Sunday, June 26, 2011

Hati

Wahai pemilik hati
Tahukah caranya merawat hati?

Wahai sang hati
Mengapakah sering keliru?
Silalah berikan kerjasama
Mengapa harus wujud perasaan ragu?
Perlu sentiasa bertahan
Janganlah gentar lagi

Wahai pemilk hati
Silalah jaga hatimu ini
Ianya rapuh ibarat kulit bawang
Kebalkan benteng perasaan
Jangan dibiar runtuh...


Sunday, June 19, 2011

Aku & perkahwinan~

Salam....

Hari ni aku terasa sangat berminat untuk bercakap mengenai perkahwinan. Bila disebut tentang perkahwinan, yg terbayang di mnda kita pastinya perkara2 yg indah2 dan best2 belaka kan? Hidup berdua bersama orang yang tercinta. Siang malam meluangkan mase bersama, melakukan aktiviti harian bersama. YG best2 je yg selalu difikirkan...

Umur da meningkat, mmg wajar pun da cakap sal perkahwinan ni. Sane sini rata2 rakan seusia sudahpun melangkah setapak atau dua tapak ke hadapan, samada bertunang atau bernikah. Malahan ade yg sudahpun menerima cahayamata. Aku pula masih mencari2 haluan. Siapa bakal suami? siapa jodoh? bila majlisku? bagaimana keadaannya? Ramai juga yang sudah mula bertanya dan xkurang teman2 yg sudah siap sedia bahagi2 turn kawen masing2 ( dan yg tentu nye semua menunding jari ke arahku sebagai next candidate...hahaha)

Aku? Kadang2 rasa sudah bersedia... namun kadang2 pelbagai persoalan berlegar2 di fikiran. Takut ada, risau pun ada. Kadangkala bila tgk member2 yg dah mendirikan rumahtangga terasa kerdil je diri ni. Hidup mereka sudahpun lengkap, punya suami, punya anak, punya keluarga sendiri sedangkan aku masih tercri-cari dan terkapai-kapai sendirian.

Aku sudah biasa hidup sendiri. Bergerak sendiri. Melakukan kerja2 sendiri. Tidur sendiri. Bilik sendiri. Hidup sendiri. Bagaimana harus aku hidup berdua nanti? Berkongsi segala2nya. Berkongsi rumah, berkongsi makanan, berkongsi bilik dan berkongsi katil???? tidakkah nanti aku merasa kekok? Tidakkah nanti hilang privacy?

Aku sudah biasa hidup bersama keluargaku. Segala tingkah laku perangai mereka aku fahami. Bagaimanakah nanti penerimaan suamiku terhadap keluargaku? Bagaimana jika mereka tidak serasi? Tidakkah timbul rasa kekok?

Aku sudah biasa dengan cara keluargaku. Mungkinkah nanti aku mampu menjadi menantu idaman mentuaku dan mengikut cara keluarga suamiku? Dapatkah aku membahagiakan keluarganya sebagaimana aku dan keluargaku? Dapatkah mereka menerimaku?

Aku sudah biasa bersendirian bila ada masalah. Namun bila berkawin nanti bagaimana aku bisa bersendirian jika aku dan suami punya masalah? (nauzubillah), kerana rumah sudah di kongsi bersama. Aku tidak dapat lari kemana2. Jika sebelumnya aku boleh je wat diam n x reply mesej, tapi jika sudah berkahwin camane nk diam, die tiap2 saat depan mata.

Ahhh.. mungkin saja aku boleh simpulkan yang aku belum bersedia. hahaha...

Thursday, June 16, 2011

Mama n Abe~

Salam...

Disuatu petang yg syahdu, selepas aku bermain dengan pewarna kek, abis tgnku berwarna merah, lantas dengan laju aku menuju ke ruang rehat rumahku mencari anak buahku yg berumur 3 tahun.

Aku: Abe, tgk tgn mama ni.. berdarah la...
Abe: Kena apo ama?
Aku: berdarah....
Abe: Sapo wat ama?
Aku: Kak Limah wat ko mama... huhuhu
Abe: Kak imah asuk kot ano ama?
Aku: Kot pintu tu (sambil tunjuk pintu depan rumah yg terbuka)
Abe: Ama saba deh ama, ati abe g epak kak imah... apo nih wat ko ama ni....(dengan muke garangnya)

hahaha..

