Friday, January 28, 2011

Mimpi lagi dan lagi~

Semalam dia datang lagi
Menjenguk tirai mimpiku
Seperti hari hari yang sudah
Apa mahunya aku tak pasti
Apa inginnya aku tak mengerti
Setiap kali bertentangan
Pasti dia akan menjenguk mimpiku
Bukan sebagai musuh
Bukan juga sebagai lawan
Namun sebagai teman
Yang seolah-olah akrab sekali
Untuk apa aku masih tertanya
Mungkin masih ada hutang yang belum terlangsai
Mungkin masih ada yang pudar belum dijernihkan
Ingin aku meminta
Agar dia menjauh
Kerana mimpi ini
Pasti mengganggu fikiranku di siang hari
Silalah menjauh hanya itu pintaku
Dan hari ini
Aku pasti bermimpi lagi
Mimpi tentangnya
Kerana aku bertentang dengannya
Lagi......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...