Sunday, January 2, 2011

Filem Cinta 2010 : LBS

Bila cinta kini tak lagi bererti
Yang kurasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu~~


Semalam saya menonton filem cinta hebat 2010 --> Lagenda Budak Setan. Setelah berkurun teringin nak tengok. Akhirnya.... Walaupun dikira sebagai out of date sebab baru sekarang nak tengok. Tapi saya puas hati. Puas hati dapat tengok.

Mula2 tgk... saya tak tahu kenapa hati saya rase berdebar-debar. Bila cerita da start.. hmmm...

it start to flowing down
then... non stop...
Ohh my GOD.. i'm crying.


Cerita dia simple. Jalan cerita yang simple. Not too complicated. Tapi menyentuh hati saya. Saya tak tahu nak komen pasal apa. Cerita dia tade la best sangat. Tapi sangat mendalam. Touching me deeply. Meninggalkan seseorang yang disayangi kerana permintaan keluarga (Ayu). Tidak melupakan rasa cinta walaupun apa yang berlaku (Kasyah). Meninggalkan seseornag yang dicintai untuk kebahagiaanya (Kate). Sanggup berbuat apa saja untuk orang yang dikasihi (Azmi). Segalanya tetang cinta. Azmi mungkin dianggap sebagai watak antagonis. Baran, kasar, dan ganas. Namun di sebalik sifatnya, dia sanggup melakukan apa saja demi cintanya. Dia banyak berkorban untuk Ayu. Namun benar kata orang, pengorbanan tidak dapat membeli cinta. Kasyah, superhero dalam filem ini. Sangat tersentuh hati bilamana dia bersungguh-sungguh menjaga Ayu ketika ayu hilang ingatan. Betapa sabarnya dia. Touching... INI CERITA TENTANG CINTA. Segala tentangnya..


Apa lagi yang saya suka tentang cerita ini? hmm.. Suasananye. Sangat suka suasana kampung tempat Kasyah buat research


Sangat dan amat indah. Sangat suka pokok di atas bukit...


Tapi abg saya kata, LBS series lagi best. Lagi mencabar. Lagi banyak konflik dan lebih real. uhh.. x sabar nk donload. huhu.. Dan esok.. saya akan dapatkan novelnya (for the first time nk carik novel melayu, cam x caye jek)



Layanzzzzz...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...