Abe sgt menghiburkan hati aku, budak yg masih kecil tapi bila berkata2.. aduhai.. kalah orang dewasa...

Friday, June 10, 2011

Seronok aku tgk org2 kaya~

Salam

Seronok aku tengok orang2 kaya. I means orang yang dilahirkan dalam keluarga kaya. Breakfast pon makan kat hotel. Padahal breakfast teh panas n mi goreng je. Kalo da kat hotel maksudnya da brape tu.. teh secawan mahu 5-6 henggit. Kalo aku, breakfast kat umah je, minum air teh panas n mi goreng jugak, kalo makan kat luar pon kdai mamak, sure xsampai seploh hengit punye la. Tapi pasti xkan same kan?

Seronok aku tgk orang2 kaya. Time g shopping muke rileks je. Bagi depa shopping tu terapi minda. Shooping bleh menenagkan kekusutan. Kalo aku, shopping tu lagi la tensen, sebab t kne fikir kalo beli ni esok aku ade bape lagi duet nk makan. Kalo window shopping lagi la, tgk barang cantik2, then balik umah terbayang2 la barang yang aku berkenan tu sampai termimpi2... Orang kaya beli baju >rm50 utk duk kat umah, aku kalo nk beli dengan harga tu means beberapa kali je la pakai.. sayang wooo~

Seronok aku tgk orang2 kaya. Nak g mane cakap je kat mak, " Mummy, Bedah nk g konsert Justin Bieber. Mummy dah belikan tiket kat Bedah kan?"... Kalo aku, "Ape pekdahnye aku nk g konsert Justin Bieber tu? Tiket rm200 satu tu bleh aku gune sebulan wat makan tau"

Seronok aku tgk org2 kaya. Nak sambut beffday, family bawak bercuti ke eropah.. Eropah beb. Bleh jalan2, sopim2, amik pic banyak2 thn haplod kat pesbuk, tweet where they are skang sampai masuk toilet pon gtau. hikhik.. Kalo aku, beffday perlu ke nk buang duit g jejalan? wat kek sendiri then buh lilin, tiup la... Bleh tingkatkan skill membuat cake ape..silap2 aribulan bleh bukak kedai bakery, badan pun makin tembun dan bakal suami pon makin sayang. hahahaha... berbaloi2...

Apepun, setiap itu memang best. Jadi orang kaya best, jadi orang xkaya pon best gilerr wa cakap lu. Semuanya akan kita rasa 'cukup' andai kita kaya kat sini (sambil tunjuk kat dada). Apa guna duit banyak kalo kita miskin kat sini (sambil tunjuk kat dada lagi). Sentiasa bersyukur, pasti apa yang dilalui menjadi sangat seronok... peace!!!

Tuesday, June 7, 2011

Fitrah manusia

Everyone akan rasa dirinya betul dan dirinya adil. Takkn ade satu orang pun akan kata dirinya salah dan x adil. Sebaliknya seringkali menunding jari ke arah salah orang lain. Itulah dunia. Itu lah manusia dengan fitrahnya. Mungkin saya juga sering begitu namun saya tidak sedar. Hanya orang lain yang boleh sedarkan kita. Tapi seringkali bila disedarkan tentang hal sebegini, org yang menyedarkan itulah yang dipersalahkan. Banyak orang boleh mengkritik, namun banyak orang juga tidak boleh menerima kritikan.

Saturday, June 4, 2011

wuduk di atas lapisan solek

Salam..
Ptg tadi ketika berwudhu' untuk menegerjakan solat magrib saya tiba2 terfikir tentang tajuk entri ini. Hal ini adalah common bagi muslimah dan jarang yang mengetahui tentangnya sedalam2nya. Oleh yang demikian, saya rajinkan diri mengkaji sedikit berkenaan dengan tajuk entri di atas. Semoga entri ini dapat dikongsi bersama dan menambahkan sedikit ilmu pengetahuan kita ;)



Perbincangan ini lebih tepat ditujukan kepada para wanita yang hendak berwudhu' lalu di tangan atau di muka terdapat lapisan alat-alat solek seperti pewarna kuku, bedak dan berbagai lagi. Maka timbul pula persoalan - Adakah dibolehkan berwudhu' di atas lapisan-lapisan solek tersebut atau adakah ia perlu dibasuh dan dihilangkan terlebih dahulu ? Atau adakah sebarang kemudahan hukum agama terhadapnya ?

