Wednesday, March 16, 2011

MUALLAF~

Salam...

Baru lepas menonton filem Muallaf. Maybe agak out of date, cite ni tah tahun berapa tah disiarkan, but rase cam da lame da la disiarkan tp sy baru tgk. hmmm....

Agak kecewa sebenarnya menonton cerita ini. Hati rase cam hancur. Wat actually Allahyarham nk tonjolkan sangat lam cite ni, i dunnot know. Tajuk cerita MUALLAF, but the whole cerita lebih bercerita tentang Bibble, bercerita tentang agama Christian. Saya jadi agak tdak faham apa yg ingin ditonjolkan yang membolehkan filem tersebut memenangi banyak anugerah. Gadis tersebut (Rohani dan Rohana) kata mereka muslim, mereka sembahyang dan mereka kata mereka tidak cetek dalam ilmu agama Islam. Namun mereka dengan lancar bercerita tentang sejarah Kristian. Overall filem ni pun bercakap tentang Kristian,not Islam sebagaimana tajuknya. Apa sebenarnya dalam fikiran Allahyarham agaknya? Saya bukan mahu meng'kondemkan' beliau yang sudah tidak ada tetapi saya berasa tercabar dengan adegan filem tersebut seolah2 mahu meninggikan agama lain atau mungin menyamaratakan agama Islam dengan agama lain. Atau filem itu langsung tidak menunjukkan agama Islam itu indah, dan tinggi darjatnya. Sehinggakan pelakon Islam di dalam cerita tersebut menghafal bait2 Bible sedangkan bila tiba sesuatu perkara untuk dikaitkan dengan ayat2 alQuran, beliau hanya menyebut nama surah dan ayat ke berapa sahaja. Tidak pula dibacakan ayat tersebt sebagaimana dibaca ayat di dalam Bibble. Ada part dimana beliau membaca AlQuran untuk sahabat mereka yang sedang koma, di'mute'kan suaranya tetapi didengarkan muzik sayu. Saya rasa snagta tercabar dan marah. Hati saya mengeluh. Sehingga ke tahap itu ceritanya?

Saya perhatikan setiap filem beliau mesti ada satu objek yg WAJIB ditonjolkan iaitu anjing. Semua filem beliau ada anjing. SEPET, GUBRA, sume ade anjing. Dan jalan cerita filem2 beliau juga mesti memberatkan kaum Cina. Bukan bermakna saya racist, tetapi beliau suka menonjolkan kehidupan kaum dan agama lain. Ajaran mereka, fahaman mereka ditunjukkan meluap2..


Dan sehingga habis ceritanya, saya masih tertanya2 kenapakah filem itu dinamakan MUALLAF?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...