Sunday, January 2, 2011

Hello semester akhir.. wink2...

Salam tahun baru...
Esok 3hb Januari 2011. Bermula sesi pembelajaran baru untuk saya, kawan di UiTM dan juga universiti awam yang lain, juga untuk adik2 yang masih bersekolah. Esok hari Isnin yang menceriakan kerana dapat jumpe balik kawan sekelas dan sefakulti. Yay!!

Hmm.. Esok bermula semester baru dan juga semester akhir untuk saya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kimia di UiTM (Universiti Ini Tolong Melayu)InsyaAllah. Rase macam semalam je saya mendaftar di UiTM kampus induk ni. Sungguh cepat masa berlalu. Tak terasa 2 tahun setengah berada di sini. Apekah saya akan meninggalkan UiTM dan beralih ke universiti lain tahun hadapan? Itu belum pasti tetapi yang pasti nama UiTM akan tetap bersemi di hati ini. ahhh... tetibe syahdu lak. Jap2, nk nyanyi lagu ni jap

hahaha.. patriotik lak

Lagu ni tetap akan mendirikan bulu roma saya tiap kali menyanyikannya beramai-ramai terutama sekali ketika konvo. Mase konvo mau rasenye nak nanges nyanyi lagu ni.. sob sob...

OK, esok da start kelas. Sem ni saya perlu lebih berusaha. Lebih dan lebih dan lebih. Ni je sem yang saya ada. Oleh itu, nak ke tak nak ke, kne usaha jugak. Kan kan? Tapi yang best, jadual sem ni agak menyebelahi saya. Isnin kelas start kul 3 dan hanya 1 kelas sahaja. So, no more Monday Blues. Bubye!! hihik.. Sem ni da x tarek subjek da (nak tarik mende agi da tade subjek da nak tarik) ngeee~~

Azam untuk sem ni-->> mencipta kenangan-kenangan terindah bersama teman-teman sekelas. Semoga saya akan pergi bersama kenangan-kenangan manis sem depan untuk dikenang.. sedih.. sob sob. xmo cakap da.. sob sob..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...