Bagi memberikan jawapan yang jelas, perhatian dibawa kepada ayat al-Qur'an yang mensyari'atkan wudhu', iaitu firman Allah Azza waJalla: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu BASUHLAH muka kamu, dan kedua belah tangah kamu ;meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]. Dari ayat di atas, perkataan maka basuhlah berasal dari Bhs. Arab - membawa maksud dalam hukum tafsir sebagai 'mengalirkan air atas sesuatu untuk menghilangkan kotoran yang melekat padanya.' [1]

Maka apabila kita berwudhu' , adalah dituntut supaya setiap anggota yang wajib dibasuh itu dikenakan air yang mengalir bagi memenuhi syarat wudhu' sebagaimana perintah ayat al-Qur'an di atas. Termasuk dalam tuntutan ini ialah meratakan air di seluruh kawasan anggota wudhu' tersebut. Apabila ada suatu bahagian atau kawasan yang tidak kena air, samada kerana ia diliputi sesuatu atau kerana air tidak sampai kepadanya maka wudhu' tersebut tidaklah sah. Pernah sekali Nabi sallallahu-alaihi-wasallam melihat beberapa orang di kalangan para sahabat yang baru selesai berwudhu' tetapi tumit kaki mereka kelihatan kering tidak disentuh air. Maka beliau memerintah mereka agar mengulangi semula wudhu' tersebut dan meratakan air dengan sempurna di setiap bahagian anggota wudhu' yang wajib dibasuh.[2]

Walaubagaimanapun berbeza hukumnya dengan pembasuhan kepala dalam etika berwudhu'. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman dalam ayat yang sama di atas ……dan sapulah sebahagian dari kepala kamu……. Perkataan dan sapulah berasal dari Bahasa Arab yang mengandung erti dalam hukum tafsir sebagai menyentuh bahagian tanpa mengalirkan air.[3] Justeru itu para fuqaha menyatakan bahawa pembasuhan kepala adalah menepati syarat hukum dengan melalukan tangan yang basah di atasnya.[4]

Oleh itu apabila seseorang itu berwudhu' dia tidak perlu membasuh kepalanya dengan air yang mengalir sebagaimana dia membasuh muka, tangan dan kakinya.
Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan bahawa setiap anggota wudhu' kecuali kepala perlu dibasuh dengan sempurna. Wajib dialirkan dan diratakan air pada keseluruhan bahagiannya. Oleh itu jikalau ada bahagian yang tidak terkena air atau terlindung di sebalik sesuatu yang kalis air seperti lapisan solek atau krim pelembab atau minyak atau cat atau debu tebal atau apa-apa yang seumpama maka wudhu' tersebut adalah tidak sah.[5]

Walaubagaimanapun pengecualian diberikan kepada seseorang yang benar-benar menghadapi kesukaran untuk menghilang sesuatu yang melekat pada mana-mana anggota wudhu'nya. Contohnya ialah seseorang yang sedang memandu di lebuh raya pada awal pagi lalu keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan. Dalam usahanya untuk membetulkan semula kereta itu masuk pula waktu solat Subuh dan bekalan air yang ada pula hanya memadai untuk dia berwudhu' dan tidak mencukupi untuk dia membasuh kesan-kesan minyak pada tangannya. Maka dalam keadaan sebegini yang tidak dapat dielakkan, dia dibolehkan terus berwudhu' dan bersolat seperti biasa.

Pengecualian juga terbuka kepada buruh-buruh kerja kasar yang tidak dibekalkan oleh pihak majikan alat-alat penyucian untuk membersihkan diri, maka mereka dibolehkan berwudhu' dan solat seperti biasa sekalipun anggota-anggota wudhu' mereka jelas diselaputi kesan-kesan cat, semen, minyak tar atau lain-lain. Demikian juga bagi seseorang yang suasana kerjaya mereka memaksa mereka memakai alat-alat solek seperti pramugari-pramugari penerbangan, maka mereka juga dibolehkan berwudhu' dan solat seperti biasa sekalipun terdapat pewarna-pewarna kuku atau apa-apa yang seumpama di anggota-anggota wudhu' mereka.[6]

Kebolehan ini berdasarkan kepada prinsip Syari'at Islam yang sememangnya memberikan kemaafan kepada seseorang apabila dia menghadapi suasana kesulitan atau kesukaran yang benar-benar tulen lagi tidak disengajai dan tidak boleh dielakkan. Dalil yang digunakan oleh para ahli Usul Fiqh ialah firman Allah Subhanahu waTa'ala dalam surah at-Taghabun 64, ayat 16 yang bermaksud: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu.

