Sunday, January 30, 2011

8 & 9 Januari 2011


Saya rindukan 8 & 9 January 2011.... sobs sobs....

Friday, January 28, 2011

Mimpi lagi dan lagi~

Semalam dia datang lagi
Menjenguk tirai mimpiku
Seperti hari hari yang sudah
Apa mahunya aku tak pasti
Apa inginnya aku tak mengerti
Setiap kali bertentangan
Pasti dia akan menjenguk mimpiku
Bukan sebagai musuh
Bukan juga sebagai lawan
Namun sebagai teman
Yang seolah-olah akrab sekali
Untuk apa aku masih tertanya
Mungkin masih ada hutang yang belum terlangsai
Mungkin masih ada yang pudar belum dijernihkan
Ingin aku meminta
Agar dia menjauh
Kerana mimpi ini
Pasti mengganggu fikiranku di siang hari
Silalah menjauh hanya itu pintaku
Dan hari ini
Aku pasti bermimpi lagi
Mimpi tentangnya
Kerana aku bertentang dengannya
Lagi......

Sunday, January 23, 2011

terbaeeekkk~~

Salam..
Siang tadi ingat nk study organometallic & electrochemistry. Bajet2 mase cukup la coz start study kul 10 pagi. Anggaran lam kul 2 ptg leh le continue ngan electro laks. Malam laks plan nak study material. Eceh, dalam satu hari study 3 subjek beb.. Memang terbaekk!! Bukan ape, diz week i'm quite busy dengan kelas, ngan lab, meeting *sigh*. But its orite. Arini saje la xnak g lab sebab nak study (kononnye la)

Plan baeek punye nih. Sambil2 tu on la lappy. Mule2 saje2 je tgk youtube lagu2. Tetibe tertekan lak perkataan 'NGANGKUNG'. Alamak! jumpe link la. Ape lagi.. layannnn~~

Abis layan Ngankung, tetibe lak jumpe link 'MAGIKA' lak... aduhhh, dugaan betul... then layann lagi.. terbaikk.. cun lak tu cite. Ala2 fairy tales n i like! Credit to KRU Brothers.

Habis jek Magika, igt nk stop la.. Tetibe lak ternampak 'TANGLED-RAPUNZEL'. Saya klik lagi kat link tu. Layan lagi.. Yg sepatutnya study 2 subjek siang tadi, mampu habiskan 1 subjek je.. Organo.


Malam laks, dengan bangganya membka buku Material Chemistry. Sambil duk tgk2 notes, handout, buku teks n my notes sendiri. tetibe tergatal tangan search la pulak 'Lagenda Budak Setan' yg drama pulak. Tup2, abis 4 episod tgk malam ni saje, notes material dapat siapkan suku kertas A4 jek.. mmg terbaik sungguh!

Mane cikgu saye ni, mai tulun rotan ni.. pemalas! Asyik nak main jek kejenye... haiyaaa!!! Tinta, plis dun do it again ok??? u r wasting ur time!! *marah kat diri sendirik*

p/s: tapi best gak. Dapat le release tension setelah seminggu tanpa rehat yg cukup.. (Bajet busy la tu)

Saturday, January 22, 2011

Itulah sayang~~

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tuesday, January 18, 2011

Insiden hujan dan masa depan~

Salam..

8 Januari 2011
Plaza Angsana Johor Bharu


Dia :Nampak cam nak ujan je ni. Kalo kite keluar lecun jugak kite ni.(sambil merenung jauh ke luar)

Saya : Mane ade. Tengok orang tu jalan ok je. Kalo ujan mesti die jalan cepat2 xnak kasi kena hujan. (sambil blur2 tengok keadaan kat luar cam cerah je)

Dia : Memang la 500meter ni x nampak cam ujan. Cube tengok 5km kat depan nu, nampak tak langit camane?(pandang saya dengan senyum manis terukir di bibir)

Saya :Aah la.. hihihi..(senyum)

Insiden ni sebenarnye telah menjadi satu kayu ukur untuk kami. Sejak insiden ini dia sering berpesan pada saya supaya sering memandang 5km di hadapan kita, bukan sahaja 500meter di hadapan. Perjalanan hidup ni terlalu rumit dan memerlukan keputusan yang tepat. Dan katanya, setiap kali melakukan apa2, seringkali lah memandang jauh ke masa depan kita, bukan setakat setahun dua malah untuk 10 tahun akan datang.

