Salam..
Mood: sedih dan terluka.
I love her.
More than I thought.
I love her.
But maybe she doesn't know that
or maybe she knows but she never care at all.
I'm hurt
But maybe only me felt that
And, she never care.
Saya punya kawan. Kawan yang saya kenal beberapa tahun dahulu. Kawan yang sentiasa bersama saya suatu ketika dahulu. Kawan baik yang sentiasa pakai baju same warne dengan saya. Yang sentiasa pakai kasut yang sama dangan saya. Dan sewaktu dulu kami sangat gembira. Sentiasa tersenyum.
Tapi bumi ini berputar pada paksinya. Ombak yang datang tetap memusnahkan pantai. Roda yang berputar di sepanjang jalan. Detik waktu yang meninggalkan. Kami semakin jauh antara satu sama lain.
Dunia ini penuh pancaroba. Dunia sekarang penuh kebendaan. Namun apa ada pada saya? Hanya ibarat basikal buruk yang dicampak setelah adanya motosikal baru. Saya tidak punya apa2. Hanya yang ada bas rapid sahaja. Saya tidak punya basikal, apatah lagi motosikal atau kereta yang boleh memnudahkan orang lain. Saya hidup penuh berdikari dengan apa yang ada. Dan tidak semua orang boleh menerima itu.
Mencari teman untuk berkongsi susah amat payah kerana nyata hidup ini terlalu ramai ingin berkongsi senang. Dan itu, saya relakan dia pergi bersama teman barunya yang punya segalanya. Tentang saya usah dirisaukan. Tahulah saya merawat hati.
Tidak pernah terfikir untuk saya menyayangi seorang kawan sebegini. Tidak pernah terlintas di hati untuk merasa sedih melihatnya bersama teman lain. Tidak pernah saya sangka wujud sedikit rasa cemburu melihat dia dengan teman barunya, yang mana mereka sering melakukan perkara yang sama seperti yang kami lakukan dulu. Saya sangat merindui itu. Semuanya sangat menyakitkan. Dan dengan itu, saya memilih untuk memencilkan diri. Berada jauh di sudut sana. Memujuk hati yang sering menangis.
Ingin sekali saya nyatakan tentang perasaan ini. Namun siapakah yang mampu mengerti? Ini semester akhir. Dan saya harus kuat. Let she with her. I hope I dun mind anymore... And I hope she will be fine with her decision of ignoring me for someone she felt she can cope with.. and I always hope that she will be alright..
p/s: i love u girl, with all i have as a good fren to u. hope u will understand later why i'm gonna be like this...
3 comments:
gelaran sahabat amat besar anugerahnya, apatah lagi sahabat akrab, pasti sangat pelik kalau tidak bersama, tp perpisahan tetap akan terjadi, cuma cepat atau lambat dan bagaimana pula caranya, akk pasti dia tak lupakan awak, cuma dia seronok dengan persekitaran baru, manusia berubah........
sahabat sejati susah dicari..
hati2 bila brkawan..
nanti memakan diri
Hazwan: akan saya ingatitu ;)
Ayushida: mungkin dia xlupa, cuma xigt untuk sementara waktu...
Post a Comment