Senada dengan ayat di atas adalah sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Apabila aku mencegah kamu dari suatu pekerjaan maka jauhilah ia dan apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu suruhan maka hendaklah kamu lakukannya sedaya-upaya." [7]

Akan tetapi kemaafan agama berdasarkan dalil-dalil di atas hanyalah bagi seseorang yang benar-benar sukar lagi sulit untuk mengelakkan diri daripada sesuatu yang telah ditentukan syari'at. Oleh itu kemaafan di atas bukanlah boleh diamal-gunakan oleh setiap orang dengan sewenang-wenangnya. Seseorang yang di atas pilihan serta kesedarannya sendiri memakai alat-alat solek tidaklah dipandang sebagai orang yang boleh diberikan kemaafan serta kemudahan hukum agama. Malah lebih dari itu Islam sememangnya tidak menyokong perbuatan bersolek oleh kaum wanita di hadapan khalayak ramai (tabaruj) dan justeru itu mustahil pula Islam dengan mudah akan memberikan kemaafan kepada sesuatu yang sengaja menyalahi ajarannya.

kawen.. jodoh...

Salam..

Lately memang banyak dapat jemputan kenduri kawin. Musim orang kawen. Musim orang sebaya denganku kawen. Generasi kami sudah bukan lagi digelar remaja tetapi dewasa yang sememangnya layak untuk mendirikan rumahtangga dan memikul tanggungjawab.



Bila tengok orang kawen, saya sering terfikir bilakah masa saya akan tiba, adakah sempat saya melalui masa itu? bagaimana agaknya majlis saya dan yang paling penting siapakah pengantin lelaki itu?

Jodoh itu di tangan Allah s.w.t. Tiada siapa yang boleh menghalang apabila Dia berkata, 'Kun Fayakun' apabila Dia kata jadi maka jadilah. Hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk hambaNya. Dan hanya Dia yang tahu hikmah di sebalik sebuah pertemuan mahupun perpisahan. Kita sebagai hamba hanya perlu yakin dan berdoa. Berdoa dikekalkan hubungan, berdoa dipercepatkan jodoh. Umi aku berpesan, sentiasalah berdoa sekiranya sudah bertemu dengan seseorang yang aku betul2 yakin:

"Ya Allah, andai dia (nama) jodohku, maka Kau dekatkanlah hatiku dan hatinya, jauhkanlah segala musibah dan percepatkanlah jodoh kami. Seandainya dia (nama) bukan jodohku, Kau jauhkanlah dia dariku supaya aku terselamat dari perbuatan maksiat dan putus asa"

Dan ni terdapat juga doa percepat jodoh:



Apapun, aku percaya jodohku ada menungguku di luar sana. Tak kira siapa dia. Berdasarkan pengalaman teman2 dan diri sendiri, bercinta bagai nak rak pun x semestinya dia jodoh kita, kadang2 orang yg selalu depan mata kita dan kita x pernah nampak itulah jodoh kita yang sebenarnya... ;)

Thursday, June 2, 2011

Strangers~

It is weird n totally weird when 2 bestfren now become strangers. Really miss her... =(

Seribu Tahun

Nice... really damn nice...

Imran Ajmain: Seribu Tahun
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Thursday, May 26, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara

Salam..

Pernah denga nama ni x? Femes ni die skang. Femes di jalan yg salah. Sy ade pernah melihat facebooknya. Agak menaikkan kemarahan. Sebagai umat Islam, sememangnya kita akan melenting n ade perasaan marah apabila Islam di hina sedemikian rupa.

Gambar2 yg di upload sangat kurang ajar. Pelbagai gambar yang tidak sepatutnya ditonjolkan. Contohnya meletakkan B**i di atas Kaabah, gambar Lady Gaga berposing maut huga diedit dan diletakkan di atas Kaabah. Perkataan Allah s.w.t pada b**i. Dan sebagainya. Allah s.w.t dikatakan b**i. dan macam2 lagi yg bisa menaikkan kemarahan orang Islam yang membacanya.