Dan bila masa saya hampir putus asa, hampir rebah meniti hari2, dia akan sentiasa mengingatkan insiden ini kepada saya untuk dijadikan panduan.

Monday, January 17, 2011

lalalala~

Salam..

Mengetuk dulang paku serpih.. Mengata saya, awak tu yg terlebih2. Alangkah seronoknya. lalallala~

Moral of the story: jgn le laser sangat. Nak mengata orang tu, tilik2 diri sendiri dulu. Dulu bukan main mengata saya ye. Sekarang, nah ambik ko. Awak tu lagi juta2 kali lagi teruk...lalala~

Ingatlah, time kite kat atas tu jangan takbur sangat. Biasa2 sudahh. Jangan sangka tupai melompat takkan jatuh. Ni bukan setakat jatuh, siap tergolek2 lagi. lalala~

Friday, January 14, 2011

I love her...

Salam..
Mood: sedih dan terluka.


I love her.
More than I thought.
I love her.
But maybe she doesn't know that
or maybe she knows but she never care at all.
I'm hurt
But maybe only me felt that
And, she never care.





Saya punya kawan. Kawan yang saya kenal beberapa tahun dahulu. Kawan yang sentiasa bersama saya suatu ketika dahulu. Kawan baik yang sentiasa pakai baju same warne dengan saya. Yang sentiasa pakai kasut yang sama dangan saya. Dan sewaktu dulu kami sangat gembira. Sentiasa tersenyum.

Tapi bumi ini berputar pada paksinya. Ombak yang datang tetap memusnahkan pantai. Roda yang berputar di sepanjang jalan. Detik waktu yang meninggalkan. Kami semakin jauh antara satu sama lain.

Dunia ini penuh pancaroba. Dunia sekarang penuh kebendaan. Namun apa ada pada saya? Hanya ibarat basikal buruk yang dicampak setelah adanya motosikal baru. Saya tidak punya apa2. Hanya yang ada bas rapid sahaja. Saya tidak punya basikal, apatah lagi motosikal atau kereta yang boleh memnudahkan orang lain. Saya hidup penuh berdikari dengan apa yang ada. Dan tidak semua orang boleh menerima itu.

Mencari teman untuk berkongsi susah amat payah kerana nyata hidup ini terlalu ramai ingin berkongsi senang. Dan itu, saya relakan dia pergi bersama teman barunya yang punya segalanya. Tentang saya usah dirisaukan. Tahulah saya merawat hati.

Tidak pernah terfikir untuk saya menyayangi seorang kawan sebegini. Tidak pernah terlintas di hati untuk merasa sedih melihatnya bersama teman lain. Tidak pernah saya sangka wujud sedikit rasa cemburu melihat dia dengan teman barunya, yang mana mereka sering melakukan perkara yang sama seperti yang kami lakukan dulu. Saya sangat merindui itu. Semuanya sangat menyakitkan. Dan dengan itu, saya memilih untuk memencilkan diri. Berada jauh di sudut sana. Memujuk hati yang sering menangis.

Ingin sekali saya nyatakan tentang perasaan ini. Namun siapakah yang mampu mengerti? Ini semester akhir. Dan saya harus kuat. Let she with her. I hope I dun mind anymore... And I hope she will be fine with her decision of ignoring me for someone she felt she can cope with.. and I always hope that she will be alright..


p/s: i love u girl, with all i have as a good fren to u. hope u will understand later why i'm gonna be like this...

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku~

Salam...

Tolong Ingatkan Aku,
Bahawa 2 tahun tu tak lama
Semuanya pasti ok nanti.

Tolong Ingatkan Aku,
2 tahun itu adalah pasti
Kami mungkin tidak berjauhan lagi.

Tolong Ingatkan Aku,
Jika 7 tahun dulu boleh,
Mengapa sekarang tidak.

Tolong Ingatkan Aku,
Sabar itu sangat ajaib
Dan sabar itu sangat berbaloi2.

Tolong Ingatkan Aku,
Segalanya pasti baik-baik saja nanti...
:)



Tuesday, January 4, 2011

kadangkala~

Kadangkala
Sedih merangkak datang kembali
Aku pernah merasakannya..


Kadangkala
Simpati menjenguk tirai hati
Dia kini merasakannya..

Kadangkala
Baru kita sedar
Betapa bulat dunia ini
Berputar-putar di atas paksinya..

Namun
Tak semua orang bertepuk gembira
Atas kesedihan orang lain
Hanya yang pernah merasa akan mengetahui...

p/s: hanya hati yg tahu...

