Wednesday, April 20, 2011

Hujan sudah kembali ke langit...

Salam....

Salam sejahtera... Hujan kini sudah kembali ke langit... Tiada lagi dia di sini. Kesisi Allah dia menuju.. walaupun aku tidaklah sangat rapat dengan arwah, tetapi aku gembira mengenali arwah. Seorang yang sangat kelakar, open minded, easy going, mudah mesra dengan orang.

Sebelum arwah pergi, sy ade terserempak dengannya. Senyum saje die... Jernih air wajahnya. Namun sy bersyukur, arwah bertemu jalan yg benar sebelum beliau 'pergi' menghadap ilahi. Alhamdulillah.

3 tahun yg lalu Allah telah memberinya sinar hidayah. membuka hatinya untuk mengenali Islam. Pelbagai cabaran yg terpaksa ditempuhinya ketika awal mengenali Islam. Ditentang habis2an oleh keluarga yang sangat berpegang teguh dengan ajaran Kristian, dipulau sahabat2 baiknya. Menurut arwah, ketika beliau masih beragama Kristian, beliau merasa kosong. Setiap minggu beliau ke gereja, namun beliau tertanya2 untuk apakah. Ketika rakan2 seagamanya sedang bersembahnyang, beliau hanya memandang kosong salib gergasi di depan beliau. Beliau tercari2 dimana hala tuju. Dan sehinggalah beliau mengenali Islam, beliau dengan lantang menyatakan beliau sangat bangga menjadi seorang Muslim. Beliau merasa kekosongan selama ini telah terisi.
Ni la Allahyahamah Qistina Reny...

Sucinya dia, ibarat kanak2 yang berumur 3 tahun. Saya doakan beliau kini bersama2 di kalangan orang2 yang beriman, sesungguhnya Tuhan sangat menyayanginya. Mengambilnya secepat itu setelah menunjukkan dia jalan yang benar...

Dan kini Hujan Telah Balik Ke Langit - her blog... http://hujanbalikkelangit.blogspot.com/

1 comment:

sarasuteramaiya said...

amin amin amin ya rabbal alamin..semoga arwah tenang di SANA tshumbit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...