Pada pandangan saya, Makcik Hajjah Sitt Al wuzara ni bukanlah seorang Islam. Seandainya dia adalah seorang Islam yang berpaling tadah kepada Islam, mereka pasti bukan begini. Cara mereka berbeza. Dia pada pandangan saya adalah seorang penyamar yg menggunakan nama seornag Islam untuk menutup identiti. Caranya boleh dikatakan tidak cerdik. Kita boleh nilai caranya utk mengesan identitinya. Ada muslihat disebalik segalanya. Bagi saya dia adalah seorang yang penakut atau lebih kasar dikatakan bachul. Jika berani, dia akan upload gambarnya sekali untuk membuktikan dia pernah menjadi seorang Islam. Tetapi tidak. Tiada satupun gambarnya ditunjukkan melainkan gamabr2 edit yang boleh menaikkan kemarahan orang2 Islam.

Dan saya tidak rasa dia adalah seorang 'Makcik'. Pandai pulak makcik ber'adobe photoshop' kan? Mak saya pun stkat pgg laptop men fesbuk pandai la. Saya rasa dia sebenarnya orang muda...

Dan pendapat saya disokong oleh awan-antasia.blogspot.com. Kata beliau, ada beberapa faktor yang buatkan 'makcik' tu wat camni lebih kurang camni laaa:
1/ Jika dia ISLAM: dia murtad mungkin sebab die pernah di uji oleh Allah s.w.t dan xdapat nk terima
2/ Jika dia KAFIR: dia hanya nk naikkan kemaahan orang Islam semata2 atau
3/ Dia adalah seorang yg dahagakan publisiti murahan....

Hanya Allah s.w.t yang mengetahui segala2nya....

Wednesday, May 25, 2011

its time~

Salam...

Saya rasa sudah bersedia. Bersedia untuk itu. Saya sudah bersedia untuk mengembalikan persahabatan yg terputus akibat dari kisah silam. Saya sudah betul2 bersedia.Dan terus melupakan kepahitan itu... ;)

Tuesday, May 24, 2011

Hutang budi dibawa mati

Salam...

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Dari Daik pulang ke Daik,
Sehari-hari berkebun pisang,
Budi baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.

Tanam lenggun tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.

Berpantun pulak ye malam ni. Pantun2 ni semua saya tujukan kepada mereka yg banyak berjasa kepada saya terutama kawan2 yang banyak bersusah payah kerana saya pada minggu ini. Tidak dapat saya gambarkan bertapa terhutang budi saya dengan kalian semua. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Haziq n Aizuddin yang datang dari KL dan Etun dari Meru kerana sanggup datang dari jauh membantu saya memunggah barang g memang banyak giler utk berpindah ke rumah baru saya. Kepada Ijat yang datang dari Kuala Selangor n ehem2nya kerana bersusah payah menyelesaikan urusan pembelian asset saya. Sangat2 terhutang budi dan xtahu camane nk balas budi kalian sume. Tak lupa kepada housemet kesayangan saya Nana tulung angkut barang dari tingkat 3. Dan xpernah lupa kepada Encik A yang membantu saya dari jauh, thanks a lot. I owe u guys a lot... Hanya Allah s.w.t yg mampu balas jasa baik kalian dan kalian sentiasa ada dalam doa saya ;)

Thursday, May 19, 2011

Touched~

Salam...

TOUCHED. The only word i can say and see now. That feeling is so strong n touched me inside. I honestly can feel the connection, the bond between us. It is really weird because i think this is the first time i feel it. The feeling is really2 weird n good. Comforting me in distance, hugging me all nite long. I really love this. When i asked why, i cant find even 1 reason for it. But i noe it is very nice which i cant describe it by word. I know he loves me more than any guys had. Because the feeling touched me deeply and i really can feel it, not like before. And good relationships don't just happen. They take time, patience, and two people who truly want to be together.... Ya Allah, please grant us Your bless for this relationship.. Love u too MR. A ;)

Tuesday, May 17, 2011

noname~

I'm going to smile like nothing is wrong, talk like everything is perfect, act like it's all a dream, and pretend like it's not hurting me.