Sunday, January 2, 2011

Filem Cinta 2010 : LBS

Bila cinta kini tak lagi bererti
Yang kurasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu~~


Semalam saya menonton filem cinta hebat 2010 --> Lagenda Budak Setan. Setelah berkurun teringin nak tengok. Akhirnya.... Walaupun dikira sebagai out of date sebab baru sekarang nak tengok. Tapi saya puas hati. Puas hati dapat tengok.

Mula2 tgk... saya tak tahu kenapa hati saya rase berdebar-debar. Bila cerita da start.. hmmm...

it start to flowing down
then... non stop...
Ohh my GOD.. i'm crying.


Cerita dia simple. Jalan cerita yang simple. Not too complicated. Tapi menyentuh hati saya. Saya tak tahu nak komen pasal apa. Cerita dia tade la best sangat. Tapi sangat mendalam. Touching me deeply. Meninggalkan seseorang yang disayangi kerana permintaan keluarga (Ayu). Tidak melupakan rasa cinta walaupun apa yang berlaku (Kasyah). Meninggalkan seseornag yang dicintai untuk kebahagiaanya (Kate). Sanggup berbuat apa saja untuk orang yang dikasihi (Azmi). Segalanya tetang cinta. Azmi mungkin dianggap sebagai watak antagonis. Baran, kasar, dan ganas. Namun di sebalik sifatnya, dia sanggup melakukan apa saja demi cintanya. Dia banyak berkorban untuk Ayu. Namun benar kata orang, pengorbanan tidak dapat membeli cinta. Kasyah, superhero dalam filem ini. Sangat tersentuh hati bilamana dia bersungguh-sungguh menjaga Ayu ketika ayu hilang ingatan. Betapa sabarnya dia. Touching... INI CERITA TENTANG CINTA. Segala tentangnya..


Apa lagi yang saya suka tentang cerita ini? hmm.. Suasananye. Sangat suka suasana kampung tempat Kasyah buat research


Sangat dan amat indah. Sangat suka pokok di atas bukit...


Tapi abg saya kata, LBS series lagi best. Lagi mencabar. Lagi banyak konflik dan lebih real. uhh.. x sabar nk donload. huhu.. Dan esok.. saya akan dapatkan novelnya (for the first time nk carik novel melayu, cam x caye jek)



Layanzzzzz...

Hello semester akhir.. wink2...

Salam tahun baru...
Esok 3hb Januari 2011. Bermula sesi pembelajaran baru untuk saya, kawan di UiTM dan juga universiti awam yang lain, juga untuk adik2 yang masih bersekolah. Esok hari Isnin yang menceriakan kerana dapat jumpe balik kawan sekelas dan sefakulti. Yay!!

Hmm.. Esok bermula semester baru dan juga semester akhir untuk saya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kimia di UiTM (Universiti Ini Tolong Melayu)InsyaAllah. Rase macam semalam je saya mendaftar di UiTM kampus induk ni. Sungguh cepat masa berlalu. Tak terasa 2 tahun setengah berada di sini. Apekah saya akan meninggalkan UiTM dan beralih ke universiti lain tahun hadapan? Itu belum pasti tetapi yang pasti nama UiTM akan tetap bersemi di hati ini. ahhh... tetibe syahdu lak. Jap2, nk nyanyi lagu ni jap

hahaha.. patriotik lak

Lagu ni tetap akan mendirikan bulu roma saya tiap kali menyanyikannya beramai-ramai terutama sekali ketika konvo. Mase konvo mau rasenye nak nanges nyanyi lagu ni.. sob sob...

OK, esok da start kelas. Sem ni saya perlu lebih berusaha. Lebih dan lebih dan lebih. Ni je sem yang saya ada. Oleh itu, nak ke tak nak ke, kne usaha jugak. Kan kan? Tapi yang best, jadual sem ni agak menyebelahi saya. Isnin kelas start kul 3 dan hanya 1 kelas sahaja. So, no more Monday Blues. Bubye!! hihik.. Sem ni da x tarek subjek da (nak tarik mende agi da tade subjek da nak tarik) ngeee~~

Azam untuk sem ni-->> mencipta kenangan-kenangan terindah bersama teman-teman sekelas. Semoga saya akan pergi bersama kenangan-kenangan manis sem depan untuk dikenang.. sedih.. sob sob. xmo cakap da.. sob sob..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...