Friday, June 11, 2010

jodoh pertemuan


Salam...
Salam muhibbah, salam Satu Malaysia, salam perkahwinan dan salam piala dunia juga.

Dah lame tak mencoret rasenye. Sebenarnya laptopku sakit dan doktornya jauh nun di Penang sane so, tiada siapa yang nak merawatnya. Kadang - kadang dia ok kadang - kadang dia demam selesema. so, aku biarkan dia berehat untuk sementara waktu memandangkan doktornya pun entah bila bisa berjumpa.

Lewat hari-hari ini ramai benar yang mendirikan masjid. kad jemputan dirumah makin lama semakin banyak.. Ada sampai 4 jemputan pada satu hari. Tapi itu semua jemputan untuk ibuku la. Rakan-rakanku juga semakin hari semakin ramai yang menamatkan zaman 'single' mereka. Tak kurang juga yang memulakan zaman keibuan meraka. Dan semakin hari jumlah rakan lepakku di kampung semakin berkurangan. Masing-masing sudah punya komitmen kepada famili masing-masing. Walaupun agak sedih tetapi aku turut merasa gembira. Mereka sudah punya kehidupan masing-masing.

Kadang terfikir juga aku, bilakah aku akan berada di tempat yang sama seperti mereka?
Ibuku kian bising kerana aku masih tidak punya teman istimewa. Barangkali risau anaknya tidak laku atau mungkin risau aku bakal menjadi andartu. aku pun tidak pasti.. Mungkin juga ibuku tidak sabar menantikan satu-satunya menantu lelaki di rumah ini.

Aku, bukannya tidak mahu mencari teman. Bagiku, aku tidak mahu rasa derita lagi. Oleh itu ku harus mencari yang terbaik untukku dan anak-anakku kelak. Aku punya gerak hati yang kuat cuma mungkin masanya belum tiba. Aku juga tidak pasti adakah gerak hatiku itu adalah sebenar-benar 'Mr. Right' yang digembar-gemburkan oleh orang-orang. Kata orang bila kita benar-benar berjumpa dengan jodoh kita, kita dengan automatis akan rasa bersedia untuk berkahwin. Ya benar, memang ada rasa itu tetapi mungkin kerana aku sudah dewasa dan melihat kawan-kawan yang lain mendirikan rumahtangga, lalu aku berasa demikian. Mungkin juga. Tiada siapa di dunia ini berkahwin untuk bercerai, oleh itu kita harus benar-benar pasti sebelum membuat keputusan. Dan aku juga perlu begitu. Aku sangat-sangat kagum dengan rakan-rakan ku yang telah mendirikan rumah tangga kerana mereka begitu yakin dengan pasangan mereka.

Suatu pertemuan dengan Mr. or Mrs. Right kadang-kadang bukanlah suatu yang terjangka. Mungkin sesiapa sahaja yang anda jumpa di kedai kopi. mungkin juga rakan anda sejak kecil lagi, mungkin juga jiran anda, mungkin juga mereka yang beratur di belakang anda sewaktu anda dan pasangan beratur membeli tiket wayang, mungkin bekas kekasih dulu, mungkin juga kekasih anda dulu kini dan selamanya. Segalanya mungkin kerana jodoh ini hanya Tuhan yang tahu. Dia yang menentukan dan apabila Dia kata 'kun fayaku', maka jadilah.

To all my friends yang telahpun mendirikan rumahtangga juga kepada sesiapa saja yang sudah benikah, aku doakan kebahagiaan yang berkekalan hingga hujung nyawa buat kalian bukan setakat anak dan cucu..

salam tinta..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...