Monday, May 16, 2011

kembar baru~

Salam...
Bertempat di TGV Bukit raja 2 hari lepas.. Niat asal nk tgk KongSi. Tapi tiket sold out.. yg ade hanye pukul 7 ptg n untuk tayangan pukul 5.05 n 5.45 ptg ade seat kat bahagian A je. Aiyoh, amik seat tu mmg naya la aku yg pendek ni nk dongak kpala tgk. Then kitorang (Aku, Nana n Etun) pun amik la kepututsan nk tgk PRIEST.

Berbalik kepada centri di atas. Aku n kawan2 tgh syok line up ni nak beli tiket tetibe aku tertengok satu poster. Memang sebijik muke aku. Terkejut rasenye.. Aku belek2. Kembar aku agaknya.. Aku pun suarakan kepada Nana...

Aku: "Na, muke die tu cam kite kan?"
Nana: "Mane?"
Aku: "Tu, yg tu. lam poster tu."
Nana: " Poster mane ni?"
Aku: "Tu....."
Nana: " Aku pengsan sekarang jugak boleh x?"

hahahahahha.....
Nk tgk posternye????



hahaha... kan same kan kan kn? hahahahha...

Tiz Zaqyah mmg cantik cam saya... ^-^

Saturday, May 14, 2011

kehidupan

Kehidupan,
Apa itu erti sebenar sebuah kehidupan?
Aku sampai sekarang masih tidak tahu apa makna kehidupan
Hidup ini terlalu rumit untuk diperkatakan
Sangat dan terlalu rumit untuk ditafsirkan
apatah lagi difahami
Kehidupan adalah untuk dilalui bukan untuk difahami
Kadang-kadang kita lakukan sesuatu bukan untuk mengharap balasan semata
Namun di suatu ketika,
kita akan sedar bahawa hakikatnya kita mendambakan balasan
Diatas apa yg telah kita lakukan
walaupun hanya sekelumit.
kadang-kadang balasan itu tidak semestnya setimpal
tapi hanya untuk dihargai,
Namun, fahamkah mereka akan dambaan ini?
Dan apakah yang perlu kita perkatakan?
Biarkanlah.....

Thursday, May 12, 2011

O.V.E.R ;)

Salam....

Hari ni bermula dengan mood yg nebes2... sangat2 takot.. presentation of my FYP... errr... effect of acids used in reducing sugar production from rice straw...Selama satu sem berpenat lelah dengannya dan tadi, segalanya berjalan lancar.. Siap kne puji lagi ngan Dr Faizah n Encik Azizi.. cayalah....hihihi.. mood tetibe eksaited teramat.. wiwiwiwiw..ni ha antara pic2 yg sempat di snapkan sepanjang menjalankan projek final yearku:

Ni rice straw a.k.a batang padi yg belum dipotong halus2

yg ni da siap potong, blend n sieve for about 1.00mm

ni tgh pretreated wif 2.0M NaOH

yg ni da siap pretreated n blend skali bg jadi serbuk... bau ie sgt la manis...


ni baru lepas hydrolysis pakai 3 acid yg berbeza dengan kepekatan berbeda... ni wat under autoclave... tau autoclave tu ape? ni ha gambar dibawah ni mesin autoclave....



ni pas centrifuge....

ni da react ngan DNS reagent.. ready for analysis... yehaaa...

Walaupun byk dugaan yg melanda, tp adat la research kn... hihihi
Dengan ini tanggungjawabku sebagai student degree sudahpun selesai...lega rase, rase cam beban da ilang dari bahu ni... fuhhh...

baru je duk sonok2, ade lak la yg nk spoil mood.. duk doakan aku stay lagi kat sane sem depan, ko apehal beb? doakan aku repeat paper ape kes.. nk je lempang laju2.. sabo je la bile ade manusia camni.. haish!!

Tuesday, May 10, 2011

U.I.T.M dihatiku with love ;)

Salam...

Hohohoho... suda berapa lama xjenguk ini blog pun (bace cara Johan Rajalawak jadi apek ye). Bizi ngan final paper. huhu.. arini last paper tadi dengan paper Organometallic. Maka dengan ini sy isytiharkan seudah habis lah riwayat hidup semua exam2 saya... hohohoho.. pasni da tade exam2 da.. da abes degree da.. tata degree.. welcome new life...

