidup baru di sana bersama-sama. Pada awalnya, segalanya indah dan bahagia sehinggalah pada suatu hari, ketika mereka terjaga dari tidur, didapati mereka telah meghidap amnesia- amnesia terhadap perkara yang tertentu sahaja! 


Kedua-dua mereka telah lupa bahawa mereka berasal dari planet yang berbeza dan mempunyai perbezaan tersendiri. Mereka mulai menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak memahami setiap dari mereka dan dari sini timbullah konflik antara mereka.

p/s:

begitulah dengan perhubungan kita, kadangkala kita lupa bahawa wanita dan lelaki di lahirkan dengan sifat, sikap dan keinginan yang berbeza. Kita selalu mengharapkan pasangan memahami kita sedangkan mana bisa pasangan yang punya sifat yang berbeza memahami kita selengkapnya. Tanpa kesedaran bahawa kita adalah berbeza makanya, kita mulai marah2, kecewa dan sebagainya sedangkan kita lupa perbezaan gender yang wujud antara kita.

Jom baca MENS FROM MARS AND WOMEN FROM VENUS utk memahami perbezaan antara kedua2 gender yang unik ini supaya kita bisa memperbaiki hubungan mungkin juga menyelamatkan sesuatu yang sungguh bernilai dalam hidup ;)

Lots of love
DEQJAAS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...