Tuesday, November 22, 2011

Auuummmm~

Salam 1 Malaysia..
Salam Harimau Muda.. AUUUMMMMM…
Okeh, arini 22hb yg sangat ceria untuk aku. AUUUMM again. Harimau mengaum kedengaran sehingga ke Malaysia. Yes, aku gembira untuk kemenangan team Malaysia kat Sea Games-26 menewaskan Garuda.

Tapi aku lebih-lebih gembira apabila lebih 100ribu penyokong Negara tersebut terdiam, terkaku dan terkesima dengan pandangan yang teramat kecewa. Memang agak ‘kejam’ bunyinya kan? Aku tersangat gembira kerana para penyokong Garuda akhirnya terpaksa menelan kembali segala cemuhan, kutukan, penghinaan terhadap Malaysia. Apa rasanya wahai para pengkritik yang tidak professional? Pedih bukan? Sepedih itulah kami penyokong Harimau menelan segala kutukan kamu di media. Moral of the story, watch your words. ‘Kita kan serumpun’…

Apepun tahniah kepada semua atlet-atlet bolasepak Malaysia. Terutama kepada encik Kapten Badrool Bakhtiar dengan goal penalty terakhir iaitu gol penentuan. Tahniah!! Dan kepada semua barisan pertahanan Harimau yang sangat kental walaupun cara permainan pihak lawan sangat hebat bagi aku.
Tak lupa kepada semua atlet-atlet yang Berjaya mengharumkan nama Malaysia di Sea Games Indonesia. Atlet renang berirama yg menyapu bersih 5 emas, atlet berbasikal dan kesemua sekali. Walaupun kita berada di tangga ke 4 sekarang namun bagi Negara sekecil kita, itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Teruskan usaha dan sekalung SYABAS! Nantikan esok Harimau bertemu Syria.. Good luck!! AUMMMMM….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...