Ekceli perasaan bercampur baur. Ade gak rase sedih dan sebak menghabiskan sisa2 degree ku. tapi berapa persen je yg sedih? huhu. Ikhlas nk nyatakan saya xsuke kehidupan saya sebagai pelajar degree. Terlalu banyak kesakitan hati berlaku, tp as usual, sy berjaya tidak mengendahkannya dan wat xkesah till the end. Even during my diploma pernah melalui saat2 getir putus cinta, tp xseteruk degree. Namun begitu, sy tetap rase sebak, sebak mahu meninggalkan kawan2 yg sy sayang yg xsayang sy..

Kehidupan degree banyak mengajar erti hidup sebenarnya. Erti ape tu kawan, ape tu teman, ape tu sahabat, ape tu talam dua muka n 50 muka, ape tu 'back stabber', ape tu nk kawan saje2, ape tu org yg xleh tgk org senang, ape tu kawan yg suke dengar n menghukum dengan membuta tuli, ape tu kawan yg suke menghasut etc.etc.etc. Kat dunia luar ramai lagi jenis manusia sebegini rupa, oleh itu, xperlu patah semangat. (Padahal da patah da pon sampai tade mood nk g kelas).

Saya tahu saya adalah 'average' person. Tidaklah terlalu pandai, namun, 'average' person pun kalo pandai mencari peluang n dah mmg rezeki xleh nk kata ape jugak. Xperlu nk dengki2, semua org ade rezeki masing2 tu je yg saya tahu. sape setuju sila angkat tangan macam saya~ (Usop Whilcha)...

ok2, lupekan kisah yg bakal ditinggalkan itu. Saya dengan ini juga berbesar hati mengucapkan tahniah kepada adik2 lapasan spm yg mendapat tawaran utk ke ipta2 terutamanya UiTM la. Sematkan UiTM di hatiku tu siap2 dalam hati anda. Jgn sesekali pandang rendah dengan UiTM dan juga Diploma. Itu rezeki kamu. Jgn rase terpaksa ambik diploma kerana tiada pilihan. Allah dah tentukan yg terbaik. Jgn cemburu dengan kawan2 yg 'Average' yg dapat asasi hanya dengan keputusan spm yg rendah sedangkan kamu dapat keputusan yg gempak... Org dari lepasan diploma mampu menggempakkan dunia jika tiada rasa hasad dan dengki okay...



Hmm... U.I.T.M... sudah 5tahun setengah aku bersamamu. Pahit manis denganmu kusemat dilubuk hati. Sungguh bangga aku menjadi warga U.I.T.M..xcukup 5 tahun stgh, nk tmbh lag setahun stgh.. tah2 pasni keje pon ngan UiTM.. hihihihi.. saya bangga menjadi warga uitm. dan dengan ini saya hadiahkan untuk anda... U.I.T.M dihatiku ;)

Sunday, May 1, 2011

aku manusia penuh dengan khilaf...

Salam..

Hari ni mood malas study menjelma. Sebab semalam paper, pastu nk wat2 lupe 5hb ade paper lagi.. huhu..

Hari ni hati rasa tersentuh je. Terasa diri ini banyak sangat dosa. Dosa dengan Tuhan, dosa dengan manusia. Dosa dengan Tuhan boleh mntak ampun kerana Allah maha mendengar lagi maha pengampun. Namun, dosa dengan manusia? Bukan semua manusia bisa memaafkan. Bukan semua manusia boleh buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kadang2 terasa diri ni sungguh jahat. Memang everything happen for a reason. I play the game based on how people play it. I juz follow them how they play, n they shouldn't blame me on it. Itu sahaja. Namun masih lagi terasa jahatnya diri ini. Terlalu banyak salah dan khilaf telah dilakukan. Bagaimanakah harus kupohon kemaafan dari semua? Dari sekecil2 zarah hingga sebesar2 alam dosaku, salahku, silapku, khilafku.. dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri, kupohonkan ampun dan maaf kepada sesiapa saja yg pernah tersinggung, terasa, tersakit hati, terburuk sangka dan segala2nya lagi. Diriku hanya insan kerdil yang seringkali melakukan silap. Tergelincir dari titian hidup. Aku hanya mahu bersih di hati, tiada dendam, tiada sengketa. Maafkan aku wahai teman.....

i go~~

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life youre my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more

And I go
I go

Hush now, dont shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...